Ho Chi Minh: Meronda lagi sebelum pulang

Orang Vietnam suka minum style gini. Kopi vietnam memang sedap, Kapal Api tak boleh lawanlah. Aku yang tak minum kopi susu pun boleh jadi ketagih. Makanan yang famous adalah 'pho'. Kalau teringin boleh cari yang halal. Roti gulung pun banyak dijual tapi aiyakkkkk.....digulung dengan daging khinzir (entah entah anjing erkkkk)

 Letih jugak berjalan tapi berbaloi dengan pengalaman yang akan kita dapat. Daripada bersupir all the way lebih baik jalan kaki, dekat je pun. Ini cathederal yang sentiasa masuk dalam list Ho Chi Minh's attractions. Penjajah datang bersama agamanya sekali.

 Saigon's pos office sebelah cathederal

Di dalamnya

  Tempat jualan souvenir di kiri kanan pintu masuk

 love it! love it! Beli jugak konon nak bagi orang tapi terasa sayang pulak. First aku jumpa benda ni kat Yogyakarta awal Januari tahun lepas

 Park di tengah bandar- sungguh mendamaikan

 Nampak tak coach tu? Tangan dia takde sebelah tau. Kat belakang stadium ni ada deretan kedai menjual alatan sukan, banyak yang imitation. huyaii...macam ayam dengan itik nak membeli barang, main tekan calculator jek. Yang menariknya di sebelah stadium ni pulak ada kedai Adidas yang original.

 Water Puppet Show. Kami tak jejak.

 Lawa ok! Dimana-mana negara miskin pun tetap ada yang kaya malah super kaya pun ado....



Post a Comment

0 Comments