Recents in Beach

header ads

Cambodia | Kecewa di Angkor Wat. Mengapakah?

Cambodia | Kecewa di Angkor Wat. Mengapakah?

Ini sambungan cerita my Cambodia-Thailand trip. Macam sinetron gituh banyak episod. Sila ke link berikut untuk membaca yang lain-lain. Terima kasih.

http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-and-thailand-gambar-buat-geli.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/melihat-budaya-orang-cambodia.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-tuol-sleng-genocide-museum-s.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-nyawa-melayang-di-choeung-ek.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-shopping-di-phnom-penh.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-bergerak-ke-siem-reap-dari.html
http://www.ruggedmom.com/2015/03/cambodia-bila-keputusan-duit-di.html

Aku ni kalau boleh semua UNESCO Heritage Site aku nak kunjungi. Selain seronok dapat pergi ke tempat yang pernah dibaca di dalam buku teks sekolah dulu, tempat-tempat ni memang istimewa. Bayangkan beratus tahun dulu dengan takde jentolak jengkaut bulldozer kren PATI... manusia di zaman itu mampu menghasilkan sebuah arkiteksur (peliknya bunyi hahaa.. architecture) yang mengagumkan. Yang lebih hebat lagi mereka melakukannya dengan sukarela!

Aku book pakej ke Angkor Wat dari hostel dengan harga usd13. Aku rasa murah sebab kebanyakannya caj usd15. Bila dah ikut tour package tu aku menyesal sebab sepatutnya naik tuk tuk supaya lebih bebas nak kemana-mana. Dah namanya pun group terpaksalah follow ke mana tour guide bawa. Kalau ko minat fotografi memang kecewalah tak dapat shoot dari angle yang ko inginkan. Sesekali aku dan seorang lelaki Swiss tu ketinggalan sebab kami leka mengambil gambar. Tak tahulah dia kerja apa, dia ada tunjukkan banyak gambar serta video yang menarik.

Pakej yang aku tempah tu akan membawa ke Angkor Wat, Angkor Thom, Bayon, Ta Phrom, Bakheng Hill for sunset dan lunch (tapi bayar sendiri). Memula kita akan dibawa untuk membeli tiket. Wohooo pepagi lagi dah ramai orang. Ramaiiiiiii sangat pelancong asing. Harga tiket juga bergantung berapa hari kita melawat kuil tu. Aku cuma beli yang 1 day yang mana kaunternya di belakang. Servis memang pantas! Tak boleh kirim sebab mereka akan ambil gambar kita dan print di tiket. Masa ni ko pose lah pelik-pelik sikit hahaa..

Lepas tu naik van semula sebab jauh lagi Buddhist Temple tu, van pun berhentikan kita jauh juga dan kita perlu berjalan diatas jambatan yang agak panjang. Itu baru sampai pintu masuk. Tak sesuai untuk orang yang tidak mampu berjalan sendiri sebab kena turun naik tangga. Lagipun toilet hanya di luar tempat orang berjualan kat kolam tu. Owh..sebelum masuk guide kami bawa duduk di satu sudut dan bercerita panjang lebarlah jugak tentang sejarah Angkor Wat sampai naik bosan. Body language memasing menceritakannya huhuu..

Yang kelakarnya masa memperkenalkan diri masing-masing. Aku last so bila sebut Malaysia biasalah orang akan ingat tragedi yang melibatkan flight MAS MH370, MH17 dan Air Asia QZ8501. Yang guide ni pulak english dia sederhana je...kekadang aku main agak-agak je apa yang dia cuba sampaikan.

Oh Malaysia, i know that island
Which island?
island.. island...
We have a lot of beautiful islands all over Malaysia (okay, aku nak mintak keje dengan Tourism Malaysia lepas ni)
That casino...
Owh, that is Genting Highland!
Yes...yes...
(tempat berjudi itu memang terkenal di asia ni)

Maka berjalanlah kami masuk selepas itu. Ada juga masanya aku tertinggal, eh tetiba diorang hilang, awak kat mana? awak kat mana? hahaa...

Angkor Wat yang terletak empat kilometer ke utara Siem Reap secara amnya dikenali sebagai City Temple merupakan satu kompleks keagamaan yang terbesar di dunia. Ianya menggambarkan syurga di dunia dan dibina untuk King Suryavarman II diawal kurun ke-12. Asalnya kuil Hindu tetapi dah menjadi kuil Buddha selepas kalah peperangan. Very huge okay. Kuil ini masih terpelihara dengan baik dan proses pulihara masih dilakukan secara berterusan. Rekabentuknya menunjukkan kesenian Khmer yang tinggi.


Beribu-ribu orang melawat Angkor Wat setiap hari. Tu lah kan, mana-mana lokasi di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO jagalah dengan baik status tersebut. Berjuta orang nak pergi tengok, ia ada peminat yang tersendiri.



 
Tangan gergasi nak mencabut Angkor Wat


Bekas perpustakaan. Tak sempat masuk sini tour guide dah memanggil-manggil. Terdapat enam buah perpustakaan di kompleks kuil ini yang dulunya digunakan oleh monks.


Belum lagi habis menjelajah Angkor Wat aku dah rasa tak sedap perut. Dah bertahun aku tak sakit tu time ni pulaklah dia buat hal. Peluh dingin dah keluar, bulu roma meremang, aku cuma fikir nak balik baring berguling-guling. Ya Allah lamanya dia bercerita...sobar jo lah den. Peluh merembes dah ni... muka pun dah pucat, tak larat nak berdiri.
 
Jauh juga kami berjalan ke van sebelum di bawa makan tengahari di sebuah restoran. Bila dah rasa tak sihat ni macam-macam hal lah kan, buka menu...babi goreng bercili, babi masak stew, sup babi, rendang babi...pap! tutup buku.
 You want vegetarian food?
No, thanks. I just want fresh air.
 
Tarik nafas...lepas. Tarik nafassss...lepas! Tak jadi jugak. Telan panadol 2 biji. Tak lama kemudian tour guide tu datang bertanya lagi nak makan di sini ke (di luar restoran)? Allah baiknya... aku mintak tolong carikan tuk tuk atau motor taxi nak balik hostel. Takkan nak ikut diorang dalam keadaan aku macam tu. Dapat teksi motor perempuan alhamdulillah. Asalnya dia nak usd6 tapi at last agreed dengan usd5 aje. Naik motor sejauh 4km kena 5 dollar. Redha je lah, dah terdesak.
 
Sampai di hostel sempat lagi buka fb segala hahaaa...wifi free kan, then tidur sampai ke malam. Ler... rupanya perempuan Italy yang satu van dengan aku tadi duduk bilik yang sama. Concern betul dia kat aku.
 
Nak cerita banyak pun tak boleh, sunset di Baekheng Hill pun tak jumpa jadi aku tunjukkan gambar setakat yang termampu je lah ye. No editing, i is malas.
 
Di sebelah kiri ada banyak gerai menjual pakaian dan minuman. Aku ingatkan kat Russian Market di Phnom Penh murah dah, kat sini... 1 tree dola! 3 fi dola...!! (1 three dollar! 3 five dollar!)


Tu guide aku kat atas sedang menunggu aku yang dok mengambil gambar lagi kat bawah ni. Next time if Allah permits aku nak datang sendiri je.



 Masih dipelihara dan dipulihara

Pandainya mereka mengukir

 
 The cemetery

 Tangga untuk naik ke sini sangat curam. Wanita mengandung dan kanak-kanak dilarang naik.
 


Berdasarkan pengalaman melawat candi di Bali dan Yogyakarta, aku memakai baju yang berwarna terang supaya nampak kontras seperti gambar di atas.

 Kepala pun kena curi

Sebahagian ukiran dinding disiapkan oleh pengukir dari China. Jadinya macam gambar orang Mongol lah bukan Khmer. 


Menara tu daripada lima akan menjadi semakin kurang bila kita berjalan semakin jauh meninggalkannya.
 
 
Maka hari tersebut leburlah usd13 + usd20 + usd5 tanpa hasil. I kecewa di Angkor Wat.
 
 
Sekilas
Pernah tak terbaca berita pelancong dari barat yang ditangkap bergambar bogel di Angkor Wat? Bukan sekali tau, dah berkali-kali. Apa yang boleh aku katakan mereka ni vongok sangat. Tak tahu adab masuk rumah orang. Tempat orang sembahyang pulak tu.
 
Mereka ni ingat dengan bertelanjang gitu dah moden sangat. Mereka lupa (atau tak tahu) manusia zaman batu dulu berbogel, lama-kelamaan berpakaian dari daun dan kulit kayu, kemudian bertutup semua.
 
Elok kalau semua penguatkuasa di negara asia ni bertegas seperti Singapura kepada sesiapa sahaja yang biadap terhadap budaya dan undang-undang negara yang mereka kunjungi termasuk rumah ibadat penganut agama lain. Baru-baru ni dua orang Jerman diekstradisi ke Singapore, dijatuhkan hukuman tiga kali rotan dan dipenjara 9 bulan sebab melakukan vandalism 'di rumah' mereka. Bagus kalau pelancong yang kurang ajar ni disebat jer, kat negara dia nak dijentik pun tak boleh, meh kita ajar cara orang asia. No kowtim. Padan muka! 
 



 

Post a Comment

0 Comments