Percutian Jimat Saya | Dari Hatyai-Krabi-----> Ao Nang



Percutian Jimat Saya | Dari Hatyai-Krabi-----> Ao Nang | Bila kawan tahu aku nak pergi Krabi respon mereka, Krabi?? best-nya.... . Betul ke syok sangat pergi Krabi ni? Dari pemerhatian di travel forum ramai betul pelancong Malaysia yang dah ke sana. Aku pun beli tiket penerbangan ke Krabi sebab nak menghabiskan bajet percutian tahun lepas je. Plan nak pergi berdua tak menjadi lagi.

Selepas 4x4 roadtrip selama enam hari tamat di Hatyai, mereka memandu pulang ke Malaysia melalui imigresen Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar. Aku naik bas berdekatan Hatyainai (pasar minggu Hatyai) ke Krabi pukul 1.00 petang. Perjalanan mengambil masa empat jam dengan berhenti sekali mengambil penumpang di RnR Trang. Best juga RnR tu, ada kedai yang besar siap restoran muslim di belakangnya. Surau pun ada, sempatlah nak solat jamak. Dari sini 140km lagi ke Pattalung dan 170km ke Songkhla.

Tiket bas Hatyai - Krabi 300b. Setahu aku di luar peak hours harganya kurang dari tu.


Bas tu menuju ke Phuket jadi aku diturunkan di pertengahan jalan, tak masuk ke pekan Krabi pun. Nasib baik siang lagi... dahlah hari Ahad. Staf yang menjual tiket tu kata bas berhenti berdekatan pasaraya Big C, dekatlah sangat...
Ada motor taxi yang menawarkan untuk membawa ke hotel dengan kadar 50 baht. Aku rasa tak jauh dah dan 50b tu agak mahal jadi aku menunggu tuk tuk di satu lagi jalan tu yang aku agak menuju ke pekan Krabi. Betul pun. Driver tuk tuk tu pun kemain nak caj aku sampai 50b walhal aku bukannya naik dari airport. Aku bayar 30b aje. Amboiiii macamlah kita datang sana main serbu aje.
Oleh kerana aku tak book hotel lagi aku pun turun di sebuah hotel baru yang dapat high rating tapi penuh jadi aku cari penginapan lain yang dekat dengan pasar malam. 400 baht untuk bilik twin sharing di Blue Guest House. Ada hotel lain yang nampak lagi baru berdekatan 7Eleven yang dekat pasar malam tu. Thai Hotel pun besar. Aku rasa lagi best kalau kita menginap di hotel tepi sungai tu macam NK Hometel di Uttarakij Road, Paknam, Muang Krabi. Kalau tak cukup duit jangan risau boleh je sedut dari CIMB Thai di tengah pekan tu.


Aktiviti Malam di Krabi

Pasar malam Krabi hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Rezeki aku dapat ke pasar malam tu kalau tak bosan jugaklah memalam. Bermacam barangan dijual. Kebanyakan harga t-shirt mengikut saiz bermula 100 baht tapi ada satu gerai tu semua saiz 100 b. Aku biasalah beli fridge magnet aje.

Ada beberapa restoran muslim di pekan Krabi. Roti pisang macam di restoran mamak pun ada. Alaa... banana pancake tu lah. Nak ngeteh teh tarik pun takde masalah.

Krabi Walking Street

Cantik bookmark ni. Nak beli tapi tak tahu nak bagi siapa.

Sight seeing in Krabi / Jalan-jalan di Krabi
Di tengah pekan Krabi ada sebuah wat yang dipanggil Wat Kaew Grovaram. Jika berminat dengan nature boleh menaiki bot ke Khao Khanap Nam sambil melihat mangrove forest. Kalau nak melihat keadaan sekeliling dari ketinggian 500m boleh ke Koa Ngon Nak. Krabi Contemporary Art Museum pun ada tapi aku tak masuklah.

 

Dari Krabi ke Ao Nang sekitar 20km. Ao Nang ke airport 25km, pekan Krabi di tengah. Oleh kerana pukul 2 petang baru boleh check-in jadi aku jenjalan je lah dulu di pekan Krabi tu. Kebetulan semalamnya Valentine's Day dan masih dalam mood Chinese New Year so ada some decorations yang dibuat di tepi sungai.

Krabi juga menjadi transit untuk ke lokasi pelancongan lain. Semasa di riverfront tu ramailah pengusaha bot pelancongan yang cuba menjual service mereka. Takdok mende sangat kat sini.

Untuk ke Ao Nang kita boleh menyewa kereta atau naik songtheaw dengan kadar 50 baht seorang. Tunggu dekat 7Eleven tu.  Kita akan melalui Nopparat Thara Beach sebelum Ao Nang Beach. Banyak resort di NTB tetapi tak semua menghadap pantai.


Ada empat ekor ...



Kedai untuk menempah dan repair barangan kulit.










Selepas checked-in di Ao Nang Bacpackers Hostel aku pun bersantai sajalah sambil mencari pakej ke James Bond Island. Tak berapa baguslah hostel ni, tak ada reading lamp sendiri di katil. Electrical socket pun seorang satu je. Nasib baik mek-mek salih tu semua balik pukul 1 pagi, kalau diorang nak tidur pukul 10pm letih mak. Yang bagusnya bathroom ensuite. Omputihs tu semua mandi kat bilik air luar mungkin sebab shower lagi best selebar pinggan. Syoklah aku guna bathroom dalam dorm tu sensorang.

Location wise, bagus. Nak makan senang, ke pantai dekat, nak sewa motor pun kat depan tu je. Staff tak berapa friendly.


Ao Nang Backpacker Hostel. Female dorm untuk 10 orang tapi kami berempat je waktu ni.

Pakej ke pulau-pulau dijual bermula dari 1500 bath dalam brochures. Please shop around to get the best deal. Harga lain-lain tapi kita menuju ke tempat yang sama. Aku dapat 950b untuk pakej ke Monkey Cave + James Bond Island + lunch di Koh Panyee Muslim Village + Longkai Fruit Garden. Waterfall kita tak pergi sebab musim kemarau. Boleh pilih nak naik longtail boat atau speed bot. Cepat sangat sampai kalau naik speed boat hehe..

 
Kedai lukisan berdekatan Krabi Resort, Ao Nang.




Aktiviti hari ini hanya berjalan dari hujung ke hujung melawat kawasan pantai Ao Nang. Generally Ao Nang lebih tenang daripada Pattaya. Tiada 'tiang' di sini, sesuai untuk berehat bersama keluarga.








Post a Comment

0 Comments