Recents in Beach

header ads

Special dinner for the special one

Biasa tak dengar orang lelaki kata, "I sayang my wife"

Ko ada cakap kat dia ke bang? Tak perlu cakap

Habis tu, ada bawa dia jalan-jalan, shopping, belanja makan? Tak perlu. Dia tahu aku sayang dia

 Ko nak aku luku kepala ko tak?? Menyampah aku statement gini tau! jadi bibik pun ada time dapat makan sedap.

Sayang kunun. Kasih sayang tu perlu diluahkan atau ditunjukkan sebagai tanda appreciation. Light kiss, pelukan sangat menyenangkan isteri, tak perlu hadiah memahal ponnn. Dah le orang tu pergi kerja, balik rumah kena buat SEMUA kerja lagi...tunjukkanlah tanda terima kasih tu, betul tak akak-akak semua? Yang jadi surirumah tu lagi la kesian, kerja 24 jam.

Isteri ni banyak berlebih kurang dengan husband sendiri so sempena akhir tahun ni, walaupun husband tak dapat nak bagi bonus seperti mana yang dia dapat daripada majikannya, belanjalah dia makan sedap sedap sket. Sesekali bawaklah gi makan kat hotel ke.... kan?

Grand Seasons Kuala Lumpur yang dekat dengan Hospital Kuala Lumpur tu ada menyajikan bbq dinner setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tak tahu kat mana? Lokasinya di Jalan Pahang dan dekat sangat dengan HKL. Kalau jalan kaki catwalk lenggang kangkung dari monorel Chow Kit boleh sampai ke hotel tu dalam masa 10 minit. Kalau jalan lelaju macam kena kejar pontianak 5 minit je sampai. Turun kat LRT Titiwangsa boleh jugak tapi kalau nak menapak kembang-kempis lubang hidung. Tapi kalau nak menyumbang kepada peningkatan karbon monoksida boleh je park kat hotel tu.

Seasons Cafe terletak di ground floor dan boleh memuatkan seramai 180 orang pelanggan dalam sesuatu masa. Ada Indian restaurant kat underground. Kalau normal buffet berharga RM59++ seorang, bbq dinner cuma perlu tambah RM10 sahaja dan anda akan dapat macam-macam sampai tak larat nak makan. Anak-anak yang berumur 5-12 tahun cuma perlu bayar 50% dan yang berumur 4 tahun ke bawah FREE. Kalau kita inhouse patron pulak dapat diskaun lagi 25%...hah terbaik!

Dinner bermula dari jam 7.00-10.30pm dimasak oleh ketua chef -Chef Randy-and the gang yang berpengalaman memasak lebih dari 30 tahun di pelbagai hotel. Each days showcases different varieties ranging from delightful local cuisine to popular international treats. Kalau makanan habis depa akan replenish. Japanese food disediakan segar oleh Chef Nik Ahmad. Ada sushi, shasime, Japanese salad bla bla bla...

Mai pilih mai pilih...! Lepas tu hantar kat kaunter mintak dimasak style yang kita suka


Pelbagai sos untuk dirasa


Sambalnya sangat sedap i tell you... aku tanya resipi kat chef, eh macam sama jer macam sama jer


Japanese food counter


Dessert botingkek-tingkek not to be missed!






Dari kiri chef xx, chef Nik Ahmad (Japanese Chef), Chef Randy (Head Chef) and Mr Terry

Reservations are recommended. Please call Seasons Cafe at 03-26978888 ext 8819/8801 or e-mail fb@grandseasons.com

Pernah tak dengar rumours yang mengatakan aku nak kurus? Semua berita tu palsu belaka.

Post a Comment

0 Comments