12 Hidangan Istimewa Sarawak. Mesti Cuba!

12 Hidangan Istimewa Sarawak. Mesti Cuba! | Setiap bangsa dan kaum mempunyai kebudayaan dan makanannya sendiri yang bersesuaian dengan keadaan hidup dan cuaca sesuatu tempat. 


Begitu juga dengan negeri Sarawak. Merangkumi 27 etnik dengan 47 bahasa negeri di kepulauan Borneo ini sudah tentulah mempunyai kepelbagaian hidangan pembuka selera melebihi negeri lain. Kalau suami 'diikat' dengan menjaga perutnya, pelancong juga begitu. Tak kisahlah nilai duit kita naik setinggi mana pun jika layanan tip top dan makanan sedap pasti pelancong akan berusaha untuk datang lagi dan lagi. Makanan enak akan sentiasa terasa-rasa ditekak betul tak?


Berikut adalah senarai 8 Hidangan Istimewa Sarawak yang aku recommend untuk dicuba:

Umai
Umai adalah makanan masyarakat Melanau khususnya yang tinggal di sekitar Daro, Matu, Mukah, Rajang dan Belawai. Ia juga popular di seluruh Sarawak dengan pilihan umai ikan, udang atau obor-obor. Ikan yang biasa digunakan pula ialah ikan empirang tetapi ada juga ikan jenis lain sebagai pilihan.

Cara penyediaannya mudah. Isi ikan diasingkan daripada tulang, disiat-siat lalu dicampurkan dengan hirisan nipis bawang besar, garam dan perahan limau kasturi. Ada juga yang menggemari tambahan sedikit hirisan bunga kantan.

Semua tempat yang menghidangkan umai semasa di Kuching minggu lepas aku cuba. Yang di Sumiran Eco-Camp sedap, yang di Grand Margharita juga enak cuma umai GM agak berair, mungkin telah disediakan beberapa jam awal.



Manok Pansuh
Manok ialah ayam dalam bahasa Melayu Sarawak. Hidangan ini sangat istimewa. Potongan ayam yang telah diperap dengan hirisan halia, bunga kantan, dan bawang besar dimasak di dalam buluh macam lemang tu. Dimasukkan juga pucuk ubi semasa proses memasak. 

Ayam yang sesuai ialah ayam tua atau ayam pencen sebab dagingnya lebih kental. Supnya sedap tapi aku kena makan dengan sambal kicap hehe.. bohlah garam secukup rasa.




Midin Goreng Belacan
Midin termasuk dalam kumpulan paku pakis. Sesetengah kaum memanggilnya 'biling' dan rasanya SANGAT SEDAP digoreng bersama belacan. Mak mertua lalu pun tak perasan weh.


Botok Ikan/Telur Masin
Aku ingatkan orang Johor je makan botok hehe.. nak tulis resipinya panjanglah pulak. Silalah ke blog Che Mat TiffinBiru.com

Botok ikan yang di atas dibalut dengan daun mengkudu. Cili hijau tu ermm boleh tahn pedas.


Mee Kolok @ Mi Kolo
Mi kolok boleh dimakan kering atau berkuah. Menggunakan mi sanggul sebagai bahan utama, Istimewanya kerana penggunaan mee sanggul/mee kering/mee rangkai bersama hirisan ayam atau daging yang direbus. Nak sedap lagi kena makan dengan kicap pedas.

Sumber di sini

Laksa Sarawak
Sesiapa yang pergi Sarawak tapi tak mencuba rasa Laksa Sarawak ibarat belum sampai ke negeri ni. Kalau dilihat bahan-bahan untuk menghasilkan laksa istimewa ni mudah saja... ditambah dengan sambal udang kering untuk rasa yang lebih kawww..!

Nak mudah beli saja pes yang siap dijual. Aku beli pes buatan Hj Manan yang terkenal tu. Cuba yang ini dulu... kalau 'rakyat jelata' suka nanti baru buat sendiri from scratch.

Sumber Dayang Jack

Kek Lapis
Kek lapis warna-warni pelbagai corak memang kepakaran wanita Sarawak. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan halus buatannya kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Orang macam aku ni elok beli je lah. Boleh kematu tumit buat kek ni hahaa..

Untuk menghasilkan kek yang enak mentega jenama tertentu digunakan kerana ia akan menghasilkan tekstur kek yang lembut. Kek yang bercorak di tengahnya memerlukan lebih masa untuk disiapkan sebab bahagian dalamnya perlu di siapkan dulu. Setiap lapisan kek memerlukan masa selama 10-15 minit untuk dibakar dengan menggunakan api atas. Bila masak, keluarkan dan ditekan supaya rata kemudiaan di tambah satu lapisan lagi, bakar dan ulang proses ini sehingga habis adunan. Kalau yang bawah guna sesenduk bancuhan tepung layer kedua dan seterusnya digunakan sama banyak juga. 

Pengusaha kek menggunakan oven gas berwarna hijau yang banyak dijual di Serikin. Gigih aku tawaf Kuching mencari oven tu. Jumpa tapi mahal sangat pulak. Kenapa organizer tak drag programme kami sampai Ahad eh? Boleh shopping kat Serikin, ishhh...

Pengusaha kek lapis yang terkenal di Kuching diantaranya ialah Diwannie di Jalan Satok, Mira Cek House di seberang sungai dan Dayang Salhah, juga di seberang sungai (belakang masjid). Kek yang menggunakan butter biasanya dijual bermula daripada RM20 sepotong. Potongan kek semakin mengecil sekarang.. hmmm

Sumber di sini


Kek Jantung Pisang
Adakah mungkin kek ini pencetus kepada penghasilan kek lapis?

Untuk membuatnya kita perlu menggoreng adunan sesudu demi sesudu dengan sedikit mentega sehingga saiznya semakin membesar barulah ditambah kuantitinya. Goreng sesudu balik-balikkan dan angkat. Masukkan sesudu lagi, letak yang dah siap tadi, balik-balikkan dan angkat. Ulang sampai siap. Buatlah sambil duduk ye hehee..

Untuk menyiapkan sebiji kuih jantung pisang ini memerlukan 2 jam kesabaran hahaha... nak habiskan sekejap je.

Cantikkan lapisan tu


Tebaloi
Tebaloi ialah snek yang diperbuat daripada sagu dan dipopularkan kaum Melanau di Mukah. Tahun lepas semasa trip Mukah Kaul Festival aku dah melihat proses pembuatannya di sebuah kilang. Sejak kecil aku memang sukakan snek ni, sedap dan rangup dengan pelbagai perisa.

Di kilang ianya dijual RM1.00 sebungkus, bila dah sampai Kuching jadi 3-4 bungkus RM10.00. Dah dibungkus dalam kotak kan... lainlah harganya.




Ais Krim Bergula Apong
Gula apong ialah gula Melaka. Terdapat dua orang yang  menjual ais krim sedap ini di bandar Kuching. Yang kami pergi tu di open air hawker centre berhadapan dengan Electra House. Senang je nak ke sini. Dari pintu pagar utama masjid negeri, jalan terus ke depan. Selepas lorong yang pertama tu (kiri) pandang kanan.

Waktu perniagaannya bermula jam 1 petang hingga 5 pagi.


ABC Swee Keng
Bertuahnya aku kawan lama bawa ke sini. Kedai ini terletak berhampiran pasar lama Satok (Pasar Satok sekarang dan dipindahkan ke Kubah Ria).

Selain pelbagai jenis air batu campur makanan seperti mi kolok dan laksa Sarawak juga dijual di sini.



Ikan Terubuk Masin



Sumber di sini


dan... seafood juga!!









5 comments

I dah rasa semua. Semua sedap.
Kecuali umai masih tak leh terima sangat hahah pikir banyak sangat kita ni
RIndu nak balik Miri lagi uhuhuh


Meroyan pemusnah rumah tangga

Sebab saya orang Sarawak memang semua tu favorite..
Lagi satu..teh c peng..pun sedap juga

Memang tu semua favourite saya tu..Lagi satu, teh c peng..

Aula Mommy Razim orang Miri ke? Setakat ni umai yang saya rasa semua sedap dimakan dengan nasi. Ulat mulong hidup je belum mampu dikunyah hehe

Emalin Mohd, tak tak berkesempatan mencuba teh c peng. Kenyang sangat, nanti tak boleh menikmati rasa sebenar makanan/minuman tu

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free