Percutian hebat di Cherating



Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Oktober...cepatnya masa berlalu.... Rasanya baru je sesak nafas bayar yuran sekolah dah nak kena bayar sekali lagi hikhik...

Lepas bulan Oktober bulan untuk anak-anak release tension hahahha....tension le ko pulak kak. Habislah beras 20kg cuti sekolah ni. Dah plan nak bercuti kemana-mana ke? Kalau belum ada yang confirm arah tujuannya apa kata kita ke Cherating? Cherating??? Iye, 3 jam dari Kuala Lumpur dan lebih kurang sejam setengah dari Kuala Terengganu.

Dulunya Cherating ni terkenal dengan Club Med, kelab ekslusif untuk ahli sahaja. Board surfing pun terkenal juga di sini di hujung tahun. Itu pasallah mat dan mek saleh ramai berkunjung ke sini. Aku dulu pun tak tahu apa nak buat masa bercuti di sini so di siang hari kami ke Kuala Terengganu makan keropok lekor sambil 'tawaf' Pasar Payang. Tapi sekarang akak tahu dahhhh.... 2 hari pun tak cukup kalau nak bercuti di Cherating.

Selain board surfing, melihat kelip-kelip, menyusuri sungai melihat hutan paya bakau, tempat memproses keropok lekor, belajar mencanting batik, tengok penyu bertelur dan melepaskan anak-anak penyu ke laut! Pengalaman yang priceless!! Nantilah aku cerita satu persatu esok lusa...banyak sangat gambar yang nak dipilih.

Meh akak tunjuk bilik grand deluxe akak di The Legend Hotel Cherating.


Ni baru grand deluxe, nak bersolat pun selesa. Bilik yang lain-lain tu in another entry lah ye. Kalau nak yang seaview pun ada, boleh bermalasan di balkoni sambil minum kopi.

Kalau malas nak drive, boleh book shuttle service dari Grand Season Hotel, Jalan Pahang, KL. Segala aktiviti di Cherating nanti The Legend boleh uruskan. Begheh bohhhhhhh.......

Enak bangat la cookies kat kaunter Grand Season nih. Kalau nak buat small function like karaoke session or product launching boleh book Kasbah Bars. Semuanya bisa diatur pak.

Kalau aku bercuti dengan keluarga, hotel siap dengan swimming pool adalah pilihan utama. Bilik kecik takpe tapi mestilah ada air-cond dan tempat anak-anak 'berkubang', kalau tak karang percutian boleh jadi perkelahian kalau panas. Budak-budak sukakan air jadi biar digasaknya berendam kat dalam pool tu sampai kecut.

Di Legend Cherating ni ada tiga kolam renang, 1 untuk kanak-kanak dan 2 untuk dewasa- blue and green pool. Kita boleh pakai pakaian yang kita suka seperti t-shirt dan track bottom di blue pool tapi di green pool boleh pakai swimming attire saja. Okaylah tu kan? Kekadang kita ni setahun sekali dua aje pergi swimming pool tak berbaloi rasanya nak beli baju memahal untuk masuk kolam semata. Dan tak perlulah aku buat-buat terjatuh kolam lagiiiiii.......kisah lama hahahaa....konon jaga anak sampai terjatuh dalam kolam budak, lepas tu boleh pulak berendam dalam kolam sebelah sampai kena sound dengan lifeguard. Dedulu sesetengah hotel strict sangat but now we have more choices. Tak bagi pakai baju yang sopan sikit kat kolam kita stay kat hotel lain. 

Hah, apo laie?? mandilah!
Yang di sebelah kiri tu dalamnya 6 meter bolehlah nak terjun tiruk


Yang di depan ni kolam kanak-kanak. Mak boleh memantau sambil membaca majalah atau bergossip with papa.

or just laze by the pool sambil cam-whoring ;p

Memalam boleh berehat di lounge mendengar nyanyian hebat dari resident artiste

 Sampai dua orang coach akak ko nih. Di waktu petang kalau tak ada apa-apa program cubalah memanah. Peralatan ada, coach ada, yang tinggal cuma keinginan sahaja. 

Aku selalu nampak budak kecik memanah, nampak macam senang jek... tarik sampai habis dan lepas! Rupa-rupanya susah jugak dik non untuk first timer macam aku ni. Memanah perlukan tenaga dan fokus sebab tu Nabi Muhammad s.a.w. sejak 1400 tahun yang lalu dah suruh kita ajar anak berenang, memanah dan berkuda. Ada sebab yang tersembunyi rupanya.

Mengajar orang tua ni susah sikit, betulkan jari yang ini, tangan yang ini pulak salah letak. Nak lepas kan anak panah pun takut takut. Tarik kakkkkk.........lepas!

Terer tak? hahahh.... okaylah tu... berjaya memanah bulatan merah 1, hitam 1, putih 1, yang lain-lain pergi ke belakang


Selain tu, berbasikal pun boleh. Masa nilah nak spend quality time dengan anak-anak meronda sekeliling resort yang luas ni. Mesti diaorang suka!

So, apalagi? Tempahlah sekarang sebelum fully booked cuti sekolah nanti.

The Legend Resort, Cherating
Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang DM
Toll Free: 1800 88 8866; Tel.: +60 9 581 9818; Fax: +60 9 581 9400
reservation@legendresort.com.my | http://www.legendresort.com.my/ | https://www.facebook.com/legendresortcherating


Banyak lagi nak cerita ni.......nanti kita sambunglah ye, cerita penyu yang cute pulak.





Post a Comment

6 Comments

  1. Cool gila dapat memanah. Menyesal pulak tak try hari tu. Kalau tak, mesti banyak lagi arrows kat dinding belakang tu, heheh! ;-)

    ReplyDelete
  2. Hi...
    saya pernah stay kat swiss garden Kuantan... rasanya dkt dngn legend cherating...I love east coast punya beach...bersih dan seronok nak mandi manda...:)

    P/s: dah handal memanah lah ni ya...?

    ReplyDelete
  3. RaW
    rugi worrr....sampai sakit tangan. FYI papan tu kamilah yang merasmikannya, b4 archery dibuat indoor


    Farikica
    Kuantan dengan Cherating quite far jugaklah. Yup, pantai timur memiliki pantai yang cantik esspecially di pulau2 but mahai bebenor nak pi pulau

    ReplyDelete
  4. Hahaah. Kak Maria ke yg rasmikan dinding belakang tu? Haha. Saya, Jeff n Eric dtg kemudian. Ala, sikit lg nk kena kuning. Kalau tak bleh claim kek. Eh? Hhahah

    ReplyDelete
  5. Khai,
    nasib baik ada papan tu kalau tak habis la tembus badan orang kekeke...

    ReplyDelete
  6. Khai,
    cannot tell nama negara ehem ehem tu..nanti kena tahan kat imigresen tak dapat masuk :D

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.