Flying Fox di Gua Kandu, Gopeng



Flying Fox di Gua Kandu, Gopeng | Caving!! Okay kali ni nak bercerita tentang eksplorasi Gua Kandu di Gopeng, Perak.

Caving in Gua Kandu, Gopeng.

Eksplorasi gua (menggua kitorang cakap) bolehlah dikira aktiviti baru yang aku minati. Ini kali ketiga tetapi menjadi gua keenam yang aku masuki. Setiap gua berlainan bentuknya lantas memberikan pemandangan serta cabaran yang berbeza.  Pertama kali dulu Gua Tempurung kemudian kompleks gua di Taman Negara Mulu di Sarawak. Dah baca cerita masuk 4 gua dalam masa 2 hari? Kempis peha ai.

Gua Kandu tak jauh kedudukannya dari Gua Tempurung dan tidaklah begitu mencabar, mencangkung dan merangkang tu sekejap aje tetapi gelap, kering dan berdebu. Di sini kena buat rapelling, panjat naik dan turun menggunakan tali. Nervous ai! Aku ni ada masalah kurang keyakinan melonjakkan badan.

Seperti Gua Tempurung, Gua Kandu juga merupakan sebuah gua batu kapur yang dihiasi dengan stalagmit serta stalagtit yang indah. Pernah dijadikan tempat persembunyian askar Jepun semasa perang dunia kedua kemudian tempat merancang serangan gerila komunis. Memang gelap. Dikatakan dulunya sebatang lilin digunakan selama empat bulan semata-mata untuk menjaga kerahsiaan aktiviti penjajah dan pengganas ini. Selain kesan-kesan yang menjadi bukti keberadaan mereka di sini, Gua Kandu juga tidak ketinggalan mengalami masalah vandalism. Gatal betul tangan memasing.


Pakej 'Caving' Untuk Amatur
Nomad Adventure sebagai pengendali aktiviti caving dan rafting telah melaksanakannya secara baik dan professional. Yakin hati kita ni dengan staf-staf mereka yang berpengalaman. We were being briefed about safety, pakai helmet bebetul...ketatkan.. mesti menutup dahi, pasang torchlight dan pasang harness. Exited! Teruja untuk dua jam berikutnya. Eh, kenapa kena pakai harness pulak? Suspens gue.

Moose dari Nomad Adventure sedang brief kami sebelum caving.
Elok suggest kat bos memasing untuk buat team building or self-development programme dengan aktiviti seperti ini. Kenapa? Kita selalu beralasan kita tak berupaya.. kita tak mampu buat itu ini.. i tak boleh.. i tak berani... kita tak mencabar diri kita sendiri sebenarnya. Sekali kita melepasi satu satu tahap cabaran mesti kita nak cuba yang lebih mencabar lagi because we know we can do it. Yang penting ialah menggerakkan emosi dan tenaga untuk first step tu. Bab itu yang payah sket.

Selepas safety briefing sekali lagi di pintu masuk gua maka masuklah kami mengikut kumpulan masing-masing. Di permulaan ni ada sebuah laluan sempit tapi jangan risaulah, setakat saiz 120 kg tu tahan nafas mesti boleh lepas hahaa.. Kami ditunjukkan beberapa kesan sejarah seperti perkataan Mao Tze Dong di dinding gua dan bekas kawasan melombong bijih timah.

Dalam cabaran repelling ni, ya Allah takutnya aku nak naik ke atas dengan tali tu. Kena bebetul fokus  memegang tali sepenuh kekuatan dan bergerak naik ke atas. Walaupun abang JPAM ada ai tak naklah jatuh bedebuk macam nangka busuk.. Masa turun satu hal lagi, berdebar sakan bila kaki tak tahu nak pijak kat mana hahah... Dalam berdebar tu berjaya juga.





Flying Fox Di Gua Kandu, Gopeng
 
Paling best buat flying fox setinggi 20 meter! Waaa.... teruja!! Nak pergi ke starting point tu pun dah kena gunakan harness. Berhati-hatilah ye... hujung kasut aku tersangkut di batu selepas guide tu lepaskan untuk meluncur. Sepatutnya aku menuju ke depan, disebabkan kasut tu tersangkut aku terpusing ke belakang. Phewww... ok tenangkan diri... bila kasut terlepas keting aku terhentam ke batu. Bengkak dan lebam keting yang mampu menjatuhkan 'saham' jika masih bujang trang tang tang. Mujur tak pakai skirt pendek. Baru je hilang lebam ni ha. Dah lah lepas tu rafting, berkerut jugalah dahi bila guide suruh bergerak ke depan masa rafting tu tapi ai tak menyesal, nak cuba lagi ada lah. Empat kali dah buat Flying Fox, makin lama makin seronok. :-)


Waiting for our turn to zipline.

 

  Hah, dah berjaya! Ada lagi yang dah kecut segala-galanya dalam teragak-agak terpaksa juga buat flying fox sebab laluan alternatif taklah semudah mana hahah...


Selepas melakukan Flying Fox sejauh 100m, untuk turun ke tempat berkumpul di bawah gua ada tiga cara:

1. Melalui laluan hutan.

2. Menggunakan Flying Fox sejauh 100m kemudian berpatah balik berjalan kaki lalui mengikut laluan hutan.

3. Menggunakan Flying Fox sejauh 100m kemudian turun melalui cenuram di tepi gua menggunakan via ferrata dan tangga yang curam.


  
Turun melalui via ferrata yang best walaupun di penghujungnya kaki aku tak sampai ke tempat berpijak. Bersyukurlah jadi orang katik, dapat berpijak ke sambungan kabel heheh..

Inilah aktiviti MESTI cuba bila ke Gopeng! Do it with family and friends.


Serba Sedikit Mengenai Nomad Adventure

Nomad Adventure ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Chan Yuen-Li, seorang yang sangat meminati alam dan sukan ekstrim. Memiliki sijil dalam Wilderness First Aid, Rope & Swiftwater Rescue dari Rescue 3 International, kesemua ketua untuk aktiviti 'whitewater rafting' disahkan kebolehan mereka oleh International Rafting Federation.

Selain eksplorasi gua dan 'rafting', mereka juga menawarkan program outdoor lain seperti:
  1. River Rescue Team Challenge
  2. Whitewater Kayaking
  3. Mountain School
  4. Academy Kampung
  5. Rafflesia Trekking
  6. Heritage Hunt Gopeng
  7. Camping

Sila hubungi nombor di bawah untuk merasai pengalaman outdoor activities dan sukan ekstrim yang takkan dilupakan.

Nomad Adventure
525 Jalan 17/13
46400 Petaling Jaya
Selangor
Tel: +603 – 7958 5152
Emel: yuenli@nomadadventure.com
Web: Nomad Adventure

Camp Site: Lot 17525
Kampung Chulek
Gopeng, Kampar
Perak.



I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free