Ke masjid negeri kito



Awak pernah ke Negeri Sembilan... Seremban? to be specific. Tak pernah.... sampai Nilai 3 je....... hmm bolehlah tu. Tak banyak tempat yang menarik pun kat Seremban ni, kalau nak clubbing pun takde yang tarap Hard Rock kat sini.

Masa anak aku kecik dulu aku tak terasa pun Seremban ni takde apa-apa tapi bila anak-anak semakin membesar barulah terasa kekurangannya berbanding Melaka. Kalau keluar kat tol Ayer Keroh tu mau 2 hari baru habis terjah tourist attractions depa. Tapi kalau ada yang berminat nak rasa duduk kat homestay ada kat Kg Pelegong, Kg Lonek, kat Batu Kikir pun ada. Kat area kampung den takdo, kat Seri Menanti pun tak banyak. Air paip manjang putuih nak berhomestay apakebendanya? Kalau pembangkang yang perintah ni dah masuk dalam otosan dah ni. Kalau teringin nak tengok bendang, nak motong gotah dan seumpamanya boleh try. Konsep sebenar homestay ialah tinggal dengan tuan rumah, kalau duduk rumah asing dengan makan minum urus sendiri tu dah kira rumah tumpangan. Tu yang Dr Ng Yen Yen nak perbetulkan tu. Homestay Kg Lonek tu antara yang famous dengan foreign tourists.

Extreme sport macam white water rafting tu di Jelebu tapi aku pun tak pernah sampai lagi kat tempat tu, nak join pun belum berani sebab dengarnya lokasinya mencabar. Kalau arus manja-manja nak la aku try test.

To be frank, aku cuma beberapa kali je ke masjid negeri ni....... sebelah tangan je kot. Sedeyyyy........... ke shopping complex ringan je kaki. Masjid ni tak berapa besar dan tak unik tapi memenuhi maksud penciptaannya. Berlokasi di tengah bandar menghadap lake garden, dekat pejabat kerajaan, Seremban Parade (tak segempak Subang Parade), KTM, A&W, dewan MPS yang selalu ada kenduri-kendara tu. Kiranya kalau tengah dating tepi tasik tapi tak ke masjid time azan patut kena hempuk la kan.

View from 1st floor.... boleh melepak di sini.
Nun di kejauhan Royale Bintang. Boleh je jalan kaki kalau sanggup. Depan ni ada tasik buatan yang taklah sebesar Tasik Shah Alam tapi ramai orang jogging pagi dan petang. Kawasan hijau yang sejemput ni pun ada orang besar dulu nak majukan.

Sekarang dah pasang air-cond and the interior has been refurbished, nyaman dan sangat selesa. Tempat wuduk kat bawah tapi tak la setinggi masjid Shah Alam tu.... tak user friendly. Bayangkanlah kalau sampai atas lepas tu terkentut tak ke siksa nak turun balik then panjat tangga sekali lagi? Tinggi giler tangga masjid SA tu.

Disesetengah masjid pulak tempat wuduk pompuan tak tertutup, kan ke payah tu? Sapalah yang design, luluskan tu ye? Kena bagi kat kontraktor/engineer/arkitek yang tahu agama sepatutnya. Ada tu pulak tempat solat perempuannya bercermin gelap. Kalau siang ok le tapi kalau malam bila kita pasang lampu tak ke jelas dari luar? Janji ado mesojid/surau yo gek eh.

Ini pun satu hal lagik.... aku tak faham kenapa jemaah pompuan suka buka tirai/partition? baik toksah bubuh. Okaylah depa kata tak puas hati kalau tak nampak muka ustaz yang mengajar tapi kalau time kuliah tu ada pulak pompuan lain nak solat kan susah nak buka tudung bagai. Itulah, kalau ada wang sikit dan peluang pergilah berziarah ke tempat orang. Tak payah pergi jauh-jauh kat Malaysia ni pun ada masyarakat yang sangat menjaga bab-bab gini.

waahhhh........... kemas tersusun. Maaf cakaplah selalunya telekung kat mana-mana tempat pun serabut. Kenapakah? Mengapakah? Kat masjid ini siap ada changing room. Telekung pun bersih.

Nak ke Somban tak? Jom la nengok-nenok amik gambar

Post a Comment

2 Comments

  1. Teringat masa form six dulu. Kat mesojid tu lah tempat den study(sambil berkeruh)setiap petang sementara nak tunggu abah den abieh kojo kek pejabat pendidikan tu.

    ReplyDelete
  2. study sambil berkoghuh...wahahhaa...

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.