Nasi lemak ko berapa sen?



Meh aku nak sambung cerita cikgu kena check BMI murid-murid. Kesian cikgu....... dok mengesahkan anak orang je.

Lepas tu orang tersebut salahkan nasi lemak pulak. Budak-budak kalaupun dia makan nasi lemak mereka tu aktif berlari melompat ke sana ke mari..... they exercise everyday. Kalau nak haramkan pun kat orang yang macam aku ni yang exercise dalam rumah malas, berjalan kaki pergi kedai pun payah.

Okaylah, nasi lemak dah diharamkan, nak jual apa?
 Mee goreng-berminyak

Nugget - berminyak jugak. Lagipun pihak kantin takkan jual yang branded punya sebab mahal. Yang biasa dijual tu jenis murah berisi lemak dan tepung.

Sosej - sama jugak berlemak dan bergaram

Kenapa pilih nasi lemak untuk diharamkan? Kalau diharamkan nugget dan sosej menggelupur pulak supplier. Aku pun tak setuju anak aku makan nasi lemak hari-hari tapi kenapa tak nak haramkan makanan lain? Makanan yang dijual di luar sekolah pun kuat pengaruhnya. Tak caya cuba jenguk. Kadang-kadang harga makanan di kantin sekolah pun macam harga kat luar... mahal bukan main..... nasi ayam pun dekat 4 ringgit! Mengalahkan harga makanan mak ayah yang bekerja pulak. Alternatifnya anak-anak kita makan yang paling murah (sebab duit tak cukup) yang dah tentu kurang berkhasiat.

Anak aku Adam suka bawa kawan balik rumah masa break hari Jumaat. Aku tak kisah, itu lebih bagus daripada dia yang pergi ke rumah orang lain. Lagipun dapatlah menjamu apa yang ada kat tetamu. Tetamu yang suci bersih macam budak-budak tu mudahan-mudahan membawa rahmat ke dalam rumah aku. Minggu ni dia bawa orang lain dan kebetulan pulak aku masak gulai ikan dan sayur goreng. Adam tak suka ikan tapi depan mak ayahnya dia makan jugak tapi kawan dia tu amik kuah aje. Katanya dia tak suka ikan (tak suka bukan tak boleh makan) so aku offer telur mata kerbau sebab selalunya budak-budak suka. Dia tak nak. So aku tanya, "kat rumah makan spagetti ke?". Senyum je kawan Adam.

Menurut Adam waktu rehat kawan dia tu hari-hari makan nugget/sosej walaupun di kantin ada jual nasi dan makanan lain. Kat rumah dah tentu makan ayam.

Kawan abangnya masa tadika dulu hari-hari bawa drummet Ayamas. Dah anak sorang mak ayah layankan aje kehendaknya. Badan dia sekarang ni pada umur 12 tahun berganda besar dari abang dan lebih besar daripada anak sulung aku. Dah macam ayam KFC, 45 hari dah boleh dituai.

Aku memang ada stok fast food di rumah dengan alasan kalau aku takda atau lambat balik anak-anak yang balik cepat boleh goreng dulu buat alas perut selain roti yang sedia ada setiap hari. Takkan nak biar makan mee segera pulak? Memanglah dia orang suka ........

Sebagai parents kita menunjukkan kasih sayang dengan cara berbeza........ ada orang sayangkan anak dilayan apa sahaja kehendaknya, nak makan fast food seminggu 4 kali pun boleh. Bila sempat dibuatkan pelbagai jenis makanan berselang hari untuk compensate masa-masa yang tak dapat diluangkan bersama anak-anak. Time makan disuruh anak makan sampai kenyang, lepas tu mengantuk terus tidur.

Ada orang sayangkan masa depan anak diberi makan makanan segera sesekali sahaja sebab takut anak dapat penyakit. Bila makan pulak disuruh berhenti sebelum kenyang, cuba mengikuti sunah Rasullullah. Penyediaan makanan berkhasiat di rumah dan luar rumah kena konsisten untuk kesihatan badan, bukan kontrol macam-macam di sini tapi bolos di seberang sana. 

So sekarang ni kalau hari-hari mak masak sedap macam kak Aznym tu.............nasi lemak jugak ke yang salah?

Post a Comment

0 Comments