Bali Day 2: Kintamani-Ubud

Ya Allah tension nyer aku nak upload gambar2 ni wehhhh....apa ke halnya dengan streamyx nih? Sepatutnya depa bagi discount bila kita tak boleh online, takkan kena bayar full jugak bila service takdak. Ntah dah berapa kali aku try dari kelmarin dan semalam sampai naik jelak.

Meh sambung cerita perjalanan aku ni. Di mana-mana obyek wisata/pusat pelancongan mesti ada gerai macam ni. Gerai yang standard dengan kadar sewa murah kot. Barangan jualannya hampir sama cuma kalau teringin yang berlainan sikit kena rajinlah keluar masuk kedai2 tu.


Di Bali tak banyak pejabat kerajaan kebanyakan penduduk bertani dan terlibat dalam perniagaan berkaitan pelancongan.

Selepas Goa Gajah kami ke Tampak Siring di mana terletaknya Pura Tirta Empul. Orang semayang time ni der.......cantik berkebaya kalah pramugari MAS.

Kat atas ni rumah the late Presiden Sukarno tapi sekarang dah dijadikan rumah kerajaan. Aku shoot dari sini je lah lotih nak naik tangga.

Alim sungguh depa semua ni




Mandi, minum air suci. Berkemban je koo....minah saleh pun join sekali

Cantik sungguh tempat ni sampai boleh picnic tepi kolam, atas rumput di kawasan lapang dan bawah pokok. Dalam kolam banyak ikan pulak tu. Aku tempek gambar jauh je lah ye yang dekat ada muka aku.
 Di mana-mana temple pun kena bayar entrance fee.

Dalam perjalanan ke Kintamani we all singgah minum kopi Buana Amertha Sari. Best tempat ni wehhhhh......... Ladang kopi dan koko.

Let me introduce our driver in Bali, Nurcahyono. He is polite and very well versed regarding Bali's history and  culture, he speaks Malay, English and Japan. Dia belajar bahasa Jepun sebab kerja jadi tour guide, adiknya pulak sebab pernah kerja di Jepun. Adik dia boleh cakap Belanda juga ya buk. I feel that i'm just plain nothing compared to them. 

Sewa kereta dengan supir 350k rph sehari. Kalau 400k rph pun kira boleh lagi but mostly 350k. Masa u all booking mana-mana supir make sure u ask also regarding airport transfer sebelum naik kereta takut2 depa charge lain pulak. Jerung di mana-mana ya.


Kopi pun ada jantan betinanya.

Tempat yang sangat cozy.

Dah tengahari mata pun layu je so kita berhenti minum kat sini jap. Depa ni akan hidangkan 6 jenis teh dan kopi for free for us to try out but if u want to try kopi luwak harus dibayar. Kono bayar pulak berak musang ni wehhh. Free pun aku ngak mau.
Lepas minum dan rehat2 kita di bawa ke pusat jualan pulak. Ni yang aku tak suka benda2 free nih akhirnya being ripped off. Rempah-ratus pun ada tapi aku rasa mahal le namun kubeli jua. Ingatlah selalu takde apa yang free kat dunia ni.


Teruslah kami bergerak ke Kintamani pulak for lunch. Restoran ni serve muslim food, ada surau jugak-ala kadar je. Food.....bolehlah. Pada aku takda apa pun yang sedap baik nasinya berlauknya atau mi. Yang pasti sedap fruits je lah sebab bukan manusia yang proses. Buffet untuk 2 orang dekat rm50 jugaklah.

Dalam pada tak sedap habiskan jugak sebab dah pukul 3 yang, tak ada apa yang masuk dalam perut sejak pagi. Lapaq sungguhhhhhhhhhhhhhhh

Yang dijual bukanlah makanan tapi pemandangan.

Mount Batur. Awesome!

Kata pak supir kalau kita lalu time malam/subuh boleh nampak bara api. Kalau tak silap dengar last eruption in 2005.

Di kiri Gunung Batur di kanan Kg Trunan. Kat kampung ni le yang mayat tak dikebumi tapi di letak bawah pokok kemenyan. Yang ini tak termasuk dalam agenda lawatan aku......seram beb. Nanti teringat-ingat pulak.

Kampung ni memang tak dimajukan sektor pelancongannya sebab dia orang masih belum boleh menerima kehadiran orang luar. Lagipun mereka suka meminta-minta sedekah yang pada mereka tak menjadi satu kesalahan. Pelancong komplen kerja menadah tangan ni.


Ke Tagallalang pula.


Lubang jepang

Di Bali seinci tanah pun tak dibazirkan. Di bandar2 pun ada sawah padi diantara dua buah bangunan (luas sebuah rumah teres).

Senang betul cari duit kat Bali nih. Pakcik ni kerjanya meronda kat kawasan ada pelancong. Lepas kita ambil gambar dia atau bergambar dengan dia hulurlah 5k. Wahhhh.........kat mana aku boleh buat mcm tu ekk? Lebih baik daripada 'klik fb dapat duit'. 

Ndak jugak!

Depa laki pompuan pakai kain dua lapis. Lapisan dalam kain/seluar lapisan luar mesti kain batik. Kain yang didalam tu menutup rapi badan bermaksud menjaga tradisi dan agama, kain lapisan luar seksi terbelah (aku je memandai) bermaksud mereka terbuka dengan pelancong/budaya asing. Kain batik dipakai setiap orang sebab tu lah industri batik depa maju. Untuk pasaran Indon je dah 250 juta orang.

Montok

Babi adalah makanan special di Bali. Kalau ditulis warung Bali toksah la masuk. Kalau warung Indonesia boleh lagi tapi tengok jugaklah menu. Di Poppies tu ada sebuah, walaupun digantung Allah Muhammad dan Bismillah tapi Bintang pun ado. One more if ditulis halal jangan ko main bedal je nok, ayam mati tersepit kat pintu pun kira halal jugak tu. Janganlah risau sangat......rest masakan padang ada banyak. Takpun makan roti je macam aku.

Ko tengok, kat round about pun boleh sembahyang. Bila aku ternampak ni aku jadi malu sendiri.

Saya mau shopping pak. Ya buk.

Anak ramai youuuu..........harus dapat sorang selai. Sebelum pergi aku dah bagi tau aku takkan beli makanan.
Selain pasar Sukawati kat sini pun murah jugak cuma tak boleh bargain je.







I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free