Recents in Beach

header ads

Restoran Makanan Halal di Ao Nang, Krabi

Restoran Makanan Halal di Ao Nang, Krabi | Penduduk Krabi yang muslim dan bukan muslim lebih kurang sama jumlahnya. Walaupun Thailand didominasi oleh non muslims yang majoritinya beragama Budha, makanan halal tidaklah sukar untuk didapati terutama di bahagian selatan Thailand.


Kebanyakan restoran dan gerai penjaja yang menjual makanan halal akan mempamerkan tanda 'halal' dalam tulisan jawi. Kalau takde tanda halal tapi penjualnya bertudung elok bertanya dulu sebab pemakaian tudung tu mungkin atas alasan kebersihan je.
Walaupun banyak restoran yang mendakwa 100% halal ada juga menghidangkan alkohol. Jenguk-jenguklah dulu ya.


Restoran Makanan Halal di Ao Nang:
Halal food are easily available in Ao Nang so tak perlu susah hati sangatlah eh. Boleh lupakan Maggi dan Brahim's sekejap ;-)

1) Restoran Lemon di Nopparat Thara Beach. Deretan hujung yang menjauhi Ao Nang.

2) May & Zin di Nopparat Thara Beach. Yang ni dekat plaza.

3) Arbadi Restaurant juga di Nopparat Thara Beach. Yang ni pun dekat plaza.

4) Bangboo Restaurant di Ao Nang. Restoran besar ini terletak berdekatan Masjid Ao Nang dan Ibis Hotel. Cawangannya di deretan sebelah bawah dengan nama Bamboo. Harga makanannya berpatutan.
5) Restoran Ruen Preutsa, di Somkiet Buri Resort (berhadapan McDonald). Untuk makanan muslim Thai terbaik boleh cuba di sini. Seafood dan western food pun ada.
6) Restoran White Orkid di Ao Nang Princeville Resort (pemiliknya muslim). Resort ini dekat pantai, tak jauh dari corner tu.
7) Sederet dengan McDonald ada satu... Restoran Firdaus, disebelahnya ada kedai lukisan.
8) Lorong depan Phranang Place ada kedai makan.
9) Berdekatan simpang ke Ao Nang Backpackers Hostel dan Mini Boxtel. Di bawah ada gerai roti pisang @ banana pancake, di atas ada restoran kecil. Nasi goreng Thai 70b.
Banana pancake. Sumber di sini.

10) Nong Eed restaurant berdepan McDonald.

11) Seperti yang sudah aku ceritakan sebelum ini di sini, terdapat deretan gerai makanan halal berhampiran Krabi Resort dan Masjid Ao Nang.
Indian restaurant pun banyak tapi banyak juga yang menjual arak sekali. Selalunya mereka akan approach kita dengan 'menjual' roti canai dan teh tarik. Dah cop kat dahi orang Malaysia kot hehe..
Ada lagi... setiap kali lalu di lorong-lorong tengok juga sebelah dalamnya. Memalam ada yang menjual nasi di kawasan lapang di situ. 
 
 
**Kalau nak tahu di mana boleh dapat souvernir murah sila baca blogpost yang sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments