Showing posts with label Koh Samui. Show all posts
Showing posts with label Koh Samui. Show all posts

Jadual pasar malam di Koh Samui

Jadual pasar malam di Koh Samui | I always interested in visiting night market or flea market. Barangan yang dijual di pasar malam kebiasaannya sama je seperti t-shirt tiruan, dvd pirate, pakaian/kasut terpakai, local souvenirs dan makanan tetapi dalam banyak banyak tu mesti ada satu dua gerai yang menjual barangan yang unik  sikit.


Berdasarkan perbualan dengan penduduk tempatan inilah pasar malam yang dibuka sepanjang minggu di Koh Samui. Waktu perniagaan bermula jam lima petang.

Selasa
Di belakang Central Festival, pinggir tasik.



Rabu
Di belakang Central Festival, pinggir tasik.

Khamis 
1) Maenam
Akak tu kata pasar malam Maenam paling best. 

2) Tid Nom Night Market
99/25 Moo 2, Bo Phut, Koh Samui

Dekat Chaweng je ni, sila rujuk blogpost sebelum ini.


Jumaat
1) Fisherman's Village di Bo Phut.

Perkampungan nelayan ni ada dua entrance. Yang satu tu kita akan melalui rumah penduduk dulu manakala main entrance terus jumpa kedai. Kawasan ini agak laid back di siang hari namun meriah bermula petang Jumaat. 

Paling menarik perhatian di pasar malam ini ialah seorang pembuat barangan kulit asli. Gerainya di tengah menggunakan nama Fat.. apa ntah. Jika sebelum ini kita hanya memakaikan passport dengan kulit sintetik, elok juga berikan ia baju baru kulit asli. Barangan kulit lagi kerap digunakan menjadi semakin lembut.

Buskers, kedai urut yang besar dan best pun ada di sini. Kawasan berniaga makanan pun agak besar juga. Sushi halal, banana pancake ada dijual di sini. Beli dan makan di tepi laut lagi best.

2) Tid Nom Night Market
99/25 Moo 2, Bo Phut, Koh Samui

Dekat Chaweng je ni, sila rujuk blogpost sebelum ini.


Sabtu
Di pinggir tasik belakang Central Festival, Chaweng.

Ahad
Lamai - berdekatan McDonald Lamai. 


Nota:
1) Chaweng night market lebih kepada food court sahaja. 

2) Semasa di pasar malam belakang Central Festival ada seorang brother ni jual kasut bundle murah je THB150. Aku nak belikan but bola anak tapi takde pula saiz dia. Hmm... rasa nak terus cari kat bundle Aran je 💨💨... ada yang nak buat rombongan Cik Kiah ke Aran tak? Besar beb.

Koh Samui Revisited | Another day another ride... syoknya bercuti di pulau!

Koh Samui Revisited | Another day another ride... syoknya bercuti di pulau! | Selepas bersantai di hotel, pulangkan motor aku checked-out dan berpindah ke Green Guesthouse di tengah bandar Chaweng. This one no star tapi tilam sedap juga dan boleh pilih na air-cond ke idok. Stay kat pantai elok sewa yang ada air-cond lah. Tujuan berpindah ke sini, dah malam terakhir ni nak lepak di pantai yang lebih happening and enjoy the night. Gitchuuu...

Dari bilik ni pun boleh dengar muzik berdentam-dentum, walking distance to everywhere.


Memula tu fikir tak nak sewa motor dah tapi bosan pula tak ada apa aktiviti. Pelan asalnya hari ketiga aku akan ikut day trip ke Angthong Marine Park tapi badan rasa semacam selepas enam jam berjemur atas motor semalamnya so I cancelled the plan. Kang demam pula aiyoo.. lusa takut tak lepas balik.

Aku sewa motor dari guesthouse tu aje tapi motornya tak sebanyak yang ada di kedai sebelum ini. Bila dah bawa jauh baru terasa tayar belakang macam bergegar tapi masa pulangkan tu aku tak komplen pun, kang tak memasal kena bayar pula. 

Di Koh Samui masih ramai penunggang motorsikal termasuk pelancong yang tak memakai helmet walaupun di sesetengah tempat ada papan tanda amaran. Memang syok naik motor tak pakai helmet, rasa lepas bebas. Polis trafik pun aku tak pernah nampak. Mereka quite lenient bab ni tapi aku pakai je sebab:

1) Kalau kemalangan susah worrr...
2) Masuk kandang kambing mengembek. Just follow local rules.

Hari ni aku ke Hua Thanon fishing village sekali lagi untuk mencari makan. Actually trip kali ini nak try lain-lain kedai yang belum pernah dicuba tahun lalu tapi pergi ke sana pun dah petang jadi kedai Samira pun dah tutup maka makanlah juga di Melayu Samui Seafood Restaurant. Time tu aku seorang je... ai order nasi goreng special. Tunggu punya tunggu punya tunggu.... kenapa lama benau? Rupanya telur ayam dok di market lagi hehee... nasib baik nasi tu sedap, kenyang hingga ke malam. Tak boleh order memacam sebab ai sorang je nak makan.


Selepas melalui jalan yang sama dan tak sama i quite understand semua laluan tu. Otak pun dah mula berhubung heheh... ikut jalan ni keluar kat situ, masuk sini bersambung di sinun. Kali kedua aku lalu di Ihsan Halal tapi tutup juga. Tak merasalah nampaknya...

Aku jalan terus ke depan (Ihsan Halal di kanan) hinggalah melepasi Raggae Bar. Owh... di sinilah lokasi go-kart dan 'terbang sendiri' tu. Di sini pun ada hostel. Nampak baru tapi quite a distance juga kalau nak ke pantai sana, kena melintas tasik. Harus ada basikal/motor. Kalau hendakkan suasana yang lebih tenang boleh sewa di sini. Sepanjang jalan ke sini di kiri kanan jalan dipenuhi small scale pub. Lalu pepagi lengang je tapi bila petang baru keluar yang berskirt pendek berbaju sendat.


Kemudian aku pergi ke pasar malam di Chaweng, kiranya belakang Central Festival. Terdapat enam peniaga muslim di sini menjual makanan yang hampir sama iaitu ayam goreng, sate daging dan nasi. Seorang jual air. Malam tu beli lagi pulut mangga, murah je makcik tu jual 60 bath. Dahlah mangganya manis menggiurkan, sebiji pula dia bagi. Puas hati den tiga malam berturut-turut dapat makan pulut mangga. Malas nak buat so makanlah pepuas kat sana. Sate daging pun sedap juga, empuk. Yang kecil 25 baht sebatang.



Next, massage time! Dapat yang 250 baht for one hour.

Urutan Thai ni walaupun namanya sama tetapi mesti ada sedikit perbezaan diantara spa. Yang kali ni dia pijak belakang tapi aku rasa si tukang urut lebih ringan daripada anak aku yang obes tu hahaha... sedap juga dia pijak, jari kaki dia akan menekan pada points yang tepat. According to her, September adalah peak season di Koh Samui tapi tahun ini tidaklah sesibuk tahun lalu. Hari itu pun dia tak ramai pelanggan. Bukan sahaja spa dia, spa lain pun sama, ramai staf duduk di luar daripada mengurut di dalam tapi kedai urut di Hatyai sangat sibuk waktu itu. Penuh dengan Malaysian beb, macam bercuti kat Malaysia je.

Ke Ark Bar lah seterusnya. Ramai betul pengunjung duduk minum sambil menonton orang bermain api. Kalau kita nak duduk di bangku yang disediakan kenalah order minuman, at least, and after show seeloknya bagilah tips kepada orang yang buat show tu. It's a risky job tau. Sambil duduk tu nanti adalah yang akan menjual bunga hiasan kepala, mainan kanak-kanak, ambil gambar dengan iguana... Aku duduk setempat je... malas nak gerak ke lain sebab orang asyik pandang je, lain dari yang lain kot.

Sambil tengok api tu aku ralit memerhatikan staf yang menyediakan minuman. Cocktail ke mocktail ke aku tak tahu namanya hahah... Sukat dengan sudu campur tu campur ni sekejap dah siap. Ais pun tak ditambah dengan banyak macam kita beli air kat Mekdi Keepci atau gerai tepi jalan sekalipun yang aisnya penuh segelas. 

Gambar-gambar di bawah adalah gambar tahun lepas.



Tamat day 3.

Good morning day 4!

Pagi ini ke Lam Diem Market. Pasar ini di Chaweng juga dan senang je nak jumpa, berdekatan dengan Petch Buncha boxing stadium. Saja je nak melihat pasar basah mereka. Di luar ada satu gerai muslim. Akak tu jual sejenis kuih yang diperbuat daripada telur. Ia lebih lembut daripada bahulu dan dimakan dengan kelapa parut.


Akak tu ada sebut nama tapi aku tak ingat nama kueh ni. Dijual depan Lam Dien Market.

Aku teruskan ke depan sebab nak makan di Faria Halal depan Bangkok Hospital tu. Ikut je jalan tadi hingga jumpa traffic lights. Ke kiri menuju ke Bangkok Hospital, ke kanan Bo Phut. Hari pertama hari tu untuk ke Bangkok Hospital aku ikut Bo Put, bapak jauh. Ibarat ko nak tendang bola ke gol sini boleh pula pi heret bola tu pergi ke gol sana pusing padang baru tendang bola. Tapi tak pe... pengalaman tu yang buat kita lebih faham dunia.

Masa di Faria Halal ni baru aku jumpa ramai orang Malaysia. Aku rasa mereka ni geng riders, datang bawa 'mem' memasing. Datang dari arah bertentangan so mesti jauh pusing tu. Kat restoran ni aku makan nasi putih setengah, ikan keli tiga keping (dihiris nipis), sup tanpa daging dan teh tarik = THB85. Murah ke mahal?

Aku berpatah balik ke Chaweng city centre. Oleh kerana jalannya sehala kita kena ikut kanan bila jumpa round about tapi kali ni aku ikut kiri. Saja nak habiskan minyak motor 😀. Bila ikut jalan ni kita akan berjumpa dua buah lagi gerai halal, terjumpa juga kedai menjual barangan seramik yang besar (nasib baik takde yang berkenan huhuu), pasar malam dan.... gay resort! Patutlah masa tiba di airport hari tu ada mat saleh tersengih tengok bag strap aku yang berwarna-warni, cis! Tak kuasa ai dengan orang bengkok nih. Senang nak kesan beg bila guna warna terang camtu. 


Boonchoo Ceramics

Tid Nom Night Market

Susu pekat manis dalam tiub yang mudah dibawa ketika travel.

Flight ke KUL 5.50 petang maka mereputlah aku duduk di taman hingga pukul tiga. Nasib baik still boleh guna wifi selepas check-out unlike hotel berbintang yang akan terus cut off connection. Hari terakhir tu jugalah baru aku nampak motor taxi jadi dapatlah ke airport dengan tambang murah sikit. Deal sesiap sebelum naik. Aku dapat 150 baht instead of 200 baht. Teksi nak 300 baht. Airport DEKAT jer... if uols beli simkad download apps NaviGo untuk transport service similar to Grab/Uber.

Short cut ke Samui International Airport tu senang je... ikut lorong sebelah Hard Rock Cafe tu. Airport kecil tapi still boleh meringankan dompet. Jika anda suka product Harnn, boleh dapatkannya di sini. Aku pernah berurut dan buat essential oil sendiri di Harnn Heritage Spa di Bangkok dulu. 

Untuk kengkawan muslim, there is a small musolla next to the gate to domestic departure. Minta izin dari security staff tu. Telekung dan sejadah dah ada, kalau tak membebankan sudilah kiranya belikan sebuah cermin kecil dan tandakan arah kiblat.

One of the souvenir.

Gate 6 and 7 are for international flights. Gate 7 air conditioned dan ada Courtesy Corner di mana disediakan free flow coffee and tea beserta snacks, kek/sandwich/kuih. 

Ai dah dua kali ke Koh Samui, awak bila nak ke sana?


Huge hut at Samui International Airport

Bangkok Airways

Sunset from above.

Koh Samui Revisited | 6 jam 'disalai' atas motorsikal

Koh Samui Revisited | 6 jam 'disalai' atas motorsikal | Aktiviti hari kedua bermula lewat. Selain terlewat bangun di pulau begini tiada apa yang best pepagi selain berendam dalam laut dan kolam renang tapi pepagi ni air jauh ke tengah.


Aku set alarm pukul 5 pagi tapi tak sedar (mujur bilik sound proof). Aku terjaga bila dengar ada gegaran di pintu berkali-kali ingatkan angin kuat. Laa.... ada mamat omputeh tu dok cuba buka pintu. Bila aku selak langsir baru sedar tersalah bilik. Takpelah, kalau tak entah pukul berapa baru bangun. Keletihan sangat sebab malam sebelum bertolak tu tidur dua jam je dan malam pertama di sini tidur lewat juga sampai merah mata. Dahlah letih berjalan-jalan di Chaweng tu.

Masalah aku bila stay kat tempat yang sangat selesa ni kan, jadi malas nak keluar. Bukan selalu dapat enjoy melihat laut. Duduk bawah pokok baca buku sambil dihembus bayu laut. Jarang dapat suasana camni. Kalau stay kat hostel tak sesabar nak keluar sebab nak switch on lampu pepagi pun kena fikir kan orang lain. Buka langsir sikit pukul LAPAN pagi pun mereka marah. Lambat betullah anak dara omputeh ni bangun.

Aku mandi dan bersiap untuk breakfast. Aku ingatkan nak bersiap ala kadar je sebab nama pun percutian santai sekali tu nampak semua staf yang tengah mengemas bilik tu siap mekap kening berukir... adoi tercabar pulak rasa. Guane diorang lagi cantik dari aku? hahaa...

Pukul 12 tengahari aku sewa motorsikal.

Nak bergerak di Koh Samui ini lebih mudah dengan menyewa basikal, motorsikal atau kereta. Dapatkan peta di hotel untuk memudahkan perjalanan. Aternatif lain, songteaw, tetapi ia tak cover semua tempat dan lebih mahal berbanding bandar lain di Thailand. Teksi lagilah, bargain sesiap. Motor teksi pun ada tapi mahal juga. Kat Phuket ada bas di sini takde.

Aku sewa skuter Honda. Punyalah kedekut company tu... minyak kat E. Orang yang offer semalam dia tuang minyak separuh tank. Di Phuket dulu full tank dan kita kena hantar balik full tank juga. Senang camtu. Bila camni kita terpaksalah beli minyak sebotol 40 baht. Di memana pun dalam pulau ni orang jual 40 baht sebotol tak penuh (1 liter kot), 3 botol 100 baht. Bila jumpa petrol station aku tambah lagi dua liter. Itu pun berlebih banyak. Senyum tauke bila dipulangkan motor tu, boleh jual minyak tu kat orang lain pula. Aku meronda dari Chaweng hingga ke Maenam, siap tersalah jalan semua isi tiga liter pun berlebih.


TIPS Menyewa Motorsikal/Kereta Di Koh Samui
Samui Island ni taklah besar mana tetapi ada beberapa bahagian yang nampak sibuk dengan kenderaan seperti Chaweng dan Maenam. Bila menyewa motor/kereta, mereka akan ambil passport kita sebagai cagaran. Jika tak bersetuju kita kena letakkan THB11,000 sebagai deposit. Aku dapat contact no satu orang yang boleh sewakan lebih murah tapi disebabkan dia takde office so aku abaikan je sebab Malaysian passport is one of the most powerful passport in the world. Bahaya! Walaupun aku pernah advice bab passport ni tapi suka tak suka kena buat juga untuk mudah bergerak. 

Jadi bila dah bersetuju menyewa tu silalah check semua bahagian manalah tahu ada kerosakan sedia ada, ambil gambar sesiap. Kalau ada lampu yang senget, ambil gambar. Bila kita start enjin ekzos bergegar-gegar macam nak roboh, rekodkan. Pilihan pun banyak so aku pilih yang tayarnya masih baru. 'Seram' sikit naik skuter ni sebab tayar boleh 'lari' bila brek di jalan basah dan curam. Pengalaman menyewa motor di Phuket dulu, tak periksa bebetul ada part yang patah then bila time kita nak return kena query lah. Aku nak jatuh je semasa balik dari Promthep Cape tu... belum jatuh lagi. Nasib baik dia percaya.

Staf tu cakap, if you accident you pay. No insurance. Cakap pun tak berlapik hahahah... takut kita nak bawa lelaju.

Kadar sewa kenderaan di Koh Samui
Motorsikal - disewakan THB200 sehari. Di hujung Chaweng Beach area Grand Centara ada yang offer THB150. Lagi besar cc lagi tinggi kadarnya.

Kereta - kadar sewa bermula THB500 sehari tapi kebanyakannya 1200 baht self drive.


Ke manakah arah roda motorku berputar?
Dari Chaweng ke Bo Phut ke Maenam ke Hua Thanon ke Lamai ke Chaweng semula.

Pergh... pukul 12 tengahari baru nak start bergerak, rentung atas motor! Aku dah plan kalau boleh nak skip je tempat-tempat yang aku dah pergi tahun lepas kecuali restoran halal, memang nak makan di restoran berlainan setiap hari disamping nak fahamkan jalan ke semua restoran halal tu untuk update ke dalam blogpost tahun lepas. Masa ride tu sempat mengimbau tarikan pelancongan yang pernah dilawati. Dalam hati owh... kat sini.

Jauh betul rasa berjalan tengah panas terik tu.. dari Bangrak ke Plai Laem. Di Plai Laen ni ada orang islam juga, kebetulan waktu dah nak masuk waktu solat Jumaat ternampaklah seorang lelaki menuju ke masjid/surau kecil di situ.

Pantai Plai Laem, Koh Samui. Kawasan pantai ni pepetang baru meriah. Ada juga masyarakat muslim di sini.

Fisherman's Village night market bermula 5 petang. Dalam hati rasa tak nak singgah tapi kalau tersinggah juga nak gi massage dan beli pulut mangga. Jadi aku pun lalu je lah sehingga sampai ke simpang tiga. Ke kiri Hua Thanon fishing village (jauhhhh lagi) ke kanan Nathon. Aku pilih kanan. Saje je. Rempit punya rempit sampailah ke Lomprayah Pier tempat orang naik bot ikut day trip ke pulau-pulau. Takde seorang pelancong pun masa tu sebab bukan waktu bertolak.
 
Lomprayah Pier

Bergerak lagi.

Singgah sebentar mengambil gambar di Chinatown Maenam. Hari siang ni sunyi sepi semua restoran. Omputeh je duduk sini. Kemudian ternampak signboard ke Tan Rua Waterfalls. Apalagi... jom lah kita!

Aku pun teruslah bergerak ikut papan tanda, rasa jauh betul padahal 4.1km je. Tak boleh agak berapa jauh masa tu sebab tak beli data internet. Memula lalu kampung, ke depan lagi ada resort kecil... bila ke dalam lagi rumah pun jarang jarang kemudian hutan lepas tu ada rumah orang have have, Maenam Heights. Harganya bermula daripada 4.5 juta baht, sempat lagi tu hahahah... cantik ah, rumah di kawasan tanah tinggi boleh nampak laut lagi. Selepas banglo tu bukit semakin menegak dan masa inilah aku bersyukur sangat pilih motor dengan tayar baru. Berdebar weh turun bukit curam. Dalam perjalanan tu adalah berselisih dengan beberapa kenderaan. Kalau nak ke sini eloklah pergi dengan kawan dan bukan di waktu lewat petang.

Chinatown Maenam

Kenderaan perlu di parkir di kaki bukit kemudian kita kena trekking 250 meter untuk sampai ke air terjun Tan Rua. Bila jumpa Tree Bridge Coffee jalan lagi ke depan.

Tree Bridge Coffee

Inilah dia air terjunnya.... kecewalah juga. Ingatkan air mencurah turun seperti Wachirapan Waterfalls di Chiang Mai tu. Mungkin waktu ni musim panas kot sebab tu airnya tak melimpah-ruah.



Aku pun lepaklah sekejap di Tree Bridge Coffee sambil melihat pelancong yang sedang seronok ber-zipline. Tak boleh bising time tu sebab ada satu european team sedang shoot video.

Keluar dari sana aku jalan lagi, main masuk je jalan-jalan kecil di sana. Rupanya dalam jalan kecil tu ada kawasan yang agak meriah seperti di Pavilion Samui Villas & Resort di Lamai. Masuk lorong sini keluar di jalan sana membawa ke jalan besar. Dalam hati, ok ok dah faham. 

Selepas lunch, dekat 3.30pm baru lunch berkeriuk dah perut ni, singgah di Valentine Stone dan Lamai View Point. Kat Velentine Stone tu ambil gambar je lah, batu cinta tu lebih kepada mitos je. 




Kemudian naik ke Lamai View Point. Kita diberi pilihan samada hendak berjalan kaki atau naik cable car. Staf tu kata 10 minit je berjalan kaki.... memanglah tapi boleh tahan tegak jugalah tangga tu. Jadi aku bayar THB100 je as an entrance fee. Akhirnya sampai juga ke atas setelah beberapa kali minta nyawa hehehe... mak dah lama tak exercise.

Di atas tu ada cafe dan pelantar untuk melihat pemandangan sebahagian Koh Samui. Indah!



Dah dekat pukul 5.30 petang tapi aku tak solat lagi... maka merempitlah ke Hua Thanon Fishing Village. 

Oleh sebab selepas tu lalu lagi di Fisherman's Village di Bo Phut aku singgah jugalah walaupun pada aslnya tak nak repeat tempat sama. Kali ni ada busker, sedap lagu-lagu yang dimainkan. Pasar malam setiap Jumaat ni penuh dengan pelancong eropah. Pelancong Thai hanyalah dua orang perempuan yang aku jumpa di Masjid Nurul Ihsan petang tadi. 

Aku cuma beli mango sticky rice di Fisherman's Village. Kali ini mangganya manis tapi dia bagi setengah biji mangga je dengan harga THB150. Ada satu restoran tu jual bapak mahal sampai THB190! Bila berpatah balik ke entrace terjumpa satu gerai jual 70 baht jer. Lupakan je lah, dah beli. Malam sebelum tu beli juga mangga pulut di depan Central Festival Chaweng. Yang menjual tu mukanya masam, mangga masam, santan pun masam. Hampeh.... gigih aku habiskan mangga masam tu 😠

Minyak motor banyak lagi so I continued to Chaweng nak ambil spectacles yang ditempah di Top Charoen semalam. Setakat hari ini aku berpuas hati sebab power cermin mata tu tak buat mata aku stress, takde rasa pening lansung.

Okaylah takde apa yang nak ditengok dah kot lalu aku pun start motor dan balik tapi ehh... ternampak pula Outlet Village Samui hahaha.... singgah! Aku dah bercongak-congak duit dalam purse dah ni tapi takde yang berkenan... mungkin disebabkan baru je ke Freeport A Famosa Melaka time cuti sekolah hari tu. Kecil je Outlet Village ni, lagi best cuci mata di Central Festival. Di belakangnya ada satu hotel/resort yang nampak best. The rental starts from THB4000 satu malam.

Dah dah... balik! mata dah merah, tangan yang terdedah pun dah rentung. Nanti kita sambung lagi.

Dua inci dari kesan jam tu terdedah sebab lengan baju tertarik ke atas masa riding. Kawasan tu selain dah bertukar warna, dia jadi bengkak sikit dan berbintik gatal. Harapnya sembuhlah selepas sapu krim.
























Koh Samui Revisited | Enjoying Day 1

Koh Samui Revisited | Enjoying Day 1 | Pergi sana lagi? Best sangat ke? Someone asked. Iye wak... nak pergi berehat je. Double "me time" kononnya sebab bulan lepas tak ambil me time pun. Maid pun boleh dapat cuti seminggu sekali inikan pula aku, supermak.


Seperti biasa malam sebelumnya tidur lambat lagi, dua jam je. Selepas menonton rancangan Soal Rakyat featuring Tun Daim Zainudin sibuk dengan media sosial pula, apa ntah yang aku cari. Tun Daim is so influential in Malaysia's economy dulu dan kini. Orang bijak dan berkuasa masih yakin dengan kebolehannya walaupun beliau nampak uzur sekarang so kalau ada komen netizen yang acah acah bagus tu pi stalk fb mereka, owh... baru 20an. Ingatkan pernah melalui zaman Malaysia sedang berusaha memperkenalkan diri di mata dunia, time economic and property bubbles dulu, time investor jatuh terduduk bila shares jatuh tak naik naik. Sembang kemain. 


Kisah di boarding gate
Aku suka perhatikan orang. Di mana-mana, jika ramai orang Asia terutamanya dari China, omputeh ni (of course not all kan) akan buat muka bila mereka datang berdekatan. Jika warga China - and the omputehs sometimes mistakenly anggap Korean/Singaporean/Cina Malaysia pun dari China- duduk sebelah mereka akan bangun. Mendengus bila orang tersebut bising.

Tapi.... jika tiada Chinese tourists di situ. Ewah ewah siap baring sampai guna empat seat dan bersembang kuat tak pedulikan orang sekeliling. Biasanya golongan muda belia yang begini, jenis yang baru keluar dari tempurung.  Pelancong China tu datang bawa duit beribu, menginap di hotel empat lima bintang, sanggup beratur panjang di designer boutique walhal nilai matawang lebih rendah daripada Malaysia dan eropah. Golongan muda yang rasa bangsa dia lebih bagus daripada orang lain travel bajet je dan segelintirnya takde adab, kaki hulur ke seat depanlah... ke head rest lah.. marah kalau orang lain lambat tapi kalau dia lambat bermacam alasan dia bagi, not feeling well because last night I bla bla bla... menyampah!

Melalut dah makcik. Geram tengok perangai depa kat boarding room hari tu sampaikan omputehs yang otai pun menjeling kurang senang. Passenger lain pun sama.


Ke Koh Samui dengan Bangkok Air
Sekarang Air Asia tidak turun di Surat Thani lagi. Pernah dengar ucapan Tan Sri Rafidah dalam AGM Air Asia X dulu, mereka memang buat feasibility studies dan buka laluan baru yang dijangka membawa keuntungan and they give one year to see how lah. In private sector of course kena buat pertimbangan bisnes, lainlah gomen... kena jaga kepentingan pihak sekian sekian. But, I donno la why they stop Surat Thani.

Bangkok Airways declare themselves as boutique airlines. Flight 9.15 pagi tu direct ke Koh Samui, yang lain transit di Bangkok. Sejam setengah dah sampai dan dapat makan nasi juga 😋 onboard.

Aku suka Samui International Airport, bebetul suasana di pulau. Dah pernah ceritakan dulu di sini. Since resort tu dekat dengan airport aku naik shuttle bus ke Chaweng, baru THB130. Kalau naik teksi kena THB500 padahal resort tu dekat benau. Eh, kita exit je airport tu kan ada sebuah kedai buat "robot" saiz giant daripada besi .

Yang kelakarnya aku tersilap resort, dengan confident bagi tahu driver tu ke Chaba Samui berdasarkan emel yang awal. Bila nak register dia kata my reservation di Chaba Cabana Beach Resort hehe... nasib baik mereka ada shuttle bus.

Design airport seperti huge hut. 


Oh ye, Chaba Cabana ni di utara Chaweng tak jauh dari airport dan area sini kebanyakannya high end accomodations. Di sinilah Anantara, Casa de Mar, Sala, Amari, Novotel dan lain-lain lagi. Air lautnya SANGAT JERNIH dan pantainya landai sehingga 100 meter ke depan. Samui International Hospital pun dekat je. Ada satu Family Mart tu lain macam, tak tahulah harganya sama ke tidak dengan Family Mart yang lain. Jaraknya ke Chaweng city centre 1.4km sahaja dan di tengah bandar tu pun ada banyak hotel/resort yang bagus. Lagi happening duduk tengah pekan tu. 

Luckily aku dibenarkan terus masuk ke bilik pagi tu. Ambil gambar sana sini, lepak di tepi pantai tu sekejap lepas duduk dalam bilik. Omputeh tu boleh baca buku lagi tengah panas... aku takdelah hahah... Santai sungguhlah trip kali ini. Takde fix itinerary cuma plan nak ke Angthong Marine Park hari ketiga nanti.


Resort yang dilitupi kehijauan. Walaupun di tepi pantai rasa nyaman je terutama bila angin bertiup.


Air laut yang sangat jernih. Petang baru air pasang, boleh mandi tepi tangga je.

Oleh kerana resort ni ada provide free shuttle bus ke Chaweng town pukul 12 tengahari dan 4 petang so I grabbed peluang ni. Dah redup sikit baru keluar. Pukul 4 Thailand bersamaan 5 petang di Malaysia. Lapaq dah oih.

Aku makan di food court Chaweng Night Market. Sabai Sabai Restaurant je menjual makanan halal di situ. Aku order phad thai tapi rasanya hmm..so so je. Frust den. Phad Thai 80 baht, mango juice 70 baht. Selesai. Lepas tu aku bantai ukur jalan dari hujung ke hujung. Teringat pula cermin mata yang patah malam sebelumnya (time tu lah dia nak terpijak) jadi pi tempah satu, esok siap. Murah jugalah frame+glass THB950 je. Kalau MYR tak seteruk ini lagilah murah. Sebenarnya nak tukar frame je tapi mahallah pun walaupun diskaun 50% .

So, first day ni takde apalah yang menarik sangat. Setakat survey pakej ke Angthong National Marine Park dan lepak kat pantai je. Rata rata offer THB1600 untuk pakej sehari dari 7.30 pagi hingga 5 petang tak termasuk park fee THB300 untuk dewasa dan THB150 kanak-kanak. Pakej ni includes kayaking, snorkelling and sight seeing so kalau murah daripada tu mungkin dia buang berkayak tu. Boleh pilih nak naik bot besar atau speed boat. Pakej popular lain ke Koh Tao dan Koh Nang Yuan selain Namuang Safari Park dan zipline. Survey je dulu tapi tak confirm lagi.

Central Festival Samui

Dah tak tahu apa nak buat lepas tu aku pun tunggu songteaw di seberang food court tadi balik ke resort. Tambangnya 50 baht saje.... teksi caj 200 baht untuk 1.4km.... tercekik mak, tapi teksi sini baru belaka.

Bersambung.














Nak makan seafood sedap dan murah di Koh Samui? Sila cari di Hua Thanon Fishing Village

Nak makan seafood sedap dan murah di Koh Samui? Sila cari di Hua Thanon Fishing Village | Satu komuniti harmoni di perkampungan nelayan di selatan Koh Samui menjadi tempat untuk melihat Koh Samui yang asli, tidak terjejas dek pembangunan berlebihan. Ianya hanya sepelaungan dari Hin Ta & Hin Yai 😀 dan utara pusat pelancongan Laem Set yang terkenal dengan Samui Aquarium, Tiger Zoo dan Butterfly Garden.



Image result for hua thanon fishing village
Sumber di sini.

Kampung ini agak laid back. Sepertimana namanya, majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan. Oleh itu pasar basahnya menjadi lokasi untuk mendapatkan bekalan ikan mentah segar yang didaratkan nelayan di sana. Ia juga dirujuk sebagai "Koh Samui muslim village" kerana ramai penduduk beragama Islam berada di sini. Masih banyak rumah kayu di sini.

Bermula dengan kedatangan warga Pattani sejak 120 tahun lalu, ia juga dihuni oleh penduduk asal Thai beragama Buddha tanpa sebarang prejudis diantara satu sama lain. Kini terdapat kira-kira 600 kaum muslimin dan muslimat di kampung ini. Malah masjid terbesar di Koh Samui, Masjid Nurul Ihsaan, juga di sini.


Masjid Nurul Ihsaan, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui.


Pelajar tahfiz dan jemmah masjid sedang berehat di hadapan Masjid Nurul Ihsaan, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Salurkan saham akhirat anda untuk membantu anak yatim di sini ke akaun Gongtunpeardekkampra di Government Savings Bank 0201-1-503896-8.

Bot-bot nelayan yang dipanggil kolae dengan warna terang kelihatan sangat menarik tersusun di tebing sungai bila nelayan tidak ke laut. Walau bagaimana kuat mereka bekerja, hasil tangkapan hanyalah untuk pasaran tempatan. Ye lah kan, tak terlawan bot besar yang serba lengkap. Ikan-ikan yang didaratkan ada juga yang dikeringkan menjadi ikan masin. Di Tak Bai (juga selatan Thailand) ada sejenis ikan masin yang mahai bukan main yang takde di tempat lain. Harga ikan masin pun mahal macam emas 😡 

Image result for hua thanon fishing village
Sumber di sini.

Ramai yang berniaga makanan halal. Sewa je motor untuk ke sini.





Di mana restoran makanan laut yang sedap di Hua Thanon tu?

Salah satunya yang ini,  Malayu Samuiseafood & Resort.


Malayu Samuiseafood & Resort, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui, Thailand

Tengoklah saiz udang tu. Paling bawah, kensom.

Oleh kerana berhampiran penempatan manusia dan menjadi lokasi pendaratan hasilan laut, pantai di sini tidaklah secantik pantai di Chaweng, Lamai dan Bo Phut. Namun tarikan utama ke kampung ini ialah pengalaman melihat Koh Samui yang asal dan kedai makanan halal yang banyak dengan harga murah berbanding di bandar. Kalau sewa motor/kereta pergilah ke sini cari sarapan pagi. Penginapan bajet juga ada di sini.


Untuk bacaan lain:

Resort yang best di Koh Samui ada di sini.
Restoran makanan halal pun banyak. Sila baca di sini.

Thailand | Pakej Percutian Muslim 4 Hari 3 Malam Ke Koh Samui

Thailand | Pakej 4 Hari 3 Malam Ke Koh Samui | Kali ni aku feeling mak datin gi travel guna pakej pelancongan. Perjalanan lebih terurus dan cepat segala-galanya maklumlah chauffered everywhere gituh.



Koh Samui panaih lit lit sama seperti Malaysia waktu itu. Koh Samui yang menghadap Teluk Thai merupakan pulau ketiga terbesar di Thailand dan terkenal sebagai tempat untuk merehatkan minda serta badan. Ia lebih tenang berbanding Pattaya yang menggila. 

Pulau ini tidak terlalu besar dan hanya memerlukan dua jam untuk mengelilinginya. Dimana-manapun akan kelihatan pelancong asing. Empat hari di sini belum ada sekalipun terserempak dengan orang Melayu, orang Cina ada tetapi tak pasti dari Malaysia atau Singapura. Kebanyakan resort quite high end jugalah mungkin sebab target pasaran mereka pelancong dari Eropah. Kebanyakan bilik/villa mempunyai dua bath shower, dengan satu di luar bilik jenis tidak berbumbung. Tuk tuk tiada, hanya songteaw. Musim sibuknya bulan Julai dan Ogos.

Yang lebih menariknya di mana pun kita menginap kita tetap akan dapat berada berdekatan pantai. Jalan utamanya pun dibina berhampiran pantai.

Ada dua buah tempat yang dikatakan lokasi menyelam bertaraf dunia- Koh Tao dan Koh Nang Yuan.

Untuk pengetahuan, Koh Samui bukan seperti Krabi yang mudah untuk mendapatkan makanan halal. Ada kedai makan tetapi tidak setempat. Nanti ai buat blog post tentang makanan halal ni, pastu lepas baca hangpa pakat share dengan kengkawan ya. Benda elok kongsikan bersama. Jika menginap di resort ekslusif kena naik motor atau sewa kereta untuk mendapatkan makanan halal tetapi Anantara Lawana Koh Samui Resort menawarkan makanan halal sepenuhnya. Chef Aziz yang menjadi tukang masaknya. Sedap baq hang! Yes, it's not very cheap but dalam percutian jimat kita selalunya ada satu satu bahagian yang kita tak berjimat kan? Ada orang menginap di hotel bajet sebab nak shopping sakan, ada orang sewa motor sebab nak peruntukan duit untuk makan besar... begitulah.

Walaupun Koh Samui tidak terlalu ramai penduduk tetapi mereka ada sekurang-kurangnya lima buah pusat membeli-belah dengan yang terbesar dan banyak jenama hebat ialah Central Festival. Besar butik Uniqlo di sini. Sekolah antarabangsa pun ada.


Lapangan Terbang Koh Samui Yang Unik
Since aku naik #BangkokAirways jadi kapal terbang mendarat terus di pulau cantik ni. Airport ini adalah milik Bangkok Airways dan menjadi hub mereka selain Bangkok dan Pattaya. Airport kecil tetapi unik, terasa benar berada di pulau dengan 'hut' dan imigresen yang open concept. Takdelah rigid terkurung dalam bangunan. Eh, memang menariklah!

Jika kita naik airlines lain dari Malaysia kita akan turun di Suratthani, naik bas sejam setengah kemudian naik feri sejam setengah lagi lepas tu naik van ke hotel. Lama kan? tapi best sebenarnya jika ada banyak masa. The journey itself yang akan meninggalkan banyak kenangan. Kalau setakat bercuti empat hari rasanya lebih sesuai terus mendarat di Koh Samui sebab kalau turun di Suratthani International Airport kita dah habiskan dua hari masa perjalanan. Dua jam sebelum fly kan dah kena berada di airport walaupun penerbangan hanya 1 jam 20 minit.

Koh Samui Airport ada ruang solat yang kecil di sebelah domestic departure gate. Nak makan, minum, last minute shopping pun boleh. International departure di Gate 6 & 7. Gate 7 ada air-cond, minuman dan snek. Airport untuk Asia's Boutique Airline kan... Janganlah nak datang lambat sangat terutama di hujung minggu, ramai pelancong beratur termasuk di duty free shop. Disebabkan airport ini open concept jadi di imigresen tu tiada air-cond ya, hanya kipas sahaja (at departure). Cair mekap.

 Samui International Airport

Kadar tambang teksi dan minibus dari Samui International Airport.


Pakej Percutian Muslim 4 hari 3 malam di Koh Samui
Percutian kali ini adalah luxury vacation tetapi boleh saja diubahsuai mengikut kehendak memasing. Mix and match ikut nafsu sendiri.

Hari Pertama
Kami naik flight 9.15 pagi dan tiba di Koh Samui 9.55 pagi. Adjust jam sesiap sebab waktunya lewat sejam dari Malaysia. Cabin crew akan edarkan muslim food dulu kepada sesiapa yang request.

Sesampainya di sana kami check-in dan makan tengahari di Pavilion Samui Villas & Resort. Ya Allah best nya bilik, siap ada jakuzi di luar. Aku ada buat video amatur, sila lihat di instagram ai. Aku nak berendam tapi tapi cuaklah pula kot kot orang atas mengintai hehee..

Selepas solat segala kami melawat Namuang Safari untuk menunggang gajah dan menonton pertunjukan binatang. Masa yang diperuntukkan agak singkat jadi kami tak dapat ke safari dan air terjun naik 4x4.

Acara seterusnya melawat perkampungan muslim di Hua Thanon. Persinggahan pertama ialah Masjid Nurulihsan di Samui Muslim Village. Masjid yang menjadi pusat pertemuan masyarakat islam di Koh Samui ini juga mempunyai pelajar tahfiz pelbagai peringkat umur. Ada yang dah jadi huffaz. Masjid ini juga sedang direnovasi jadi kalau nak menderma kepada masjid atau penuntut ilmu tu sangat dialu-lukan.

Makan malam di Melayu Samui Seafood Restaurant di kampung tersebut dengan hidangan makanan laut asli Thai. Sedapnya... lahai! Sayangnya aku tak minat ketam jadi aku makan seekor bapak ketam je. Yang minat tu kendurilah mereka, ada yang pak imam siap kopekkan...kemain. Resipi dah ditanya, nanti aku nak cuba masak kensom tu.


Pavilion Samui Villas and Resort

Namuang Safari.

Namuang Safari

Masjid Nurulihsan di Samui Muslim Village, Hua Thanon.

Hari Kedua
Selepas check-out kami ke kem Muai Thai, Superpro Samui. Kem latihan ini dilengkapi peralatan berkualiti dengan tenaga pengajar terlatih dan banyak pengalaman bertanding muai Thai. Mereka juga menyediakan penginapan untuk para pelajar. Masa kami datang tu pelajarnya semua omputehs. Dapatlah juga belajar teknik menendang dari coach tu.

Superpro Samui. Ada berani?

Tengahari tu kami makan di Anantara Lawana Koh Samui Resort. Appetizer saja empat jenis, main course tiga jenis lauk kalau tak silap. Semua sedap! Chef Aziz (warga Malaysia) yang masak. Dah 10 tahun beliau tinggal di Koh Samui. Bersesuian dengan jiwalah kot tu yang lama bertahan tinggal di pulau.

Perut dah kenyang tapi aturcara seterusnya Thai massage di Cyan Spa. Bilik yang kami dapat tu menghadap Teluk Thai. Kerlasss!

Cyan Spa, Bo Phut.

Hari ini check-in di Al's Resort, resort berbintang tiga di Chaweng yang berdekatan dengan Central Festival shopping mall. Berjalan kaki je ke Hard Rock Cafe uols. Kabaret pun ada, "tulen bang!", katanya 😉.

Petang tu kami mengejar matahari terbenam di atas bot mewah Kia Ora Katamaran. Sepatutnya naik di jeti lain tetapi disebabkan angin kuat kami terpaksa naik di depan Hansar Samui Resort, Bo Phut. Gloomy je petang tu tak nampak pun sun setting tetapi pengalaman belayar tu sangat syok. Aku memang suka naik bot, asalkan bot tu tak berhenti di tengah laut. Teroleng-oleng dilambung ombak tu yang tak tahan. Pakej sunset selama dua jam ini temasuk minuman dan snek.

Kia Ora Catamaran.

Sekejapnya pelayaran tu... kami pun 'mengukur jalan' di Bo Phut Fishermen Wharf. Setiap Jumaat ada pasar malam di sini bermula jam enam petang. Banyak juga local products yang berkenan di hati... itulah bahayanya kalau membeli-belah sewaktu perut tak berapa kosong, otak jadi kurang waras berbelanja.


Hari Ketiga
Kami check-out lagi... ai tak kisah sebab semua resort ada tarikan tersendiri. Boleh dikatakan semua resort besar di Koh Samui memberikan layanan terbaik.dan ada dua swimming pool.

Aktiviti hari ini, snorkelling!

Di mana? Di Koh Taen dan Koh Madsum.

Snorkelling di Koh Taen.

Pemandangan di hadapan The Treasure, Koh Madsum, 30 minit dengan bot dari Koh Samui.

Masa snorkelling di Koh Tien tu aku dok mengikut ikan warna biru yang bermuncung panjang hingga terkeluar dari kumpulan "come back here, madam!" hahaha... Mana aku sedar sebab muka di dalam air je. Lagipun masa berendam di tepi bot tu takde pula kumpulan ikan biru yang besar. Banyak juga karang laut di sini.

Lunch di The Treasure, Koh Madsum. Sedap betul tomyam. Bilik-bilik di pulau ini memang sesuai sangat untuk pasangan yang nak honeymoon/hornymoon 😚😚😚. Sunyi dan ekslusif.

Selepas itu kami ke Grandfather and Grandmother Rock. Lucah betullah bentuk batu-batu tu 😃😃. Kat blog post lain nanti ai tunjuk gambar bebanyak ye... gigih ai panjat batu pakai skirt kembang untuk mendapatkan angle yang lebih menarik hahah... jangan kecam aku sudahlah. Anggap je for educational purposes only. Kalau pergi dengan geng mereng mau 'dahsyat' gambar kami. Yang ini gambar ayu je lah huhuu...

Penis?

Hari ini mendaftar masuk pula di Fair House Beach Resort. Resort ini luas di kawasan berbukit. Masuk bilik naik buggy. Nak ke lobi naik buggy. Pemalas betul nak berjalan kaki.

Malam ni jalan-jalan di Lamai Walking Street dan menonton persembahan bunga api di pantai depan Ark Bar. Meriah beb!


Hari Keempat
Last day, check-out pukul 10 pagi kemudian buat inspection di dua resort. Memang resort di Koh Samui ni best best lah. Jangan risau, hotel sederhana dan bajet pun ada tapi kali ini kami nak fokuskan kepada pelancongan mewah sebab ramai orang Asia yang kaya.

Selepas lunch di Nara Buri Resort kami diberi peluang berbelanja lagi di Big C. Aku beli bahan memasak seperti pes tomyam dan phad Thai. Fish sauce ada berbagai jenama dan saiz pun dibeli juga. Kalau kita nak masak sendiri pun tak susah sebab banyak produk halal di Thailand ni.


Tamatlah percutian empat hari tersebut. Nanti ai ceritakan satu persatu dengan lebih detail dan lebih banyak gambar. For now feel free untuk melihat gambar dan video di www.instagram.com/ruggedmom . Bye!


Tips mandi di swimming pool
Kalau tak suka ramai orang, mandi pepagi. Bukannya sejuk sangat pun... para omputehs tu tak masuk pool pepagi, mereka lebih suka mandi sewaktu matahari terik maklumlah di negara mereka tu sejuk memanjang. Kulit kita ni dah sedia eksotik takde pasallah nak bagi rentung pulak 😁.


Tempah bilik di AGODA.. mudah, cepat dan confirm dapat.






Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free