Koh Samui Revisited | Enjoying Day 1



Koh Samui Revisited | Enjoying Day 1 | Pergi sana lagi? Best sangat ke? Someone asked. Iye wak... nak pergi berehat je. Double "me time" kononnya sebab bulan lepas tak ambil me time pun. Maid pun boleh dapat cuti seminggu sekali inikan pula aku, supermak.


Seperti biasa malam sebelumnya tidur lambat lagi, dua jam je. Selepas menonton rancangan Soal Rakyat featuring Tun Daim Zainudin sibuk dengan media sosial pula, apa ntah yang aku cari. Tun Daim is so influential in Malaysia's economy dulu dan kini. Orang bijak dan berkuasa masih yakin dengan kebolehannya walaupun beliau nampak uzur sekarang so kalau ada komen politik netizen  mencaci maki yang acah acah bagus tu pi stalk fb mereka, owh... baru 20an. Ingatkan pernah melalui zaman Malaysia sedang berusaha memperkenalkan diri di mata dunia, time economic and property bubbles dulu, time investor jatuh terduduk bila shares jatuh tak naik naik. Sembang kemain. 


Kisah di boarding gate
Aku suka perhatikan orang. Di mana-mana, jika ramai orang Asia terutamanya dari China, omputeh ni (of course not all kan) akan buat muka bila mereka datang berdekatan. Jika warga China - and the omputehs sometimes mistakenly anggap Korean/Singaporean/Cina Malaysia pun dari China- duduk sebelah mereka akan bangun. Mendengus bila orang tersebut bising.

Tapi.... jika tiada Chinese tourists di situ ewah ewah siap baring sampai guna empat seat dan bersembang kuat tak pedulikan orang sekeliling. Biasanya golongan muda belia yang begini, jenis yang baru keluar dari tempurung.  Pelancong China tu datang bawa duit beribu, menginap di hotel empat lima bintang, sanggup beratur panjang di designer boutique walhal nilai matawang lebih rendah daripada Malaysia dan eropah. Golongan muda yang rasa bangsa dia lebih bagus daripada orang lain travel bajet je dan segelintirnya takde adab, kaki hulur ke seat depanlah... ke head rest lah.. marah kalau orang lain lambat tapi kalau dia lambat bermacam alasan dia bagi, not feeling well because last night I bla bla bla... menyampah!

Melalut dah makcik. Geram tengok perangai depa kat boarding room hari tu sampaikan omputehs yang otai pun menjeling kurang senang. Passenger lain pun sama.


Ke Koh Samui dengan Bangkok Air
Sekarang Air Asia tidak turun di Surat Thani lagi. Pernah dengar ucapan Tan Sri Rafidah dalam AGM Air Asia X dulu, mereka memang buat feasibility studies dan buka laluan baru yang dijangka membawa keuntungan and they give one year to see how lah. In private sector of course kena buat pertimbangan bisnes, lainlah gomen... kena jaga kepentingan pihak sekian sekian. But, I donno la why they stop Surat Thani.

Bangkok Airways declare themselves as boutique airlines. Flight 9.15 pagi tu direct ke Koh Samui, yang lain transit di Bangkok. Sejam setengah dah sampai dan dapat makan nasi juga 😋 onboard.

Aku suka Samui International Airport, bebetul suasana di pulau. Dah pernah ceritakan dulu di sini. Since resort tu dekat dengan airport aku naik shuttle bus ke Chaweng, baru THB130. Kalau naik teksi kena THB500 padahal resort tu dekat benau. Eh, kita exit je airport tu kan ada sebuah kedai buat "robot" saiz giant daripada besi .

Yang kelakarnya aku tersilap resort, dengan confident bagi tahu driver tu ke Chaba Samui berdasarkan emel yang awal. Bila nak register dia kata my reservation di Chaba Cabana Beach Resort hehe... nasib baik mereka ada shuttle bus.

Design airport seperti huge hut. 


Oh ye, Chaba Cabana ni di utara Chaweng tak jauh dari airport dan area sini kebanyakannya high end accomodations. Di sinilah Anantara, Casa de Mar, Sala, Amari, Novotel dan lain-lain lagi. Air lautnya SANGAT JERNIH dan pantainya landai sehingga 100 meter ke depan. Ada satu Family Mart tu lain macam, tak tahulah harganya sama ke tidak dengan Family Mart yang lain. Jaraknya ke Chaweng city centre 1.4km sahaja dan di tengah bandar tu pun ada banyak hotel/resort yang bagus. Lagi happening duduk tengah pekan tu. 

Luckily aku dibenarkan terus masuk ke bilik pagi tu. Ambil gambar sana sini, lepak di tepi pantai tu sekejap lepas duduk dalam bilik. Omputeh tu boleh baca buku lagi tengah panas... aku takdelah hahah... Santai sungguhlah trip kali ini. Takde fix itinerary cuma plan nak ke Angthong Marine Park hari ketiga nanti.


Resort yang dilitupi kehijauan. Walaupun di tepi pantai rasa nyaman je terutama bila angin bertiup.


Air laut yang sangat jernih. Petang baru air pasang, boleh mandi tepi tangga je.

Oleh kerana resort ni ada provide free shuttle bus ke Chaweng town pukul 12 tengahari dan 4 petang so I grabbed peluang ni. Dah redup sikit baru keluar. Pukul 4 Thailand bersamaan 5 petang di Malaysia. Lapaq dah oih.

Aku makan di food court Chaweng Night Market. Sabai Sabai Restaurant je menjual makanan halal di situ. Aku order phad thai tapi rasanya hmm..so so je. Frust den. Phad Thai 80 baht, mango juice 70 baht. Selesai. Lepas tu aku bantai ukur jalan dari hujung ke hujung. Teringat pula cermin mata yang patah malam sebelumnya (time tu lah dia nak terpijak) jadi pi tempah satu, esok siap. Murah jugalah frame+glass THB950 je. Kalau MYR tak seteruk ini lagilah murah. Sebenarnya nak tukar frame je tapi mahallah pun walaupun diskaun 50% .

So, first day ni takde apalah yang menarik sangat. Setakat survey pakej ke Angthong National Marine Park dan lepak kat pantai je. Rata rata offer THB1600 untuk pakej sehari dari 7.30 pagi hingga 5 petang tak termasuk park fee THB300 untuk dewasa dan THB150 kanak-kanak. Pakej ni includes kayaking, snorkelling and sight seeing so kalau murah daripada tu mungkin dia buang berkayak tu. Boleh pilih nak naik bot besar atau speed boat. Pakej popular lain ke Koh Tao dan Koh Nang Yuan selain Namuang Safari Park dan zipline. Survey je dulu tapi tak confirm lagi.

Central Festival Samui

Dah tak tahu apa nak buat lepas tu aku pun tunggu songteaw di seberang food court tadi balik ke resort. Tambangnya 50 baht saje.... teksi caj 200 baht untuk 1.4km.... tercekik mak, tapi teksi sini baru belaka.

Bersambung.














Post a Comment

0 Comments