Aceh Day 3 Part 1 - Menjejak tinggalan tsunami



Hari ketiga kami sewa kereta sedan sajo 300k... itu the cheapest. Ikutkan hati nak naik becak je tapi kami nak pergi sampai ke Lampuuk dan Lhoknga yang dah dikira keluar kota. Kepala boleh jadi berat oooo kalau sat kena aircond sat keluar kat panas sat lagi kena aircond balik ...............

First, kami kembali ke masjid penuh rahmat ni. Adik Ida kata masa tsunami dulu cina yang kedainya di depan masjid ni nampak seekor burung besar angkat masjid tu dan esoknya dia mengucap syahadah. Betul tidaknya wallahhualam. Tapikan, takkanlah takda lansung diantara ramai-ramai petugas dan sukarelawan asing yang terfikir mengapa kebanyakan masjid tidak runtuh atau terjejas sedangkan bangunan di sekelilingnya punah ranah?


Menara ini saja yang rosak sikit semasa gegaran gempa.



Keadaannya pada 26 Dec 2004 akibat gegaran gempa bumi pada 9 skala richter dan tsunami


............... digulung ombak. Bantuan pulak bukan jam-jam tu sampai


Kapal apung di Kampung Lampulo

Kawasan sekitarnya dah dibeli oleh pemerintah untuk dijadikan kawasan monumen - kejadian yang menggegarkan dunia. 59 orang terselamat termasuk keluarga pakcik rumah sebelah tu. Kata pakcik tu (macam wartawan dah aku ni heheheh...) bila gempa je mereka semua keluar ke jalanraya untuk keselamatan. Bila nampak air datang depa semua berlari naik ke tingkat atas rumah sebelah yang kena hempap kapal tu. Katanya dalam 3 minit je air dah sampai dada so anaknya -seorang penyanyi nasyid di Malaysia- naik dulu then tarik sorang-sorang. Dah ada orang lain dalam kapal tu. Mereka takde ingat lain dah, kiamat je dalam fikiran. Betul-betul macam cerita bahtera Nabi Nuh kan?? Kata makciknya pulak bingkai Allah & Muhammad kat dinding rumah dia tak berubah tempat pun. Allahhuakbar!

Dahulu .........

Makam Syiah Kuala - ulama terkenal di zaman kesultanan. Kita akan disuruh pakai kain sekiranya nak masuk ke makam. Ada bilik pengajian dan surau di sini.

Rumah Aceh
Di depan rumah Aceh ni ada loceng Chakra Donya yang dikirim oleh maharaja cina melalui Laksamana Cheng Ho untuk sapa ntah..... sultan/wife sultan? Jauuuhhh dia mengembara kan. Kat Melaka pun ada cerita Cheng Ho nih. Ko nak ke loceng besar gitu dik? Tak yah lerrrr .... mintak je kat boipren ko loceng dalam 100g ke bubuh kat leher......... 200 ringgit segram sekarang ni.

Geng Temerloh. Kami menolak untuk sevan dengan mereka sebab kitorang berdua ni lama dan lambat di satu-satu tempat sebab leka mengambil gambar dan interview orang. Perasan wartawan hahahah..........

Gunongan - dibina sebagai lambang cinta Sultan Iskandar Muda terhadap isterinya Putroe Phang yang berasal dari Johor. Disebabkan sultan selalu berpergian dibuatkanlah isterinya taman untuk bermain cak-cak (aku tambah sendiri je tu...). Laki ko boleh buat nyahhhhh? Nampak macam mahkota kan? Nampak macam ada pengaruh Hindu pun iye jugak. Tempat ni berkunci tapi aku minta tolong penjaganya bukak sebab aku teringin nak berada di taman di raja. Kalau badan ko lebih gebu daripada aku susah sikit nak naik ke atas sebab ruang tangganya sempit. Yang belakang tu makam menantu sultan kalau tak silap.

Sebelum aku terlupa again, dinasihatkan hangpa semua tukarkan duit kepada small denominations, 5k ke 10k 20 ke....... Kat Aceh ni yang bagusnya tempat wisata tak berbayar kecuali Rumoh Aceh tapi yang lain-lain tu depa minta derma ikhlas kita.

Kerkhof - kuburan Belanda.

Semasa tsunami 50 tiang salib hilang. Kubur putra kesayangan Sultan Iskandar Muda pun ada di sini disebabkan kesalahan maha beratnya. Kerana itulah timbul ucapan kebanggaan orang Aceh:
"Adat bak Po Temeuruhoom, hukum bak Syiah Kuala"
-Adat dipelihara Sultan Iskandar Muda sedang perlaksanaan hukum dan agama diatas pertimbangan Syiah Kuala-

Masih adakah lagikah mereka yang benar-benar memartabatkan agama?

Pesawat Seulawah @ R1 hasil sumbangan wang dan harta peribadi rakyat Aceh. Dulu penuh sampah-sarap dan mayat kat kawasan lapang ni.

Kapal PLTD Apung tersadai 4km dari pesisir pantai melambangkan betapa dasyatnya peristiwa tsunami dulu. Memang kapal ni akan terus tersadai kat sini, dah tak boleh bawak keluar. Selain berat sekeliling kawasan ni ada banyak rumah. Cuma seorang saja yang terselamat atas kapal ni sebab dikatan dia sedang tidur dalam kabin. Kalaulah dapat jumpa orang tu alangkah bagusnya...... Kat bawah ni dulupun ada mayat. Orang tahu sebab anjing dok kerumun kawasan tu.

Dari atas kapal................ kat sebelah kiri tu ada kedai jual souvenir. Banyak design bagus beli kat sini. Fridge magnet susah sket nak dapat so aku beli button badge then mintak bos modify.... jimat! Aku beli vcd tsunami kat kedai jual air tu. Kat sebelah atas yang ada pokok warna kuning adalah Taman Edukasi Tsunami. Banyak gambar-gambar menyayat hati dipamerkan di sini. Aku harap gambar tu semua dapat dipelihara dengan baik, sekarang ni nampak semakin dimakan hari. Lama-kelamaan manusia akan lupa dengan peristiwa penting tu.

Haiiiishh.......... kisah-kisah sedih je kat Aceh ni. Yang ni Massal Grave at Ule Lheue yang dulunya menempatkan Rumah Sakit Mueraxa. Stuktur bangunan tu dah rosak so jadilah kuburan ...........  
Cantik tempatnya cuma Aceh ni macam tak dijaga serta dipelihara dengan baik kawasan wisatanya. Mungkin tak cukup orang atau mungkinkah belum cukup uang?

Mayat terlalu banyak masa tu....... main bungkus dalam plastik dan tolak jatuh je. Yang bertugas pun bukan semua orang Islam, lagipun semua orang belum pernah mengalami musibah yang dikatakan paling teruk dalam sejarah kemausiaan tu. Berhari-hari baru selesai, mayat pun dah pecah perut, risiko penyakit lagi. Ada satu gambar tu mayat kena tolak dengan kaki je dari atas lori. Macam manalah mayat share bilik ramai-ramai tu ye ........... selalunya dapat bilik vip, sorang sebilik. Semoga mereka semua dirahmati Allah .... amin.

Kami lalu di Taman Sari jugak. Actually tempat-tempat wisata ni berdekatan antara satu sama lain kecuali Ulee Lheue jauh sikit berhampiran pantai. Masa terjadinya tsunami di pagi Ahad tu ramai orang di kawasan riadah jadi ramailah yang hanyut. Semasa gempa semua orang keluar ke kawasan lapang termasuklah patients di hospital. Orang yang selamat tolong-menolong mengeluarkan yang dihempap bangunan. Bila dah ramai-ramai keluar arus deras pun mai ..........tak dan nak lari dah.... isk isk.... Sesapa yang kesana belilah vcd yang dirakam semasa gempa sampai tsunami. Syahdu sendu pilu.

Kalau di Bali kita keluar masuk kawasan pura di Aceh lebih bagus lagi kita masuk masjid yang penuh sejarah. Yang ini masjid Baitulrahim di Ulee Lhueu, berdekatan laut. Seluruh kawasan musnah tapi masjid ni rosak sikit je. Masih tak percayakah kepadaNya?

3pm oredi............. lapo wehhh! 
Pak supir bilang kita sudah telat bu, sekiranya lebih awal lagi banyak lauknya........... cukuplah tu Ismail ooiiiii..... yang ini pun tak termakan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Assalammualaikum

    Kalau nak minta no tel supir boleh?
    Kak pergi dengan ejen ke

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum

    Kalau nak minta no tel supir boleh?
    Kak pergi dengan ejen ke

    ReplyDelete
  3. Saya pergi sendiri je. No supir tu kena cari kadnya...itupu kalau jumpa

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.