Recents in Beach

header ads

Pasar Karat Johor Bahru

Sebenarnya aku teringin nak makan seafood yang paling sedap di JB tapi perut ni tak sempat lapar...penuh sokmo. Terima kasihlah kepada mereka yang menjaga hal ehwal perut kami hehee... jadi aku kena fikirkan tempat menarik yang lain.

Aku rasa dimana-mana pun kita pergi dalam dunia ni mesti nak melawat flea market dan night market. Di situlah kebiasaannya boleh dijumpai barangan terpakai tak kira baru atau tersangat lama dan bernilai tinggi. Selain itu, di situlah kita dapat melihat sebahagian budaya dan kehidupan masyarakat setempat. Dengan bahasanya, makanannya dan tempat 'ngetehnya'...termasuk juga kepandaian tawar-menawar. Malas betul bab ni weh. Asal nak membeli aje kena tawar dulu urgghh..! Tak suka !

Begitu jugalah semasa persinggahan aku di Johor Bahru tempohari. Walaupun sayaaaang dengan bilik kita yang best tu tapi takkan nak mengeram sampai esok kan? Wajiblah akak berjalan. Kalau tak nak letih baik duduk rumah.

Pasar karat Jalan Segget, Johor Bahru

Pasar karat ni dibuka setiap malam tetapi di hujung minggu lagi lambat ditutup. Lagi ramai umat lagi lamalah beroperasinya. Memula aku ingatkan selorong aje tetapi rupa-rupanya berlorong-lorong. Kira puas hatilah berjalan kat sini. Fridge magnet pun ada dijual. Yang paling murah dvd, rm2 sekeping ! Okay, mahal sikit dari Bandung hahaa... Aku tak beli pun, nak beli kat obersi ngehngeh ;)

Aku suka tengok barang vintage atau second hand terutama handbags tapi harganya hmmmm boleh tahan. Kalau nak dibandingkan dengan yang dijual di Johor Premium Outlet memanglah jauh murahnya tapi bimbang juga kalau terbeli fake items. Frankly i don't mind using second hand handbags tapi biarlah yang original. Kalau dah bayar sampai rm250 tapi dapat dapat yang tipu punyerrrr tak ke sakit hati nanti. Aku bukannya reti nak check ori ke tak. Dengan harga tu lebih baik beli beg kulit made in Malaysia. Tak mengapalah, insyaallah tahun depan aku akan pergi ke satu pasar yang besar, mudah-mudahan terjumpalah sesuatu di situ.

Akak yang pakai kebaya atas langit pernah cakap, akak ingat kitorang ni pakai semua yang baru ke? Tak mampu nak bergaya macam tu kak hahaa...dia pun sama.



Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.