Jadikan Matlamat Utama Berniaga Adalah Untuk Menjadi DERMAWAN



Jadikan Matlamat Utama Berniaga Adalah Untuk Menjadi DERMAWAN | Assalamualaikum. Perkembangan positif sekarang ini dengan segala teknologi yang ada semakin ramai umat islam berniaga. Ada sesetengah barangan dan perkhidmatan tu tak terfikir pun boleh dijual ke seuruh dunia sebelum ini dan menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda amaunnya.


Tetapi, masih ada lagi yang berfikiran 'Kaya sikit sikit cukuplah. Bila mati nanti bukannya harta dan duit ringgit hendak di bawa sekali ke dalam kubur'. Betul, tapi dengan menjadi kaya kita boleh bersedekah dengan banyak. Teringat kata-kata tauke beras Faiza, beliau mahu menjadi penyumbang zakat yang terbesar di Malaysia. Hanya tiga perkara sahaya yang akan tinggal bersama kita bila mati nanti iaitu:

1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Anak soleh yang mendoakan kita

Kadang-kala aku rasa term bersederhana dan zuhud orang kita terlalu sempit. Carilah kekayaan tetapi hiduplah dengan sederhana. Keserhanaan hidup setiap individu pula berbeza-beza. Jika pendapatan seseorang RM3,000 sebulan dan dia berbelanja RM2,000 itu sederhana. Jika pendapatannya RM400,000 sebulan dan dia meraikan perkahwinan anaknya sehingga RM200,000 aku anggap sederhana juga. Sederhana tidak boleh dipukul rata kepada semua.

Aku ada kenal seorang yang kaya. Dah pernah ke rumahnya tapi biasa je rumahnya. Kemas lagi rumah mak aku hahahha.... Dia minta aku panggil makcik je instead of gelaran yang disandang berpuluh tahun. Masih berniaga secara barter trade hasil pertanian sejak pencen. Boleh memberi loan kepada anak-anak bila perlu. Duit berkepuk tapi macam orang kampung biasa je kehidupannya. Yang pasti kalau kita minta derma untuk sekolah atau yang sewaktu dengannya dia dan keluarganya memang tak lokek. Patutlah kaya. Kayanya dia tu ermm... boleh pendidikan agama yang baik kepada anak-anaknya selain anak-anak diberikan dua buah rumah setiap orang, tanah dan ladang, membeli kereta mewah secara tunai (tapi bila nak jual balik selepas beberapa tahun nilainya cuma 20%) dan lain-lain. 

Aku bukan kaya, sekadar cukup makan pakai dan ada bumbung serta kenderaan sebagai asas hidup selesa. Berniaga tak pandai sekadar ada sebuah dua rumah sewa. Itupun sebab tak perlu bercakap banyak (dan tak perlu mengutip hutang). Cuma, aku suka berkawan dengan orang yang bercita-cita menjadi kaya sebab mereka ni banyak idea dan positif. Ramai daripada mereka menjadi kaya kerana 'rajin memberi' sebeum kaya harta benda.

Setakat ini kemampuan aku memberi mungkin hanya info-info berguna di sini. Ambil mana-mana yang elok tinggalkan mana-mana yang tak disukai. Setiap individu ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau suka baca, tak suka tak perlu jadi haters. Selepas mati ada kehidupan yang lain pula. Bersedia aje.

Post a Comment

0 Comments