Recents in Beach

header ads

Motivasi Pagi | Employee First, Customer Second


Satu pandangan bernas Sir Richard Branson, owner Virgin Air yang menjadi mentor Tan Sri Tony Fernandes, CEO Tune Group. Beliau pun pernah berkata perkara yang sama.


Selalunya kalau customer complain 'melompat' memasing yang di atas nun  Kekadang tanpa mendengar penjelasan orang yang dikomplen hukuman telah dijatuhkan yang membuatkan seseorang staf itu demotivated. Pernahlah satu kali tu kami meluat sangat dengan orang atas, rasa macam kuli batak, kebajikan kita tak diambil endah. Siap ada buku khas untuk merekodkan kesilapan kerja kami setiap hari. Hmm... orang macam tu pun ada.. mati la kalau bekerja dengan orang yang negative thinking begini. Jadi, masa internal auditor datang kami takde nak coverline dah, siap cakap you tulis je apa yang you nak tulis hahah... biar sama-sama kena dengan HQ.

Kajian pernah dibuat yang mana mereka dapati bahawa kebanyakan pekerja meninggalkan syarikat bukan sebab syarikat tu tak bagus tetapi immediate officer atau manager yang 'macam bagus'. Satu kerugian besar jika staf tersebut seorang yang berpengetahun tinggi dan boleh buat kerja dengan baik. Pada aku biar kerja banyak jangan songeh banyak, cerewet tak bertempat. 

Apa apa pun rasa menyampah tu membuatkan kita mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Post a Comment

0 Comments