Restoran mesti cuba di Pulau Pinang

Sebagaimana Vietnam yang terkenal dengan kopi aisnya yang sedap, Bandung dengan kek bakarnya, Malaysia ni terlebih banyak lagi makanan yang sedap disebabkan kepelbagaian etnik. Nak yang podeh poi Negeri Sembilan, hok manih di Kelantan, nak kari kari kariiiii pi lah Pulau Pinang.

Ni mokcik nak suggest awak try restoran di bawah kalu pi Penang.


BBQ dinner romantik di The Ridge-Teja by the sea
Tel : 019 4581996
fb : The Ridge-Teja by the sea 

The Ridge-Teja by the sea terletak bersebelahan Jeti Batu Musang yang nak ke Pulau Aman, hanya beberapa minit dari Jambatan Sultan Abdul Halim. Pulau Aman terkenal dengan homestay, mi udang sedap dan melihat dolphin di laut. Ikan lumba-lumba di Penang habaq hang!

Restoran ini menawarkan seafood grill and steam boat yang jujur aku cakap sup dan sosnya sedap. Kami datang beramai-ramai takdelah romantik, bebughak yo kojo... Datanglah sebelum senja menjelma untuk melihat matahari terbenam yang cantik. Jangan risau, ruang solat yang luas dan selesa disediakan di tingkat bawah, tangganya pun di dalam restoran ni aje. Di tempat solat pun boleh nampak sunset.

Pihak The Ridge-Teja by the sea juga menyediakan khidmat catering untuk 800 orang. Kalau nak lagi ramai kena tanya depa la tapi tempat memang luas. Live band pun ada katanya...hari-hari tertentu je kot.



CMR Chinese Muslim Restoran
2A-G-18 Quarter Mile
Solok Mayang Pasir
Bayan Baru
11950 Pulau Pinang
(Di antara masjid Bayan Baru dan Hotel Sri Malaysia)
Tel : +604-6386158
Dibuka setiap hari

Dulu agak susah untuk menikmati makanan Cina yang halal. Kalau ada pun di hotel ternama yang tentunya will break your pocket. Ingat lagi di penghujung tahun 1990an dulu dua orang lecturer belanja makan tengahari di sebuah restoran cina muslim di seksyen 9, Shah Alam. Selepas beberapa tahun restoran tu pun dah tutup, mungkin berpindah ke lokasi lain.

Kini restoran yang menghidangkan makanan cina yang halal tumbuh bak cendawan selepas hujan, sama banyaknya dengan restoran Arab. Untuk penggemar makanan cina di Pulau Pinang, CMR China Muslim Restoran yang merupakan restoran cina muslim halal yang pertama di Pulau Pinang mampu untuk memuaskan nafsu makan anda. Pihak restoran ini mahu mengekalkan resipi dan tatacara penyediaan makanan secara tradisi dengan membawa chef muslim dari negara China. Ko kena cuba kambing kat sini, itu memang kepakaran orang cina di China. Teringat makanan enak di Guilin dan Guangzhou dulu... cuma lamien tak ada... kena makan kat Hangzhou lah nanti. Ada sesiapa nak join ke Hangzhou-Shanghai?

Restoran ini dibuka setiap hari tak kiro paneh ko hujan ko... termasuklah cuti umum.


 Hidangan belum lengkap. Di meja kami kesemuanya perempuan jadi makanan tak habis, untunglah orang yang menumpang hehe..

Tips nak puas makan : pilih meja yang bukan semua lelaki. Kalau duduk sama dengan mereka tak ada harapan la...


Hameediyah Restaurant
156 & 164A, Lebuh Campbell
10200 George Town
Pulau Pinang

Kunjungan ke Pulau Pinang ibarat tidak lengkap tanpa membeli jeruk dan makan nasi kandar. Sebelum ini aku dah mencuba makanan di Restoran Kapitan, Line Clear dan Pelita Nasi Kandar jadi kali ini ke Hameediyah Restaurant pula. Letaknya di Lebuh Campbell di antara lokasi pencarian street art yang sangat popular di Pulau Pinang.

Nasi kandar ialah nasi berlauk yang dijual dengan mengandar di bahu. Sekaki kayu yang agak panjang digunakan untuk menyangkut dua buah bakul makanan di hadapan dan belakang. Para peniaga makanan ini akan berjalan dari satu kampung ke kampung yang lain dan di mana-mana sahaja tempat yang ramai orang. Ala.. ko tengok je cerita P. Ramlee kat tv tu.

Kehidupan dan taraf hidup manusia berubah selari dengan kemajuan zaman. Kini nasi kandar terdapat di restoran-resoran besar dan terkenal. Dimana ada mamak di situ ada nasi kandar, termasuk Singapura.


Hidangan nasi kandar di Hameediyah Restaurant, Lebuh Campbell, bersaiz besar. Nasinya tu boleh dimakan dua atau tiga orang. Saiz ayamnya pun umangaiii...nek moyang godang!

Kedua-dua restoran Hameediyah berselang dengan tiga buah kedai lain di jalan yang sama. Jenis lauknya memang banyak sayang aku tak dapat nak upload gambar sebab entah ke mana lesapnya isk.. Yang paling menarik perhatian aku di restoran ini, 'lif' yang digunakan untuk mengangkut makanan ke tingkat atas.

Gambar yang di atas tu di restoran baru, di restoran lama dah masuk kategori antik kerana digunakan semenjak restoran ini dibuka pada tahun 1907 lagi. Mesin manual tu yang tahan lama. Mereka sangat menjaga kepantasan menghidang, tergesa-gesa aku ambil gambar ni sebab mereka tak mahu pelanggan tertunggu-tunggu. Tiga minit je kot?




1 comments so far

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free