Apa yang special kat Kuala Pilah?

Last week ada keje kat Rembau. Balik still ikut jalan yang sama ke Seremban. Haaaa... yang aku tunjuk ni highway Lekas yang baru siap yang mampu melekaskan orang sampai ke Kajang/Kuala Lumpur. Memang banyak membantulah highway ni dah tak payah lalu Seremban ataupun bersesak kat North South highway tu.


Nak ke rumah aku pun boleh ikut sini tapi mak aii rasa punyalah jauh kena berpusing lepas tu kena u-turn pulak. Eventhough the jalan very smooth -barang baru le katakan - buang minyak keto den yo. Kalau tak silap sini dipanggil persimpangan Paroi yang kat rumah aku tu persimpangan Ampangan. Jalan kat traffic light tu tengah upgrade lagi, tak lama lagi siap ler kot. Kalau ke kanan arah Kuala Pilah ke kiri Seremban/Jelebu/Kl/dll. Ramai org beli rumah kat sini tapi bekerja di KL. Murah ko....RM300k boleh dapat banglo, kalau kat Subang tu dapat rumah teres 2 tingkat lot tengah je. Murah le pada yang mampu kan. Rumah single storey pun boleh tahan gak harganya...kiranya org yang bergaji 1500-2000 memang boleh duduk rumah teres lah.


Jalan Seremban-Kuala Pilah ni semedang sesak walaupun cuti 3 hari je. Warga prihatin sungguh, kucing beranak punnnnn nak balik. Termasuk la aku dedulu. Jalan Kuala Pilah ni boleh sambung ke Kuantan, Terengganu, Kelantan, Muar, Cherating bla..bla.. Tak lupa kena lalu sini juga kalau nak ke Sri Menanti. Ehh..mai le sini cantik tau area Sri Menanti tu especially yg minat photography and golf.


Apa yang special kat Kuala Pilah?

Sebelum sampai ke KP kita akan lalu air terjun Ulu Bendul. Kalau nak camping ok jugak kat sini tapi untuk mandi-manda kureng sikit pada aku la. Lain kalilah aku tempek gambar ye bila bawa anak-anak mandi sambil skodeng. Dari Ulu Bendul tu jalan terussss....don't belok belok sampai le ke Kuala Pilah. KP ni tak semeriah pekan Bahau sebab Bahau tu dikelilingi oleh banyak kawasan felda so penduduk ramai kaki shopping pun ramai.

Kat KP ada 2 Uitm. Kampus besar di Beting baru  je dirasmikan tahun ni  (7km masuk ke dalam siap lalu kubur Cina lagik). Ada Kolej Jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia tapi sekarang sedang diperbesarkan, ada kolej Yayasan Negeri Sembilan, ada rumah mak aku selain istana Yamtuan.

Makanan yang spesel kat sini gulai lomak cili api, rojak kat pasar and cendol jugak kat pasar n bus stand. Memang marvellous la cendol tuh. Aku makan sejak kecik lagi dari harga 5 kupang sampai singgit 8 kupang dah la ni. Tapi memang tak nyesal lah bayor. Kalu nak try tanya je kat mana bus stand atau pasar .. kalu tanya nama jalan haremmm ramai yang tak tau sama la dengan aku nih.


Area ni free wi fi tau!


Yang baju putih to bos dia. Siap dah masuk sokkabar dah kedai dia ni. Layanan 1st class.


Suka dia bila aku kata nak masukkan kat blog. Cendol lebih boleh?

Post a Comment

0 Comments