Pelaburan Dalam Hartanah Di Sabah. Bagus atau Tidak?



Pelaburan Dalam Hartanah Di Sabah. Bagus atau Tidak? | Hellooo.. this week akak nak bercakap serius sikit ni sebab baru balik dari menambah ilmu di Kota Kinabalu. Selain merapu, ai memang celik akal sikit tentang hartanah ni. Dewan penuh, speaker bagus belaka. Semua speaker berpengalaman luas dalam bidang memasing hinggakan ada yang aku nak dengar sangat tu terasa sekejap benar bercakap.



Dalam The Borneo Investment Strategic Outlook Forum 2016 anjuran bersama GE Capital dan Money Compass, Sabah dikatakan sedang berada di landasan yang betul di segi pembangunan selaras dengan Halatuju (State Development Agenda) yang memfokuskan kepada pertanian, pelancongan dan pembuatan. Kerajaan negeri juga terlibat dengan aktif dalam Economic Trasformation Programme.


Seribu peserta yang datang mendapatkan ilmu di Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour.

Walaupun ekonomi negara secara keseluruhan bergerak perlahan, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dijangka bergerak pada 4% - 5% pada tahun 2016 ini. Kebanyakannya disebabkan oleh pelaburan swasta dan kepenggunaan.

Kenapa forum ini diadakan?

Salah satunya nak buka minda kita bahawasanya harga property di Malaysia jauh lebih murah daripada di Yangon, Mynmar dan Vietnam. Terkejut?

Dan, melabur di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu adalah satu langkah yang baik kerana fokus negeri ini adalah pelancongan. Bukan semua orang suka tinggal di hotel. Ramai yang memilih homestay (walaupun tidak mengikut konsep sebenar) kerana ia lebih selesa dan menjimatkan. Kondo dan apartment di waterfront tu selalu je penuh.


Berikut adalah ringkasan forum tersebut:

Mr Phua Lee Kerk, Chief Strategist of Phillip Capital.
Menurutnya beliau, kita sekarang berada di QE trap. Bila kerajaan nak normalkan rates ada saja faktor luaran yang menghalang. Kini secara sedar atau tidak kita dijajah secara halus melalui applikasi elektronik termasuk dalam sektor kewangan sebab kesemuanya hanya di hujung jari. Beliau juga mengatakan untuk mengetahui aktiviti harian dan tahap kesihatan kita secara lebih tepat, syarikat insurans di negara maju telah memberikan satu alat khas untuk kita (prospek) gunakan. Haa... terpaksalah exercise selama memakai gadget tu supaya tak kena loading.

Sebanyak 8.4 trillion USD diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur di negara membangun seperti Indonesia dan Indochina. Sebab itulah pergerakan ekonomi negara-negara ini rancak.

Menarik kupasan speaker pertama ni tetapi masa yang diperuntukkan hanya 40 minit dan beliau terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina kerana ada pelabur dari China dan golongan Cina tempatan yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Tak pandai cakap omputeh pun kaya raya dik.

Aku skip speaker kedua sebab dia cakap Cina. Aptb hahahha....


Wong Chaw Kok, Azmi & Co
Mr Wong Chaw Kok's session was very interesting tapi itu lah, sekejap sangat. Beliau bercakap mengenai "Sabah Real Estate Sector: Past, Present, Future Outlook & Opportunities". Sebagai seorang Chartered Surveyor dan Registered Valuer sudah pastinya beliau bercakap berdasarkan fakta mengenai pelaburan di Kota Kinabalu.

Beliau mengingatkan kembali bahawa, land is the basis of wealth. Betul pun... atuk nenek kita dulupun banyak tanah walaupun tiada tunai di tangan. Menoreh dan bersawah je pun kerjanya.

Banyak peristiwa yang menggugat ekonomi telah berlaku seperti wabak SARS pada November 2002, Asian Financial Crisis 1997, Lehman Brothers filed for bancruptcy, harga minyak jatuh... kali kedua harga jatuh teruk semasa perang Iran-Iraq dan pada masa itu harga hartanah pun jatuh teruk juga. Banyak hartanah yang dilelong. Itulah masa yang sesuai masuk dalam pasaran hartanah kerana harga yang murah. Semasa 2008-2009 tiada RPGT dikenakan ke atas hartanah yang dijual untuk merancakkan urusniaga. Zaman Pak Lah ni, siapa kata dia tak bagus?

Kenapa pebelian hartanah yang perlu dipertimbangkan?
- dapat dilihat dan dirasa
- tidak mudah cair
- lumpy
- lokasi yang strategik
- berlesen, terancang, dikawal akta, mengikut akta bangunan

Paling penting kenapa memilih hartanah? Ia ibarat dinding mengatasi inflasi. Katanya lagi kepada orang Sabah, kawasan Luyang bagus untuk pelaburan. Walaupun sebahagiannya projek lama tetapi berbaloi dibeli.

Bila waktu paling sesuai membeli hartanah? 20 tahun lalu.
Waktu kedua paling bagus? Sekarang! Now!


Victor Lim, property expert and former PWC auditor.
Ramai yang kenal dia kerana selalu keluar di Astro Awani. Menarik persembahannya cuma at the end semasa beliau cuba 'menjual produk' agak fail sedikit.

Ada orang nasihatkan sebelum membeli rumah kita kena lihat 100 buah rumah dahulu. Kalau gitu gayanya kita lebih baik daripada Real Estate Negotiator (REN) heheh... tak dayo den nak panjek 100 apartment dik non. Kalau tak mampu silalah guna khidmat REN, katanya. Sempat lagi promote kerja lama dia. Jika kita tiada masa memang elok sangat gunakan khidmat REN yang bagus. Kekadang kita boleh dapat rumah dengan harga dibawah market value.

Perlu bersabar dalam mencari rumah. Carilah lokasi yang kita familiar with. Aku tak familiar area Klang walaupun certain part of Klang sangat dekat dengan Shah Alam. Lagipun di Klang ramai pendatang asing. Nak bertanya tempat pun terpaksa bertanya dengan orang asing, mana entah locals. So Klang selalu aku pangkah jer.

Semak juga sejarah kawasan tersebut dan rumah yang kita nak beli tu. Kalau kawasan tu selalu kena pecah rumah ke... penduduk selalu bergaduh ke... elakkan je lah kot. Buat pening kepala saja nanti.

Lagi satu, ni aku tambah, cakap-cakap orang tak semestinya betul. Mungkin dah ditokok tambah nak bagi sedap. Aku tak tahulah kisah banglo di Shah Alam yang disewakan RM50 tu betul ke tidak tetapi sekarang ni dah jadi taska. Nak berbisnes taska/tadika mestilah banyak perkara remeh-temeh yang perlu difikirkan, betul tak? Dan, anda masih fikir ia berhantu?

Kawan aku pernah bercerita mengenai sebuah rumah teres di Ampang. Penyewa rumah tersebut sering bertukar, berpenunggu katanya. Tiba giliran satu keluarga muslim ni lama pula menyewa. Mungkin cara hidup kita sendiri juga menentukan sama ada syaitan berani bermaharajalela atau kecut perut berhadapan dengan kita. Apa apapun aku mengelak rumah begini hehehhe...

Banyak lagilah yang dikongsi. Very interesting. Celik mata aku walaupun berpuasa.


Ingin memiliki kediaman pintar LIKAS Boulevard, di Kota Kinabalu?

Owh.. ini lifestyle yang ramai orang idamkan. Kondominium yang lengkap serba serbi. Paling menarik Likas Boulevard ada jeti sendiri yang bersambung dengan bangunan utama. Boleh pilih hendak pemandangan Laut China Selatan atau menghadap Likas Bay.

 Ramai yang berminat knowing the investment potential kawasan Likas yang menghadap laut ini.

 Boleh park yatch sendiri di depan kondo ini nanti.

Pandangan tepi.

Menurut Dato' Seri Alex Siaw Swee Tin, Group CEO of Naim Indah, projek ini akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan sepenuhnya yang merangkumi kediaman, ruang komersil dan hotel yang bakal diurus Canopy by Hilton.

Uniknya kediaman di Likas Boulevard ini bakal dilengkapi dengan smart furniture which is digitally controlled, lekapan dan lengkapan bertaraf 5 bintang dan butang kecemasan yang akan terus bersambung dengan hospital. Aku sempatlah tengok promo yang dipersembahkan oleh HDL Automation. Memang best lah, semua main tekan di tablet aje.

Berapa harganya?

Harga istimewa sewaktu forum tersebut hanya RM800 sekaki persegi. Sekarang dah naik kembali kepada RM1,200 kps dengan keluasan bermula daripada 1100-4480 kps. Jadi harga jualannya ialah RM1,320 - RM4,060 juta seunit.

Jika berminat silalah berhubung dengan GE Property Sdn Bhd terus ya.


Buy land. They're not making it anymore - Mark Twain.












Post a Comment

0 Comments