Bandung | Tahu Lembang dan Gunung Tangkuban Perahu



Meneruskan perjalanan ke daerah Subang melalui Lembang. Sebelum tu singgah beli kek and brownies kat Amanda dulu takut esoknya tak sempat pulak. Aku beli sikit je sebab bulan puasa takde siapa yang nak makan, siang hari tak boleh nak mengulang meghosit sambil tengok tv.



Aku nak singgah di Bosscha Observatory (the oldest observatory in Indonesia) tapi pak supir bilang sekarang kena buat booking at least seminggu sebelum datang, dah tak boleh main terjah je. Tak dapek lah dohhhh so kami terus ke Gunung Tangkuban Perahu yang last eruption in 1969 dengan 2000 orang terbunuh. Masa tu belum ada alat untuk mengesan keaktifan gunung berapi ni. Sekarang depa check once in a week. Jangan ko melahar masa aku ada kat sana pulak.

Opss......... kami singgah sebentar kat Tahu susu Lembang drive thru yang macam Mc Donald tu. Kelas kooo..... Kononnya nak beli ikut tingkap kereta je tapi nampak menarik pulak kat sebelah dalamnya. Semua makanan yang dijual berasaskan tahu.

Beraktiviti di tengahari pun tak terasa bahang. Teringinnnnnnn sangat nak bawa anak-anak ke sini.

Targetnya anak patung comel kat atas tiang

Bos kilang tahu susu sedang mendemontrasikan cara buat tauhu. Nak lebih real kat bawah ni. Sedap tahunya lembut je, makan pulak time panas umangaiiiiiii........... lupo mak bapak kojap.


Sesiapa nak try buat tauhu sendiri sila salin resipi kat belakang i tu

Diantara end products 


ya Allah... lembut, halus, mulus....... semua sedap

Bermula dari sini kami berjalan sampai atas nun tapi itu pun baru sekerat jalan je. Syok berjalan di sini walaupun penat tapi suasana dan suhu dinginnya tu buat kita rasa seronok nak explore lagi dan lagi

Kalau last year aku turun ke Kawah Domas this time ke Kawah Ratu je, tak payah bayar guide cuma yang dok mengikut para penjuallah. Ada ke dia nak jual 2 keping fridge magnet sampai 250k rph, gilo apo? Aku bilang elok-elok aku ngak mau. Dia ikut jugak sudahnya dia yang turunkan harga so aku belilah 2 keping 20k. Kan jauhhhhhhhh beza tu. Untuk makluman aku punya pertuturan adalah dalam bahasa indonesia. Idgham dan tajwidnya dah betul cuma sangat kurang vocab sebab tu aku cakap yang perlu je. Jenuh weiii nak memikir nak membalas balik dengan rentak dan ayat yang betul. Aku tahu cakap aku tu dah betul sejak di Medan hari tu sebab ada yang kata, saya mikirin ibu orang sini. Yang spoil nya bila elok aku tawar menawar makcik dengan adik enterfrem cakap nogori pulak. Hancus.


Aku bercadang nak berjalan sampai ke Kawah Upas nun di kejauhan. Abah den dah surrender takmo ikut sebab kaki dia dah sakit. Owh.... sebelum pergi anak dara den dah warning dia, kalau atuk ikut mama letih tuk......... mama jalan aje. hahhahha........ yang abah den pun pergi melancong macam nak poi kojo smart berkasut kilat. Kami jalan jauh jugak tapi tak sampai ke tempat tu memikirkan nanti abah den lama pulak menunggu. Sejuk kat situ seronok je berjalan. Salute pada guide dan seller yang boleh turun naik gunung beberapa kali dalam sehari.

Dulu boleh turun ke bawah tapi sekarang sejak asap belerang tu keluar makin banyak dah tak dibenarkan lagi. Nampak tak kawasan atas asap tu? Di sebelah bawahnya Kawah Upas dan Kawah Baru. Boleh berjalan sampai sana kalau larat. Kalau ada rezeki next time lah pulak.

Tapau satu bang!

Gambar ni diambil dari atas management office. Surau pun ada kat sini, untuk muslimat di bahagian dalam office siap telekung sekali. Kalau nak guna tandas yang bersih tu kena bayar 2k rupiah.

Yang aku beli kat sini selain fridge magnet adalah frame set alat muzik, angklung dan seruling. Aku rasa harga angklung yang aku dapat tu murah dah sebab kat Jl Riau depa jual 250k rph. Jangan tak tahu, aku beli guna RM sebab uang rupiah sudah kehabisan. Gila ah pergi Bandung ni bawak berjuta-juta pun habis gak.

Post a Comment

0 Comments