Gegak Gempita di Pelancaran myFest 2015

Tags

Kempen Tahun Melawat Malaysia atau singkatannya yang popular VMY2014 hampir melabuhkan tirainya. Kini pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri sedang sibuk mempromosikan Malaysian Festival 2015 #myFest2015 pula.


Banyak perkara suram yang berlaku di dalam tahun ini yang mana sedikit sebanyak telah menjejaskan sektor pelancongan negara. Kehilangan MH370, MH17 yang ditembak, lanun yang mengganas di Sabah, tanah runtuh di Cameron Highlands telah menyebabkan operator pelancongan negara ini mengeluh kehilangan pelanggan. Jangan tak tahu, pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan yang tinggi kepada negara.

Oleh yang demikian myFest2015 dianjurkan sebagai usaha berterusan untuk meletakkan nama Malaysia di peta dunia. Dulu-dulu sebelum orang asing ni ingat kita duduk atas pokok lagi. Mereka tahu Singapura dan Thailand tapi tak perasan Malaysia yang berada di antaranya. Sekali mereka datang, hah kau...tahun depan nak datang lagi. Apa taknya, Malaysia negara keempat destinasi shopping terbaik di dunia! Orang lain semua sibuk shopping kat sini aku pi shopping kat Vietnam hehehh...

Gigih aku catwalk dari Central Market ke Swiss Garden Hotel di Pudu ni tau. Sebelum majlis pelancaran berlansung aku buat lawatan dulu ke meja kraf; ada mewarna batik, membuat bookmark dari bunga dan hasil kraf orang asli Mah Meri dari Selangor. Majlis dimulakan dengan kehadiran Yang Berusaha Encik Rashidi bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Gegak Gempita di Pelancaran myFest 2015 dengan muzik bangra, buskers dan muzik serta tarian pelbagai kaum. We can expect something more interesting happening next year.




 
Gimik pelancaran dengan memukul dram

Okaylah, berita aku ni memang lambat keluar sebab perlu naik KTM Komuter dari KL ke Seremban dengan tempoh masa sejam setengah. Tu belum waktu menunggu tren lagi...bukannya ada traffic jam pun.

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free