Recents in Beach

header ads

Tazkirah di Hari Minggu

Tazkirah di Hari Minggu | Assalamualaikum and good morning.....



Hari ni sebenarnya aku nak melepaskan geram tapi selepas puas mengarang-edit-karang-edit akhirnya selepas Isyak semalam hati sejuk sikit. Biarlah, bersabar je dulu simpan dalam draf. I don't want to stoop too low sama macam dia. Joyah sangat style nya... kata berkelas.
 
Dulu aku pernah tak puas hati dengan seorang staf kat legal office yang handle rumah yang aku beli tu. Bila dia berkali-kali membuat onar aku emel bos dia nak tahu duduk perkara. Aku tanya elok-elok secara senyap bukannya melahar orang di media sosial macam orang lain takde maruah.  (Kita punyalah menjaga diri dari menulis perkara negatif tapi makin seronok pulak dia 'mengusik' tak habis habis). Urusan belum selesai tapi staf pejabat peguam tu dah berhenti kerja.
 
Di satu bank, kes beli rumah jugak. Sakit pulak hati aku takde effort nak cari atau ganti dokumen yang hilang sedangkan aku mengejar masa 90 hari tu. Kalau tak diperhambat hanguslah deposit rumah tu. Aku tulis elok elok jer... takde huruf besar pun. Kita kena fikir juga implikasi terhadap mangsa. Soalan aku seperti, nak saya tolong carikan dokumen tu di pejabat tuan? Kena jugak dia tapi tak diberhentikanlah. Pernah tak rasa dimarah bos di hadapan your colleagues dan dibangkitkan dalam meeting? 
 
Jadi aku belum nak emel lagi. Kalau aku emel, i will demand for public apology for the humiliation and embarassment. Biarkan dia bagai anjing menyalak bukit dulu.

Banyak kali aku beristighfar. Allahhuakbar. Aku sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik. Sabarlah hati... but don't test me. Kitorang tak makan Nestum, kitorang makan cili api.

Tak tahu apa yang dia tak berpuas hati, tak pernah diberitahu untuk penambahbaikan hanya sekadar kata-kata sindiran di media sosial yang diulang-ulang. Kata tak suka orang bercakap belakang tapi diri sendiri...? Cerita buruk dia pun aku diamkan saja tak pernah sampaikan kepada sesiapa walaupun orang lain dah heboh bercerita kepada pihak ketiga selepas majlis tu.

**Update**Aku tahu dah sebabnya. Dia dok jaja kat orang lain yang aku ni diva, orang dah sponsor trip tapi nak jual gambar event kat syarikat dia. Seingat aku, aku bertanya boleh tak aku letak watermark kat gambar? Dan dia jawab, diorang kan sponsor semua... Aku ikutkan je lah walaupun itu harta intelek. Aku masih simpan lagi whatapps tu ye. Jangan memfitnah orang. Dahlah hari-hari melawan tuhan, jangan tambah lagi dosa dengan manusia. Kalau aku tak ampunkan??
 
Zaman sekarang ni kita screen capture aje apa-apa yang perlu. Bos kepada bos  dia pun kita kenal, boleh duduk semeja berborak panjang lagi. Dia yang buka cerita kata dia ada dalam friendlist si fulan tu tapi dengan nickname and he says, he/she talk too much. Menunggu masa je tu. Hahaa... nasib kau lah. Kita ni kalau bermajikan akan sentiasa membawa imej syarikat online or offline. Jika bekerja sendiri apatah lagi. Jangan ingat kita hebat sangat sebab ramai lagi yang belum diberi peluang menunjukkan bakat.  Bukannya kena baik seperti malaikat, kalau berpakaian taraf Lorong Hj Taib pun tapi mulut dijaga takdelah bermasalah dengan ramai orang.  
 
Aku masih menahan sabar dan menahan jari daripada menekan 'publish' blogpost yang aku buat tu. Blog aku ni walaupun sendu tapi selalu juga berada di first page google search.
 
Sekian.
 
 
***Eh awak, kalau bosan di hari minggu ni cuba baca tentang tips hartanah pulak. Bisnes kecil-kecilan je... nak jual jubah tak reti. Entry lama, sebelum fokus kat travel story saja.

 

Post a Comment

0 Comments