Panduan Berkayak di Sungai Berang

Tags

Assalamualaikum.

Ke Terengganu lagi! Sesungguhnya aku masih belum bosan ke negeri bertuah ini. Bertuahnya negeri ini disebabkan hasil bumi yang melimpah-ruah, setiap daerahnya mempunyai tarikan yang tersendiri. Malah ada diantara pulau-pulaunya yang termasuk dalam 'a must see' kepada pelancong dunia. Jika pulau-pulaunya yang indah tidak dapat dikunjungi di bulan Oktober hingga Februari akibat angin monsun, mereka mempunyai produk pelancongan lain yang boleh dilawati sepanjang tahun. Tak boleh pergi pulau kerana ombak besar mereka bawa pula Monsoon Cup ke Terengganu. Bijok...bijok...

Kali ini aku berpeluang mengikuti trip media anjuran Santai Travel dan Tourism Terengganu yang membuat promosi pelancongan kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Berang. Kuala Berang adalah sebuah mukim yang terbesar di Hulu Terengganu dan dikatakan penempatan terawal manusia di negeri Terengganu berdasarkan artifak yang dijumpai di gua sekitar Tasik Kenyir. Ia juga merupakan pintu masuk ke Tasik Kenyir.

Selepas menggarau ikan kami dibawa berkayak di Sungi Berang pula. Ini adalah pengalaman kedua yang sangat menyeronokkan! Kali pertama berkayak dulu selepas SPM di Teluk Batik. Masa tu gatai nak try so aku dengan classmate-Shahiful- berkayak di laut. Ya rabbi....takutnya masa tu...dahlah dua dua takde experience, guide takde pulak tu. Orang yang menyewakan kayak pun nun kat pantai. Terjerit jerit nak naik ke darat haha....kenangan betul. Kalau abah den tau mati den.

Kali ini dapat berkayak di Kuala Berang yang letaknya lebih kurang sejam dari Kuala Terengganu. Kami bermula di Kampung Lenjang. Sebelum berkayak kami diminta pairing dengan sesiapa yang berkenan di hati dan warm-up selama 10 minit. Penting untuk mendengar arahan daripada yang pakar dalam bidang ni. Di dalam program ini kami diiringi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai langkah berjaga-jaga sebab ramai tu....

Siapa partner aku? haaa...jeng jeng jeng....akibat pengalaman lalu, aku memilih untuk berkayak dengan yang gagah perkasa. Bertuah aku dapat berkayak dengan Encik Zulfa, pegawai pelancongan Terengganu. Dia expert. Sambil berkayak boleh interview terus. Tips pun dibaginya.

Masa dengar "kita akan berkayak selama 2 jam setengah" oh maiiii...boleh ke? Lama tu...tapi keinginan tinggi melangit. Acara beginilah best daripada shopping kain batik pinggan mangkuk periuk belanga bagai di Pasar Payang tu. Bukan hanya berkayak dengan kawan-kawan je, anak-beranak lagi seronok (wait for next year insyaallah). Yang penting ciri-ciri keselamatan kita utamakan, jangan lokek mengupah at least dua orang guide.

Bas tak boleh masuk sampai ke dalam so kena menapak dalam 100m


Gambar-gambar yang cantik di bawah ini diambil oleh Digital Dome Photography.

 


Masa kita lalu di kawasan macam di atas ni kan subhanallah...cantiknya tak tergambarkan dengan kata-kata. Sunyi, tenang, kami tak berkayuh pun, ikut je arus tu. Melalui kawasan redup berpokok ni sama macam lalu satu kawasan di Ampang. Jalan apa entah namanya di area rumah orang kaya dan kedutaan tu.


Ni gambar kayak aku tersangkut dekat pokok, nyaris nak terbalik habis dah. Nasib baik partner di belakang sempat berpaut pada kayu. Walau bagaimanapun terpaksa juga turun ke dalam sungai yang separas pinggang untuk membuang air yang dah penuh di dalam kayak. Nampak orang yang di dalam sungai tu? Aku lebih rendah daripada dia so maknanya air tu sampai mana kalau aku tak berpijak atas kayu? Ya Allah berdebar-debar betul sebab arus deras. Guide kami yang tolong melepaskan kayak dari polok. Itulah pentingnya pengiring dan penunjuk arah. Masa ni terfikir kalaulah aku bawa juga kamera dslr aku tu habislah....innalillah jawabnya.

Hari semalamnya hujan jadi arus agak deras walaupun di kebanyakan tempat tak dalam. Tengok je lah gambar di atas ni...melintang pokok. Nak mengelak ke kiri kanan tu agak mencabar sampai ramai juga yang terbalik. Walaupun kayak terbalik kepuasan dari aktiviti lasak sebegini tak boleh nak cakap. Serius, korang kena cuba.

Mungkin dengan keadaan cuaca sekarang tak berapa sesuai nak membuat sebarang aktiviti di sungai tapi aku perturunkan jugalah panduan berkayak yang diberikan oleh beberapa orang yang mahir dalam berkayak ni :

1) Orang yang mampu berkayuh dengan lebih kuat atau yang pandai berkayak sila duduk di belakang sebab anda akan menjadi jurumudi.

2) Sekiranya kita hendak membelok ke kanan, kayuh di sebelah kiri

3) Sekiranya kita hendak mengelak halangan seperti tunggul mati di sebelah kanan, dengan PANTAS kena berkayuh di sebelah kanan juga sebab ko nak ke kiri. Bila dah selari dengan tunggul tu balas balik ke kiri. Alaa...macam memandu kereta jugalah.

4) Perhatikan permukaan air. Kalau tak licin dibawahnya mesti ada sesuatu seperti pokok atau tūnggul kayu

5) Sebagai amatur elok kita gunakan paddle yang sama arah lekuknya tapi aku dah try dua-dua. Bukan sengaja nak gunakan pun yang satu jenis lagi tu tapi tertukar semasa berhenti rehat.

6) Kita bukan nak race kannn.... so kayuh dengan relaks. Enjoy the scenary. Sangat cantik dan mendamaikan. Subhanallah.

7) Kalau terlanggar sesuatu sama ada kayu yang tidak merbahaya atau kayak orang lain biarkan saja. JANGAN COMEH!

8) Chances untuk terbalik tu ada tapi life vest yang kita pakai tu mampu untuk mengapungkan kita. Pilih life vest yang sempurna sama ada berklip atau berzip dan mempunyai tali berklip yang panjang yang boleh disilangkan di celah kelengkang kita.

9) Buat beberapa stop kalau penat. Buang air yang bertakung dalam kayak.

10) Pakai sandal, mungkin kita terpaksa masuk ke sungai

11) Bawa kamera yang boleh digunakan di dalam air sebab no 8. Kalau nak mengambil gambar menggunakan handphone dalam air ada caranya. Masukkan handphone tersebut ke dalam kondom dan ikat.

"Tak blur ke nanti?"
"You cucilah dulu..."
"Ooo...."

Kihkihkih.....tak sangka pulak aku kondom ada kegunaan lain kikikiiiii....siapalah nak kumangsakan nanti? Hmmmm....terbayang-bayang je muka orang tu beli kondom kat 7E hahaaa.... takpun kebas je lah yang disediakan hotel.

Kalau berminat nak mencuba sila hubungi pegawai di bawah:

Encik Ashaari Saleh
Pejabat Daerah Hulu Terengganu
Tel : 09-6811244 sambungan 3005 (jangan telefon hari Jumaat ya)

Tempat bermula : Kampung Lenjang atau Kampung Pengkalan Ajal
Tempoh : 2 1/2 jam atau 5 jam
Sewa sebuah kayak : RM40
Upah seorang guide : RM50

Selepas berkayak boleh makan dan menginap di Kampung Buluh.

Aku harap apa yang disampaikan ni akan membuka minat korang untuk mencuba sesuatu yang berlainan. Malaysia ni indah, kita je yang tak habis mencari dan mengekploitasikan keindahan itu.

Jom visit Malaysia!

2 comments

Tidak ada pengalaman berkayak tetapi panduan ini membuka mata bagi yang newbie. :)

Memang cantik gambar bawah pokok tuer.

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free