Open istana

Tags

Masih bulan raya kan so masih relevan cerita raya nih.......

Tahun ni Yamtuan Negeri Sembilan Tuanku Muhriz buat open istana kat Seri Menanti pada hari raya pertama. Aku dapat tahu pun bila baca kat tv. Omak den kato baguslah, sebolom ni tak ponah pun. Dio (baginda) pun rajin semayang jumaat kek masjid kampung. Aku pun tak sure sebelum ni ada ke tidak jamuan raya rakyat dari pembesar sebelum ni. Kalau mak aku salah sorry ek, dia bukan hari-hari dengan Negeri.fm . Aku pun suka jugak kalau raja ni lalu-lalang kat kampung, bersih jalan raya daripada taik lembu. ngeh.

Kukhabarkanlah kepada sanak-saudara yang duduk sepelaungan tapi masing-masing buat dek je. Aku takmo pergi sebenarnya sekadar mengkhabarkan kot kot ada yang teringin nak bersalam dengan raja. Takdelah aku nak pergi weiii....... nak beratur lagi, karang setengah hari habis kat situ je dahlah aku cuma ada sehari beraya kat kampung sendiri.

Aku tak pastilah majlis tu dibuat di istana baru ke istana lama (muzium Sri Menanti) tapi aku pasti ramai rakyat berbesar hati dengan kesudian pembesar negeri untuk menjamu rakyat. Alaaa....... bukannya rakyat nak makan sangat pun........ lomang omak lagi sodap, tapi peluang ke istana bertemu dan bersalaman dengan orang ada-ada tak datang selalu....... mungkin time dapat pingat je......... itupun kalau dapat jemputan, kalau dapat surat je? huahuahuaaaa..............

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free