Recents in Beach

header ads

Jalan-jalan cari makan di Seremban

Malam ni Malaysia vs Indonesia di sana. Setakat aku menaip ni dah Indon dah golkan 2-1 bravo! bravo! Kita menang yeyyy!!!

Esok pagi ko bacalah kat sokkabar melimpah2 pujian players kita dapat. Kalau berderet kalah nak turun kapal terbang pun seram sejuk, kalau boleh nak tutup muka. Kita ni pun kalau mengutuk melebih2 sangat kekadang players tu berbulan-bulan tak dapat gaji so ko ingat boleh menang ke? Perut anak bini dok berkeroncong, mak pun menunggu durian runtuh setiap hujung bulan tak kunjung tiba mcm mana nak menang? Fikiran players terganggu gimana sih? But setahu aku players NS takde masalah gaji....tepukan gemuruh utk management N9 football clap! clap! clap!

Ni aktiviti makan2 kami 4 beranak. 4 aje sbb yang lain2 dah balik kg sekejap. Kat Seremban ni aku tak tahu sangat tempat makan yang sedap lagi halal. Kami tak suka sangat mencuba2 sbb dah beberapa kali terkena yang tak sedap.

This time kami makan kat food court Ampangan, as usual gerai no 45 - jual produk roti and fast food. Kalau sebut pergi makan kat Ampangan semua dah faham dah mana nak tuju.


Gerai waffle ni pun under the same towkay. Meja kami sebelahhhh je harum semerbak baunya.....waffle 1 bang, toppings cekelat!



Yang tengah memasak tu la taukenya...telur2 ayam kat depan dia tu semua dibasuh tau. Aku particular tang ni, kalau telur tak basuh pastu dia pegang roti dll pastu ko sumbat dalam mulut pulak....hmmmm...sodapnya......perencah taik ayam.

Gerai ni bukak dari petang lagi dan ko jgn terkejut kalau sepanjang ko makan kat sini dia dgn seluruh staf dia tak senyum. Aku dah warning jgn heran! Aku pun tak faham kenapa susah benor nak senyum tapi takla bermakna dia sombong. Kedai ni mmg laris sungguh padahal jual roti, burger, nugget jek. Dah lama aku mengulang makan kat sini, masa preggy aku siap mintak telur 3/4 masak 2 bijik lagi + roti kentang. Makan tak hengat! Ehh...masa petang tu si bos yg serve aku siap senyum manis lagi.

Staf dia dah byk kali bertukar. Penat ko keje mcm ni...start dr ptg tak dapat duduk lansung sbb customer tak putus2. They deserves a good pay. Kalau aku dtg sini sambil menunggu roti siap aku dok mengira untung yg dia dapat je hehhehhh....aku ni dok memikir duit org je la kan?... Boleh agak2 dr balance roti dia yg tinggal kat rak belakang tu.


Malam tu orang ramai, bila aku nampak je ada org tgh membayar terus berdiri kat meja tu. Anak aku dah bosan la tu menunggu lama.


Kalau klr makan dgn aku anak2 tak blh order air sejuk. Letih yang oooiiiii....baru nak menyuap, mama nak air. Nak suap sekali lagi yg lain pulak, mama nak air. Sejak beberapa lama aku order air panas, selain lebih baik drpd air batu (dah la makan yg berminyak bermarjerin tuh) kami semua (aku n en suami) dapat makan dgn lebih tenang. Ye la kan dah airnya panas, makan le sampai habis dulu...sementara tu air pun dah suam, boleh telan tak payah nak tiup2. Kawan aku pun dah mengikut cara yg aku praktikkan nih, "habis nasik dia kak sbb nak tunggu air sejuk". Sharing is caring kan katanyaaaa........


Otak-otak pun adooo...


Kerang rebus, shoot dr tepi je malas nak bangun.


Anak aku ni kat rumah dok goreng nugget kat sini pun dok order benda tu la jugak mcm takde mende lain nak dihadapnya


Ni roti telur goreng kentang - depa punya trademark. Kalau nak tambah red beans pun boleh. Biasa je...buat sendiri kat rumah pun boleh tapi kalau nak makan yg agak ringan (yg selalunya akan berakhir dgn berat) we all akan dtg ke gerai ni, gerai lain rasanya tak sama lorr... harga sekarang i think rm1.80 lagi kot sepinggan.


Dulu susah nak jumpa orang buta jual tisu malam2 kat Seremban ni...seingat aku tak pernah tapi dah ada pulak sekarang. Bukan tak simpati dan bersangka buruk tapi dah banyak cerita tak baik digeledah orang kan, cuak la jugak.

Kat lain2 tempat yang aku pernah try dan termasuk kategori sedap ialah Man Tom Yam, Ayam Panggang Kenyalang, Charlie Tom Yam selain mamak- Iqbal, Azhar Maju, Syed Maju.

Moh makan!


Post a Comment

2 Comments

  1. Try nasi lemak ni...

    http://www.facebook.com/pages/Nasi-Lemak-Ayam-Pandan-IZA/249750275058572

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.