Agro Pelancongan di Ladang Nanas Pontian, Johor





Banyak yang usaha telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya Tourism Malaysia dalam memperkenalkan Malaysia kemata dunia. Usaha yang berterusan ini mencakupi pelbagai aspek pelancongan seperti agro, ekologi, makanan, pendidikan, perubatan dan membeli-belah. Agro pelancongan disifatkan sebagai langkah ke hadapan dalam usaha memperkenalkan kemajuan di sektor pertanian negara kepada pelancong dan pelabur asing.
 
Seperti yang lain, agro pelancongan ada peminatnya yang tersendiri terutamanya kepada yang meminati bidang pertanian, makanan dan kajian tumbuhan. Dengan itu pihak yang berkenaan telah merancang untuk memberi peluang kepada para pelancong untuk merasai pengalaman melawat ladang nanas di Pontian Johor.

Secara tidak rasmi terdapat 80 spesis nanas yang ditanam di ladang ini yang merupakan 1/3 daripada keseluruhan spesis yang ada di dunia. Huiiii banyak tu….kalau kita nak pergi cari setiap jenis nanas di semua negara jenuh jugaklah kan? Nak senang, mai ja sini. 


Ladang milik kerajaan di Alor Bukit, Pekan Nanas, Pontian, ini juga dijadikan tempat untuk membuat kajian baja dan penyakit yang menjangkiti nanas. Luasnya sejauh mata memandang, 300 ekar! Ladang ini akan dipromosikan sebagai Johor Pineapple Park bila tiba masanya nanti. Uollss je yang tahu ni tau…


Tempoh penanaman nanas ni kebiasaannya mengambil masa selama setahun empat bulan tetapi dengan penggunaan peransang pertumbuhan tempohnya di pendekkan kepada 10 bulan sahaja. Oleh itu lebih pengeluaran dalam masa yang singkat. Penggunaan peransang pertumbuhan juga membantu supaya nanas dapat membesar dengan sekata.

 
Sebiji nanas sebenarnya terbentuk daripada beratus-ratus biji nenas yang lain. Yang aku boleh kaitkan macam mata belalang, mata compound. Daripada satu pokok menghasilkan tiga jenis benih angin, tangkai dan tanah. Setiap kelopak ada tunas akar. Ada banyak cara untuk menanam nanas tetapi yang paling mudah adalah dengan menanam ‘jambulnya’. 
 
Bahan peransang perlu dimasukkan ke bahagian ini supaya nanas membesar dengan sekata, sonang nak dituai takdolah kocik bosa kocik bosa saiz eh

Sleeping beauty or puteri tergelincir?


Kebanyakan nanas yang terdapat di pasaran adalah dari jenis Mooris, N36 dan Josa Pine. Sekarang promosi giat dijalankan untuk memperkenalkan jenis MD2 kerana ia lebih manis dan rangup. Memang betul pun, aku dah rasa. Kiranya kalau buat jamuan/kenduri harusssss habis nanas ni masuk ke dalam perut. Tetapi, seperti durian aku lebih suka makan nanas dalam bentuk asal. Kalau dah jadi acar ke...air ke... kurang minat.

Spesis Selangor green pula dikatakan boleh membantu mengubati batu karang.


Sesebuah negara tidak akan stabil ekonomi, politik dan sosialnya jika sektor pertaniannya diabai kerana ia merupakan bidang penting dalam menjamin kelansungan kehidupan rakyat. Iyolah, dah kalau nak makan pun mengharap orang menjual kepada kita macam mana? Bagaimana kalau negara pengeluar tu dilanda wabak penyakit atau kemarau ke di sana..banjir ke..

Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau pernah meminta kita memperkasakan bidang pertanian tapi ramai yang pandang lekeh saranannya. Macam tak kelasssss gittewww.... maklumlah orang sibuk bercerita dunia sains dan teknologi khennn... sedangkan di Amerika sana petaninya ramai yang jutawan. Petani di sini pun. Aku tahulah, dulu aku kerja di bank. Jadi penternak dan peladang pun boleh jadi pakcik kayo.


















Post a Comment

1 Comments

  1. Teringat pelajaran Geografi dizaman sekolah. Johor terkenal pengeluar nenas terbesar negara.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.