Recents in Beach

header ads

Puteri harbour Family Theme Park | Sanrio Hello Kitty Town

Kali ini tourism spot yang aku singgahi memang menyeronokkan peminat siri Hello Kitty. Terletak di bangunan yang sama dengan Lat's Place dan The Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town antara produk terbaru yang terdapat di Johor Bahru. Hai beruntunglah anak-anak sekarang ni...kami dulu harapkan menonton tv ajelah, tak ada harapan nak peluk cium komik hidup kegemaran. Bertuah korang.





Inilah taman tema Hello Kitty yang pertama di Asia dan di luar Jepun. Cubalah menaiki cawan merah gergasi dan meneroka Friendship Land. Nak sambut hari lahir bersama Hello Kitty pun boleh. Di Wishful Studio bolelah kita dress up seperti karektor Sanrio. Serba pink lah korangggg

Eh, dia boleh senyum je tengok Hello Kitty terpenjara?

   

Sememangnya kerajaan negeri Johor memfokuskan kepada taman tema antarabangsa untuk menarik pelancong ke sana. Pintu masuk darat melalui Tambak Johor dan lapangan terbang antarabangsa di Senai memudahkan kemasukan para pelancong asing. Pelancong dari Singapura, Indonesia, India, China dan timur tengah merupakan pengunjung yang paling ramai ke negeri Johor. 

Dimanakah lokasi Sanrio Hello Kitty Town?

Puteri Harbour Family Theme Park
Persiaran Puteri Selatan
Puteri Harbour
79000 NUsajaya
Johor Darul Takzim

Visit www.playtime.com.my today !

Post a Comment

0 Comments