Tahukah anda mengapa pelancong asing sukakan homestay di Malaysia?

Tahukah anda mengapa pelancong asing sukakan homestay di Malaysia?| Sektor pelancongan merupakan salah satu bidang keberhasilan utama Malaysia. Banyak usaha yang telah, sedang dan akan dilakukan secara berterusan oleh kerajaan Malaysia melalui Tourism Malaysia khususnya dan pihak-pihak lain amnya di dalam dan luar negara untuk menjadikan Malaysia destinasi pilihan utama pelancong dunia.

 
Pencapaian terkini, Kuala Lumpur telah dinobatkan tempat kelapan di dalam Mastercard Global Destination Cities Index 2015. Kuala Lumpur diantara lima kota asia yang berjaya menempatkan diri dalam 10 terbaik di dalam indeks tahunan tersebut.
 
 
Kenapa Malaysia Menjadi Destinasi Pilihan Pelancong?
 
Kepada kebanyakan pelancong Malaysia diingati kerana pulau-pulau yang sangat cantik malah ada diantaranya yang diiktiraf antara yang tercantik di dunia.
 
Malaysia juga masih memiliki dan memelihara hutan hujan yang ratusan tahun usianya. Sesuatu yang berlainan daripada yang ada di Eropah.
 
Makanan Malaysia pelbagai disebabkan kemajmukan penduduknya. Sebahagian restoran juga dibuka 24 jam. Pelancong yang datang ke mari boleh mati disebabkan makan. Elok juga bila mereka balik ke negara memasing untuk memeriksa kadar gula dalam darah manalah tahu kan, kot kot kena diabetes pulak hehe..
 
Keramahan rakyat Malaysia selalu disebut. Kita juga mudah tersenyum dengan sesiapa sahaja. Masa aku bertanya arah daripada seorang mat saleh di West Lake, Hangzhou hari tu dia bertanya, are you from Malaysia? Okay, aku confirm ada trademark Malaysia tu. Gituh. Hahaha...
 
 
Mengapa pelancong asing sukakan homestay di Malaysia?
 
Peluang yang diberikan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine melawat beberapa homestay di Pulau Pinang, Kuching dan Terengganu (boleh baca blogpost sebelum ini) yang menyertai koperasi memberikan satu konklusi yang sama bahawa pelancong Jepun suka tinggal di homestay dan mengkagumi seni halus seperti anyaman, batik serta songket.
 
Jika di sesebuah kampung itu ada homestay yang selesa dan rumah kampung tradisi, mereka akan memilih rumah kampung, malah mereka memilih untuk tidur di atas tilam kekabu, jika ada. Mereka turut makan dengan tangan seperti kita. Pelancong Korea dan Jepun juga sukakan ulam-ulaman. Their only concern is the toilet. Aku pun... selain MESTI bersih, tandas di luar rumah aku tak mahu.
 
Di Homestay Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu, beberapa aktiviti menarik disediakan sebagai pilihan seperti :
 
1) Melihat beruk memetik kelapa
2) Menyusuri Sungai Terengganu
3) Demonstrasi memasak makanan tradisional seperti Tepung Bunga, Pukat Burok, Asam Gumpal dan Jala Mas.
4) Permainan tradisional
5) Berkelah di pantai
6) Lawatan mengelilingi bandar
7) Berinai
8) Muzik dan tarian daripada penari dewasa dan kanak-kanak
 
 
 Beruk memetik kelapa.
 

 Menyusuri Sungai Terengganu
 
 Masjid Kristal dari Sungai Terengganu
 
 Persembahan tarian dari penari cilik.


Seni lipatan/origami di Homestay Teluk Ketapang
 
Aktiviti berkelah bersama keluarga angkat yang paling disukai oleh pelajar asing terutama dari barat. Mereka akan masak bersama lalu berkelah di tepi pantai sambil bersukaneka. Percaya tak, acara ini mampu menitiskan air mata para pelajar ini kerana ramai yang tidak rapat dengan kedua ibu bapa dan adik-beradik. Kita sebenarnya telah mengisi sesuatu yang hilang. Solat kita lima kali sehari semalam pun mengkagumkan mereka. Itu belum lagi kesanggupan kita untuk berpuasa selama 13 jam sehari kerana Allah. Ia sesuatu yang asing dan mengubah persepsi mereka terhadap Islam yang sering dilabel pengganas oleh media di negara mereka sendiri.
 
Homestay Teluk Ketapang ditubuhkan pada tahun 2010 setelah penduduk kampung memenangi banyak pertandingan yang mereka sertai semenjak tahun 2003. Belia di sini aktif dalam berbagai bidang. Dari situlah timbulnya idea untuk mewujudkan koperasi yang boleh menambahkan pendapatan penduduk melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan. Setakat 2011, 52 buah rumah telah menyertai program homestay. Koperasi di sini juga berkoloborasi dengan koperasi ditempat lain untuk memenuhkan tabungan mereka. Bagus ketua mereka ni, berjemaah dan saling membantu.
 
Homestay yang dikelolakan koperasi lebih sistematik pengurusannya.
 
 
Bagaimana untuk menyertai koperasi?
 
Koperasi melakukan pelbagai bisnes untuk memenuhkan kantung seperti kedai buku di sekolah, kedai serbaneka, pelancongan, homestay, kampungstay, kem bina diri, kewangan/kredit, pemborongan/peruncitan, penjagaan diri, pertanian dan peruncitan, pertanian dan industri asas tani. Ada koperasi bermodal besar juga terlibat dalam hartanah dengan melakukan usahasama dengan kerajaan negeri seperti di Koperasi Koppes Berhad di Kuching dan Koperasi Pembangunan Daerah Kemaman Berhad yang memajukan Taman Koperasi Perdana. Cecantik rumah kat situ uollss.. Rumah setingkat dah habis, double storey ada lagi... start RM338k kot harganya.
 
Keahlian koperasi tidak dibuka selama-lamanya. Ketika mula ditubuhkan setiap koperasi memerlukan modal permulaan. Di Terengganu, koperasi baru yang layak akan diberi bantuan sebanyak RM10,000 oleh kerajaan negeri dan RM30,000 oleh kerajaan pusat. Selain itu koperasi juga mandapat modal perniagaannya melalui para peserta iaitu penduduk kampung dan staf sendiri (contohnya Ketengah). Amaun yang diperlukan sebagai ahli koperasi pula biasanya bermula dengan RM100.
 
Bila koperasi yang diterajui oleh orang berkaliber membuka penyertaan sila jangan ragu-ragu untuk menyertainya. Kebiasaannya maksima 1000 ahli diperlukan untuk mengumpul modal sebelum memulakan perniagaan.
 
Kenapa ahlinya tak ramai? Koperasi yang aktif memberikan dividen setinggi 30% kepada ahlinya. Jika ramai sangat ahli rugi ler beb.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  

Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.