Terengganu | Kemaman Tak Menarik Lansung!



Terengganu | Kemaman Tak Menarik Lansung! | Negeri Cantik Budaya Menarik. Begitulah cogankata negeri Terengganu Darul Iman. Negerinya memang cantik baik di daratan mahupun lautan. Pulau-pulau dan dasar laut selalu menjadi sebutan oleh mereka yang sukakan sand, sun and sea. Betul ke semuanya menarik?

 
Tahun ini dua kali aku berpeluang ke Sarawak dan Terengganu. Takde kali ketiga ke...? eh? haha... Malangnya tak dapat bawa keluarga tahun ini kerana di waktu cuti sekolah pun ada kelas tambahan untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan penting. Masa sekolah rendah dulu bolehlah kita pontengkan, acting headmistress gituh.

Penghujung Oktober sehingga awal Mac 'laut tutup' di Terengganu disebabkan musim tengkujuh tetapi negeri minyak ini ada kawasan daratan yang masih banyak untuk diterokai.
 
 
Benarkah Kemaman Tak Menarik?

Kemaman ialah sebuah daerah di Terengganu yang bersempadan dengan daerah Dungun di utara dan negeri Pahang di bahagian selatan dan barat. Ia juga menghadap laut China Selatan yang membiru airnya.
 
Bila kita bergaul dengan orang-orang tertentu, biasanya kita akan mendapat informasi-informasi yang tidak disiarkan di akhbar dan tv. Informasi tersebut berkemungkinan berguna kepada kita atau sekadar menjadi halwa telinga tanpa dapat dimanfaatkan.

Banyak cerita menarik yang dapat dikutip. Aku ringkaskan di sini setakat kemampuan aku mengingati. RAM kecik, masih guna kilobyte lagi.

 
Kemaman
- di Chukai, Kemaman, ada Telaga Simpul. Telaga ini dikatakan menjaga tempat para musafir dan pelayar zaman dahulu mendapatkan sumber air bersih untuk minum dan mandi. Abdullah Munshi dipercayai mula menggunakannya pada tahun 1852.

Sumber di sini.
 

- Pelabuhan Kemaman antara pelabuhan yang terdalam di dunia.

- Kapal persiaran Diamond Princess akan singgah setahun sekali.


- Armada tentera Amerika akan singgah selama sebulan setiap tahun. Jadi sekarang toksah heran la kenapa ramai pulak omputeh sado dalam bulan-bulan tertentu di Kemaman.

- Keropok lekor, sata, otak-otak antara yang tersedap dan terbaik. Banyak ikan mestilah sedap.

- Ada taman rekreasi dan mini zoo. Tak sangka Kemaman pun ada zoo.

- fireflies di Sungai Yak Yah

- nak tengok penyu bertelur silalah ke Teluk Mak Nik (Monica Bay) bila tiba musimnya. Kalau nasib baik sampai 10 ekor penyu mendarat dalam satu malam. Aku ada ceritakan di sini dulu. Kemaman berdekatan dengan Cherating. Jadi kalau menginap di Cherating kita akan dibawa ke Teluk Mak Nik mengendap penyu bertelur.

Sumber di sini.


 Sumber di sini.

- di Chukai : ada restoran yang menghidangkan isi ketam. Aku tak berapa minat, walaupun sedap tapi bersusah payah sangat nak makan hahha... ikan, udang dan sotong ok ler.

- di Chukai : ada kedai kopi Hai Peng yang terkenal.


Aktiviti perniagaan:

- Ekonomi Kemaman bergantung kepada hasil petroleum serta industri minyak dan gas selain industri perikanan. Pengeluaran ikan masin secara besar-besaran terkenal di sini.

- Koperasi Perwaja Kemaman Berhad sangat berjaya dalam perniagaan runcitnya. Pelan akan datangnya untuk mengimport bahan basah (makanan laut) dari Sabah dan menjual makanan laut kering. Kalau nak jadi reseller bolehlah berurusan dengan pihak koperasi ni ya.


Pusat Membeli-Belah

Tak ado.... paling besar pun Mydin baru di Kuala Terengganu. Ler... gi Teganu nak shopping ke?
 
 
 
 
 
 

Post a Comment

0 Comments