Indonesia | Kehebatan Masjid Istiqlal di Jakarta




Indonesia : Kehebatan Masjid Istiqlal di Jakarta | Banyak masjid indah di dunia yang direka untuk menggambarkan keagungan agama islam. Sesetengahnya direka dengan begitu teliti sehingga mendapatkan khidmat arkitek terbaik dunia.


Semasa percutian ke singkat ke Jakarta-Bandung bulan Mei lepas sempatlah aku ke masjid yang terbesar di Asia Tenggara, Masjid Istiqlal yang terletak di Jalan Taman Wijaya Kusuma, Jakarta Tengah. Sebenarnya aku cuba untuk solat di masjid at least sekali di mana-mana tempat yang aku ziarahi tapi aku tak solat di situ kerana dah melakukannya di railway station. Sekadar melihat sajalah. Punyalah ramai manusia... berbas-bas, terasa jugalah kesesakan tu walaupun Masjid Istiqlal sangat besar sehingga mampu menampung 120,000 orang jemaah.





Masjid ini walking distance je dari Stasiun Kereta Api Gambir. Keluar dari railway station terus catwalk ke kiri dalam 10 minit. Kedudukannya diapit Monumen Nasional dan Gereja Katedral.

Empat tahun selepas mendapat kemerdekaan daripada Belanda (The Nedherland), Menteri Agama yang pertama iaitu Wahid Hashim dan H. Anwar Tjokroaminoto  (yang kemudiannya dilantik sebagai pengerusi Yayasan Masjid Istiqlal), berasa perlu untuk Republik Indonesia yang mempunyai populasi penganut islam yang teramai di dunia itu memiliki sebuah masjid negara. Gagasan pembangunan masjid negara ini seiring dengan tradisi bangsa Indonesia yang sejak zaman kerajaan purba pernah membangunkan bangunan monumental keagamaan yang melambangkan kejayaan negara. Misalnya pada zaman kerajaan Hindu-Buddha bangsa Indonesia telah berjaya membangun Candi Borobudur dan Prambanan. Sila ke link tu kalau nak tengok gambarnya.

Presiden Sukarno yang gembira dengan idea itu dilantik menjadi Ketua Penyelia Teknikal untuk projek tersebut oleh AJK Masjid Istiqlal pada 1954. Pertandingan rekacipta telah diadakan pada 1955 dan dimenangi oleh Frederich Silaban dari Sumatera Utara dengan tema "Ketuhanan". Pembinaannya memakan masa selama 17 tahun dan dirasmikan oleh Presiden Suharto pada 22 Februari 1978. Kalau aku frust lah jugak 'baby' yang kita jaga sejak sebelum lahir tapi orang lain yang dapat 'potong reben'.

"Istiqlal" dalam bahasa Arab bererti merdeka, nostalgia dalam usaha perjuangan meraih kemerdekaan negara bangsa daripada penjajahan Belanda.  Secara istilah menggambarkan rasa bersyukur kepada Allah SWT atas limpahan rahmat berupa kemerdekaan bangsa.

Masjid ini memiliki gaya arkiteksur moden dengan dinding dan lantai berlapis marmar dihiasi ornamen geometrik. Terdapat 7 pintu masuk yang masing-masing dinamakan dengan nama-nama Asmaul Husna. Tujuh pintu merupakan simbolisme dari 7 petala langit. Sebuah kubah besar berdiameter 45 meter dengan sokongan 12 tiang bulat menjadi mahkota masjid manakala angka 45 pada diameter kubahnya merupakan simbolik tahun 1945, dimana Indonesia menggenggam kemerdekaannya. Ornamen kubahnya pun berupa bulan sabit dan bintang yang merupakan simbol Islam. Masjid ini hanya mempunyai sebuah menara yang tinggi.

Sumber di sini.

Sumber di sini.


Tiang yang 12 itu melambangkan peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawwal. Ia juga melambangkan 12 bulan Hijrah. Empat aras lantai dengan tambahan satu lantai utama melambangkan lima rukun Islam sekaligus butir-butir dari Pancasila (asas filosofi rasmi Republik Indonesia). Dari ketujuh pintu masuk ini tiga pintu iaitu Al Fattah, As Salam dan Ar Rozzaq adalah pintu utama. Tak pasti pula hari tu aku masuk ikut pintu mana.

Masjid ini terdiri dari dua bangunan segiempat tepat bersambungan yang memiliki kubahnya masing-masing; satu bangunan utama dan satu bangunan pendamping sebagai pintu masuk Al Fattah, tangga dan ruang tambahan. Binaan ini menggambarkan dualisme antara duniawi dan akhirat atau antara zahir dan batin yang saling melengkapi.
Jika berpeluang, cubalah untuk mengelilingi ke seluruh bangunan masjid ini bersama staf yang berpengalaman untuk mengetahui cerita tentang sejarah bangsa Indonesia melalui bahagian-bahangian masjid yang direka penuh makna ini. Mungkin mereka juga ada tour guide seperti Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Ketika sambutan perayaan keagamaan masyarakat Kristian, Masjid Istiqlal membuka ruang parkir kenderaan kepada penganut agama tersebut; yang menggambarkan betapa bertoleransinya agama Islam dengan agama lain. Daripada jalanraya menjadi sempit dan sesak lebih baik mudahkan hidup orang lain, ye tak? Rasulullah pun berlemah-lembut dengan orang kafir selama mana mereka tidak memerangi umat Islam. Siapalah kita kan?


** Aku pernah singgah solat di masjid di sebuah negeri. Allahu... sedih hati. Bukan sebab masjid tu lama tetapi kerana tiada seri. Macam dah lama sangat tak digunakan. Macam masuk dalam gua pulak rasanya.

Sama juga masjid berdekatan kampung aku. Yang mengimarahkan tak berapa ramai hinggakan abang Bangladesh yang jadi muazin. Ada la someone complained suara dia tak sedap, tak sama macam kita azan. Aku cuma cakap, "mujur dia azan, diorang jadi jemaah. Kalau tak satu kampung berdosa". Terus terdiam. Tapi, kalau ada calon yang lebih baik berilah peluang sebab suara yang lunak memanggil "menuju kejayaan" adalah satu tarikan. Tak kisahlah siapa pun dia. 

Post a Comment

0 Comments