Recents in Beach

header ads

Penerbangan Patuh Syariah RAYANI AIR Mula Beroperasi

Penerbangan Patuh Syariah RAYANI AIR Mula Beroperasi | 

Tahniah Rayani Air yang mengumumkan sebagai syarikat penerbangan patuh shariah pertama di Malaysi, kerana;


1. Tiada hidangan alkohol (namun ujian sebenar kepada polisi ini adalah apabila wujud perjalanan antarabangsa dan bukan hanya domestik)
2. Staf muslimah diwajibkan berhijab
3. Dimulakan dengan doa
4. Makanan yang dihidang berstatus halal.


Muslim flight crew who work for Rayani Air must wear the hijab as part of their uniform 
 Cabin crew pose for a photograph in front of a Boeing 737-400 at Kuala Lumpur International Airport
In-flight meals served on board Rayani Air are completely halal, with alcohol consumption strictly prohibited 

Apa yang lebih manis apabila, pengasas dan pemiliknya iaitu Ravi Alagendrran (Founder) dan Dato Karthiyani Govindan adalah dari bangsa India dan bukan pula beragama Islam (Maaf jika tersilap & pohon dimaklumkan jika saya silap). Ia hebat, kerana yang bukan Islam pula yang mampu mendokong ciri-ciri Islam dalam pesawat milik mereka berbanding orang Islam.

Namun patuh Shariah janganlah hanya dihadkan kepada empat item itu sahaja tetapi juga lain-lain ciri, antaranya :


1. Kualiti pekerja menjadi keutamaan
2. Gaji pekerja kompetitif iktiraf pencapaian (khususnya bila sudah berkembang nanti)
 
3. Syarikat tidak berhutang dari bank konvensional dengan riba.
4. Wang tunai & pelaburan syarikat disimpan di institusi kewangan halal.
5. Penyelenggaraan pesawat wajib sentiasa ikut SOP tertinggi keselamatan.
6. Harga tiket yang kompetitif
7. Penumpang ditawar untuk ambil perlindungan takaful dan bukan insuran.
8. Membayar hutang supplier 'on time' berdasarkan terma kontrak.
9. Bersifat mesra pelanggan OKU, yang uzur & memerlukan.
10. Jangan wujud caj tersembunyi (hidden charges) dalam harga tiket dan caj bagasi tersembunyi.
11. Pakaian staff wanita Islam perlu dilonggarkan sedikit lagi agar tidak jelas menunjukkan bentuk badan mereka, khususnya di bahagian sensitif.
Apapun tahniah kerana tidak termakan dengan dakwaan murahan sesetengah pihak kononnya arak diperlukan di dalam pesawat kerana itu nilai komersial sesebuah pesawat, kain perlu terbelah dan seksi kerana daya tarikan pelanggan.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
PRESIDEN MURSHID

There are already other shariah-friendly carriers operating around the world, and UK-based Firnas Airways is planning to offer similar flights next year, according to a Bloomberg news agency report.

**********

Banyak betul komen negatif tentang islamic practise Rayani Air. To the management of Rayani Air, buat sahaja perkara betul. Akhirnya nanti mereka tetap akan gunakan servis syarikat penerbangan anda juga jika anda benar-benar bagus. Orang yang suka komplen ni memang tak dapat ditolong sebab kerja mereka memang komplen aje.

Kenapa selalu tak berpuas hati jika penerapan nilai-nilai islamik dilakukan? Bukankah pakaian islamik tu hanya wajib ke atas pekerja islam sahaja? Setiap syarikat ada rules and regulations sendiri so what the fuss? Bila kita ke negara arab boleh pula kita ikut syarat mereka TANPA banyak soal. Lagi satu, tanpa alkohol dalam penerbangan maka kuranglah masalah kepada krew kabin dan penumpang lain. Menyampah ooiii kalau orang mabuk memekak. Dahlah tak boleh nak lari ke mana-mana. 

Kita selalu kagum dengan sikap orang Jepun terhadap diri, keluarga dan negaranya. Itulah nilai islam yang dipraktikkan oleh orang bukan islam. Kebersihan, kesopanan terhadap tetamu, menjaga adab, ketepatan masa, cintakan negara, kesungguhan bekerja... diantaranya. Orang Jepun ni kalau air minuman tertumpah dalam train dan dia tak ada tisu, dia akan lap dengan skirt sendiri tau. Mampu? Kalau batuk/selsema pandai je dia pakai face mask. Kita?

Malaysian memang suka jadi follower. Bila kita dan perenang request pakaian yang lebih sopan kita bagi alasan memacam untuk menghalangnya; tapi bila swimmers Australia berpakaian lengkap (walaupun masih ketat) kita kagum dan ikut pulak. See?? Kita nak ikut kalau orang puteh buat. Kita suka jadi follower mereka.

Tuu Firnas Airways pun nak offer syariah-friendly carrier. Senyaplah para pengkomplen lepas ni.

Jangan komplen banyak sangatlah. Support sahaja perkara baik. Kalau tak suka boleh naik penerbangan lain, tiada paksaan.








Post a Comment

0 Comments