Kalumpang Resort and Training Centre



Untuk beberapa blogpost aku akan bercerita tentang tempat yang sesuai untuk merehat minda, berkhemah dan melakukan aktiviti team building. Cerita Bangkok-Kanchanaburi-Pattaya kena tangguh dulu... uiiii ada nasi lemak telanjang wakakakaka....ko jangan tak baca nanti.

Kali ni kami pi Kalumpang Resort and Training Centre. Seumur hidup inilah kali pertama aku sampai Kalumpang dan daerah Kuala Kubu Baru. Terletak kira-kira 1 jam dari Kuala Lumpur, simpang ke resort berhadapan dengan Balai Polis Kalumpang.

Para peminat outdoor activities jangan lepaskan peluang ke sini. Ada berbagai pakej untuk disesuaikan dengan berbagai golongan seperti pelajar sekolah, remaja dan golongan pekerja. Diantara aktiviti yang terdapat di sini ialah.... den cito sikit yo lah yo.... banyak na nak ditaip...

- laluan merentas hutan dann sungai
- merentas halangan
- memancing ikan
- night safari
- pakej 4 WD
- paint ball
- white water rafting
- pakej family day
- pakej perkahwinan
- pakej buah-buahan tempatan (bermusim) dan lain-lain

Jungle Trekking
- antaranya kita akan diajar cara menggunakan kompas, safety knowledge, teknik mengambil air

Night Walk
- menguji confident level

Explorace
- yang ni ada macam-macam

Water Explorace
- antaranya buat rakit, river crossing

Explorace (heavy)
- antaranya obstacle, survival cooking, mountain rope

Kemudahan yang disediakan cukup lengkap untuk latihan luar dan boleh disesuaikan berdasarkan bajet kita. Nak asrama...ada, nak chalet...ada, nak tapak khemah...ada. Apo yo ondak lai? Kafe pun ada tapi gambar yang di bawah ni disediakan oleh Kalumpang Grill yang terletak di kawasan lain tetapi dimiliki oleh orang yang sama iaitu Encik Hasni Hj Mohd Khir.


Steamboat dan grill sekaligus

Ada beberapa jenis penginapan di sini, chalet juga berbagai saiz mengikut kesesuaian kita.

Yang paling syioknya  sungai inilah. Kalau kita buat flying fox kita akan stop sebelum orang yang mandi manda tu. Flying fox ko wajib cuba

Orang belakang cepat baca doa! heheheh

Inilah kali pertama aku naik 4wd dan terus dapat tengok sendiri cabaran yang peminat sukan ini hadapi. Terbalik ko... nasib baik bukan jip kitorang. Jip yang kami naik cuba mendaki bukit 2 kali tapi tak lepas, kali yang ketiga baru berjaya. After 1 round mencuba lagi tak berjaya jugak kami pun bertukar ke kenderaan lain. Sementara menunggu turn nak memanjat bukit haaaa ko.... terbalik yang merah tu. Penumpang depan balik ke resort berjalan kaki, trauma gamaknya.

Kemudian kami dibawa ke arah lain, melalui hutan dan bertanah lembik. Jalannya ko jangan cakaplah berlikunya (kalau aku pandai nanti aku upload videonya) sampai awek sebelah aku tunduk memandang lantai hahahha.... yang seorang lagi di sebelah awek tadi dok membaca surah sampai aku boleh dengar adohaiiiii.... kelakar giler! Aku pun takut jugak tapi masih mampu merakam video. Pengalaman naik roller coaster di Genting 20 tahun dulu lebih menakutkan aku. Sampai sekarang tak pernah naik lagi benda berpusing turun naik terbalik tu. Dibagi tiket free pun tak hingin dah. Kocut poghut den.

Patutlah driver aku tak bagi ikut masa gi Mount Bromo dulu.... akak kan pregnant masa tu. Terhentak-hentak mau terberanak kalau ikut jugak.


Lepas sesi pengenalan dengn 4wd kami buat aktiviti outdoor yang lebih best lagi.... high rope, repelling dan flying fox. Aku try dua aje dan sesungguhnya aku tak menyesal tak mencuba high rope tu. Sakit segala otot wehhhh.... sangat mencabar.

Halangan-halangan tu tu diberi nama buaian berayun, titian usang, roda pantas dan benang halus.

Yang ini tempat permulaan flying fox. Lepas dipakaikan tali keselamatan guide akan tolak, kalau tak tolak agaknya jenuh la tunggu bila kita nak mula meluncur heheheh... 1st time mestilah takut. Kalau u all mencuba flying fox jangan lupa rakam dengan video. If you are using dslr klipkan talinya ke baju. Fuiyyoooo...memang best! Terujaaaa!! Ya Allah best sangat yang ini.

Yang ini aku pun tak buat, sekadar menjadi videographer saja sebab tuan punya video pun sibuk nak mencuba jugak. Jadi aku pun menawarkan diri shoot untuk dia. Ya rabbi beratnyalah video camera tu, dah lah kena mendongak sepanjang masa.

Di bawah ni halangan yang pertama. Fikir sebelum mencuba ya sebab once ko dah start NO TURNING BACK! hahah..... siapa nak tolong ko kalau nak berpatah balik? redho ke tak redho ke kena tamatkan jugak sebab takde jalan turun melainkan penghabisan halangan. Aku rasa kalau halangan ni dibuat yang terakhir peserta akan kehabisan tenaga.

Aku bukan tak nak mencuba tapi masa tu aku pakai selipar jek dan malas nak balik ke bilik, kena turun naik bukit hmmm malasssssssss


Tetapi akhirnya terjebak jugak. Bermula dengan repelling diikuti dengan flying fox. Best woiiiii...!!

Oleh kerana kena pakai kasut so aku pinjam je lah dari seseorang. Biarlah besar 1 saiz pun asalkan aku tak payah balik ke bilik (sayang lemak gituh). Ingat senang ke nak meyakinkan orang yang penakut dengan ketinggian? Banyak soalan yang guide tu kena jawab tau sebelum aku turun dengan jayanya. Diantara soalan aku ialah:

- Dik, kalau akak pengsan macam mana? Jatuh tak?
- Kuat ke tali ni dik?

Nak naik ke atas ni satu hal. Ko nampak tak tangga tu? Mata tangga tu agak condong dan bergigi for safety. Jadi masa naik tu aku hanya memandang ke anak tangga dan ke hadapan mencari tempat berpaut. Bila dah siap diikat kat atas nun dan diajar bagaimana nak turun aku pun hulur sebelah kaki tapi naik balik sebab tak confident wakakkaka.... ada soklan lagi nak tanya....aduhaiiii....letih adik tu nak menjawab. Then all are history. Macam nak try lagiiiii....

Repelling ini ada 3 cara:
1) Normal- macam yang aku buat tu kaki lurus ke dinding. Cara ni memula je rasa seram sikit tapi masa turun tu takda apa-apa pu sebab kita tak memandang ke bawah.

2) Australian- motif bagi nama Australian? Kita berjalan macam biasa tapi muka menghala ke bawah. Badan kita akan lurus macam kaki aku tu. Belum berani lagi dik.

3) Spider- gaya spiderman, kepala yang turun dulu kaki di atas tetapi tangan tetap mengawal tali untuk turun.

Untuk pakej team building, motivasi/wawasan, jatidiri/binainsan minima 20 peserta diperlukan. Kepada yang berminat untuk mendapatkan lebih maklumat tentang pakej-pakej yang disediakan, bolehlah berhubung dengan :

Encik Hasni Hj Mohd Khir
Kalumpang Resort and Training Centre
Lot 425 & 427, Jalan Sg Inki
Kg Pasir Putih
Kerling, 44100 Hulu Selangor, Selangor.
Tel/faks: 03-60491969
Emel: kalumpang_resort@yahoo.com
Website: www.kalumpangresort.com.my

Atau di pejabat jualan:

37A, Jalan Lawan Pedang 13/27
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-55109145 / 55111204
Emel:  kalumpang_resort@yahoo.com

Best sangat kat sini!

Post a Comment

1 Comments

  1. The ruins date from 200 to 900 AD and can also be located near to the Guatemalan border.
    Another culture which the beautiful beachfront and excellent real estate of Playa del
    Carmen has drawn is Argentinian. Villas Tranquilidad can be found back from your beachfront, for
    privacy and relaxation, but nevertheless less than 900 yards away in a
    convenient walking distance.

    Have a look at my blog ... شركة نظافة فلل بالرياض

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.