Aceh Day 2 Part 1 - Kilometer Nol



Ya Allah.... azab betullah nak upload gambar. Tu pasallah kekadang cerita basi baru nak keluar sebab aku tak kuasa nak menunggu. Ehh perasan tak aku dah tukar gambaq kat atas nun? Sekarang aku rasa bebas nak membebel tak terikat berkaitan travel yo. Mano ado duit nak travel selalu kak, kawan cyber den tu lainlah, tahun ni je 15 trip dia kan habiskan...hebat tolll....... sampai KL je tukar beg baju lain pulak. Kalau pun aku berduit mampu berjalan macam dia aku tak pasti adik aku mampu menjaga bebudak kat rumah ni .... hahahahhh.......... banyak permintaan ea kalau tinggal dengan Acu. Lotih adik den asik beranak limo yo. Minggu ni pun ada yang ajak gi kenduri kahwin kat Singapore...... maaflah yo tak dapek. Kalau ada rezeki tahun depan baru nak ke sana. Ehhh ....... hangpa takde resort kawan/destinasi baru/tavel agency ke yang nak di promote? lai lai habaq mai. Nak tunggu Edd Razhe panggil aku tak merasalah kot.

Di bawah ni kamar kami di Erick's Green House. Yang bagusnya di Indonesia selalunya pihak hotel/resort bagi kita lihat dulu keadaan bilik. Oleh kerana dah gelap pekat dan takut nak berjalan dalam gelap kami setuju je lah menginap kat sini for 100k. Mula-mula dia offer bilik double tapi kami tak minat sebab tak mengadap lautan. Bilik yang ni di tingkat atas lebih baik sebab kat depan dan sebelah kanan ada balcony yang luas untuk lepaking sambil ngobrol bersama tetamu lain. Hammock pun ado. Kami amik yang berkipas je........ tengah malam karang baru nak pulang ke sarang jadi tak penting air-cond tu.
Ada kelambu lagi kakk......... last i tidur berkelambu kat Semesti dulu..... sudah double digit lamanya. Fuhhh banyak nyamuk kat asrama sekolah dulu sebab dikelilingi ladang kelapa sawit...... kumbang busuk lagi aiyakkkkkk

Depa bagi pull out super single spring bed. Walaupun tilam bawah tu dah ditarik keluar masih ada ruang untuk solat. Aku rasa semua resort kat sini (resort kecik je) menyediakan spring bed. Bilik ayor kat sebelah tapi takde orang lain yang guna masa tu. Di sini kolah dipanggil mandi, motorsikal dipanggil kereta/Honda, kereta pulak biasalah ........ mobil.

Waiting for sunrise.......... owhhh indahnya.

 Minggu sebelum tu ada Sabang Regatta bermula di Phuket-Langkawi-Sabang tapi kami dah terlewat. Bot tu ha still lepaking lagi tak mo balik negeri. Syok je mat saleh tu berjemur sambil baca buku atas bot tu. Hmmmm.... kalau aku yang berjemur mau jadi lemang rentung.

Rubiah Tirta Diver - prices qouted in euro

Air yang jernih dengan ikan berenang-renang......... masyaallah cantik sungguh! Perahu nelayan depa jenis yang lurus di belakang. Yang kat atas ini untuk makan angin.

Ini Yulia's Bungalow. Selain tu yang aku ingat O'olong, Cameo, Fatimah.

Kami breakfast kat Yulia, aku makan pancake with chocolate and omelette with cheese. Pancake...........lempeng cakap kampungnya. Bos biasalah makan nasi goreng seafood. Kopi aceh sedappppp

Kilometer Nol- monumen yang menandakan bermulanya negara Indonesia secara rasmi. Tempat ni masuk dalam segala brochures Aceh tapi keadaannya, sorry to say menyedihkan, terbiar. Jauh bezanya jika dibandingkan dengan Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau di Kudat. Hopefully kerajaan Sabah terus memelihara tempat tu. Walau bagaimanapun don't miss it jika ke sana. Sepanjang-panjang jalan ke sini adalah forest reserve so banyaklah monyet sepanjang jalan tu. Kem tentera pun ada. Dalam pada bos dok press minyak motor naik bukit tu boleh pulak aku ternampak ......... lusa aku bisa mati kat guard post kem ..... hahahhah .......... kalau aku pun boleh mati duduk dalam hutan tu.

Turun dari Kilometer Zero kami singgah di Steffan Sea Sport. Kepala aku ni sedari pagi dah kena cekak dengan swimming cap dah la pakai seluar sendat pulak tu.........konon nak snorkelling/diving tapi hampeh. Pemilik SSS ni orang Malaysia. Selain dia ada lagi sorang tapi tak ingat namanya. Lumba-lumba Dive pun ada tapi di Gapang beach. Itu Dutch punya.

Sakit jiwa betullah dengan laki den ni. Aku ajak dia dive dia tak nak, bila aku nak pergi sorang dia tak bagi siap tunjuk gambar jaws dan ular air yang DM tu bagi. Eeiiiiiiiiii................ kalau takut janganlah menakutkan orang pulak! Bonci amek den.

Dalam sibuk-sibuk membidik bot, laut, orang kat pantai Iboih ni terserempak dengan Riesma yang kami jumpa atas kapal semalam then dia ajak kami join pusing Pulau Rubiah naik bot kaca yang ayah Norfa sewa. Fyi sewa bot ni sejam 350k rupiah. Rezeki kakkkk................. kalau kami dua orang je nak naik tak berbaloi kecualilah gerabak kami ikut sekali.

Tengok air laut tuuuu.........

Sampai je di Pulau Rubiah kami 7 orang naik ke atas bukit melihat-lihat, bapak 2 orang tu tak ikut. Pulau ni dulunya adalah tempat kuarantin jemaah haji sebelum bertolak ke tanah suci. Bangunan tu nampak elok lagi, bilik pun ada sayang terbiar dengan semak-samun. Ni kalau dapat dek YTL group mau jadi 5 star resort.

Di belakang ada sebuah makam ulama terdahulu, mengadap ke laut. Kalau Nirvana punya harga mau lebih rm10k tu per lot sebab lokasi ada ong. Kita ni orang islam mana percaya ong tu semua. Dah meninggal kebumikan sajalah di mana-mana atas bumi Allah ni.

Me, Bu Nia, Riesma & Norfa
Di seberang sana chalet kami

Aduhaiiii.............. seronoknya berehat di sini. Togel aje bebudak tu




Post a Comment

1 Comments

  1. akak dah lamo teringin nak ke acheh.maso arwah abg akak ado dulu pueh dio ajak..dia ada projek di bumi acheh nun.someday somehow pasti akak ke sanun.insyaAllah...nampak cantik la

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.