Selangor | Paragliding di Bukit Jugra

Paragliding di Bukit Jugra | The day when I receive an invitation from Tourism Selangor to join basic paragliding course, omg... suka sangat! Tahun 2017 memang tahun yang best kerana dapat terlibat dalam sukan/aktiviti yang agak ekstrim.

Kursus bakal dijalankan di Banting. Aku pula tak pernah ke Banting self-drive. Agak sukar jika menggunakan public transport dari Seremban, harus ke KL dulu dan ambil bas lain yang pastinya tak boleh sampai on time. Jadi guna waze tapi memanjang lost signal so terpaksalah tiga kali buat u-turn. Susah juga nak sampai ke Banting ni 😞...


Apakah Sukan Paragliding (Paralayang)?
Paralayang ialah satu sukan rekreasi tanpa motor yang bersifat ringan, boleh terbang bebas, diterbangkan menggunakan kaki. Menurut peminatnya, sukan ini yang paling mudah kerana hanya perlukan harness, sayap, angin dan keberanian. Sekali dah terbang berkali-kali menunggu peluang untuk terbang lagi. Sungguh! Macam senang sangat je kan? Padahal kalau takde angin atau angin tak bagus mereputlah menunggu atas bukit tu.

Lokasi terbangnya mestilah mempunyai ketinggian tertentu manakala tempat mendarat pula di kawasan lapang yang rata. Boleh juga mendarat di tempat take-off jika sudah mahir. Kalau tak mahir lagi jangan memandai karang kena panggil JPAM pulak nak menyungkit kau dari dalam gaung 😃

Peralatannya mudah dibawa kemana-mana kerana beratnya hanyalah diantara 5-20kg (payung, harness, topi keledar dan instrument). Tempoh belajar juga singkat hanya satu hingga dua minggu sebelum dibenarkan terbang solo.

Notice To Air Man (NOTAM) dikeluarkan oleh DCA supaya hebahan boleh dibuat agar kapal terbang terbang lebih tinggi daripada jarak yang dipohon persatuan. Contohnya paragliders nak terbang dengan ketinggian 2000 kaki dengan jarak 5km radius jadi kapal terbang perlu menjauh dari jarak tersebut. Kalau nak buat cross country pula perlu memohon kebenaran daripada pihak berkuasa kedua-dua negeri. So far tiada kebenaran diberikan.

Aktiviti meluncur di udara ini termasuk dalam sukan ekstrem yang memerlukan lesen dan kebenaran khas daripada pihak berwajib. Jadi sebagai pengenalan kami dibawa terbang oleh juruterbang bertauliah (tandem flight) selama 10 minit setiap orang. Kita ni jadi penumpang sajalah, duduk sambil selfie gituh. Tugas penumpang hanyalah berlari bila diarahkan.


Di mana lokasi penerbangan paragliding?
Menurut MCAF ada berbelas lokasi paragliding di Malaysia tetapi di Selangor Bukit Jugra yang paling popular. Ia telah digunakan lebih kurang 10 tahun. Di Kuala Kubu Baru boleh juga tetapi untuk naik ke departure point kita perlu menggunakan kenderaan 4WD. Kat Bukit Jugra tu naik kereta sedan pun lepas.

Inilah sebahagian lokasi penerbangan paragliding di setiap negeri. Ada lagi sebenarnya.... kat Langkawi pun ada.

Perlis- di Bukit Tebu
Kedah- Gunung Jerai
Negeri Sembilan- Pedas, Bukit Penarikan di Bahau
Melaka - Bukit Adtec
Johor- Gunung Ledang, Pontian/Tenggera
Pahang- Bukit Redan
Terengganu- Bukit Bubus
Kelantan- Bukit Panau, Gunung ... (tak ingat nama, sultan punya)
Sabah- Ranau, Tamparuli, Kokol (di Ranau boleh terbang setiap hari)


Kursus Asas Paragliding
Sukan ini telah dimulakan di Malaysia sejak tahun 1970an lagi. Sebenarnya terdapat 400 orang paragliders berdaftar di Malaysia tetapi yang aktif tidak lebih daripada 200 orang. Di manakah anda paragliders?? Mengapa menghilang?

Majlis Daerah Kuala Langat yang memiliki persatuan paragliding sendiri telah mengambil inisiatif mengadakan Kursus Asas Paragliding Tahap 1 Bersama Media & Bloggers selama dua hari satu malam di Banting. Jadual kursus ni sangat padat dan telah diubahsuai waktunya berdasarkan tiupan angin. Bila Jabatan Kajicuaca kata petang tu ada angin makan kami pun dibawa naik ke Bukit Jugra for tandem flight experience. Elok aku pakai harness angin pun mati. Adoilaa... menyesal tak terbang masa kat Surabaya hari tu.

Dalam kelas kami diajar teori mengenai paragliding, undang-undang penerbangan, peralatan dan konsep penerbangan, practical glider inflation and deflation, paragliding meteorology effect dan latihan praktikal di lapangan. Tak larat nak buka mata belajar teori sampai pukul 10 malam huhuu... harap harap jika berpeluang belajar ke tahap dua aku masih ingat apakebende Riser A B C D tu.

Para instruktor dan pegawai daripada Majlis Daerah Kuala Langat yang menganjurkan Kursus Asas Paragliding di Bukit Jugra.

Kelas teori- mengenal parts glider.

Bertuahnya kami kerana Kolonel Dr Elisa Manueke yang telah memenangi World Paragliding Champion menjadi salah seorang penceramah dan jurulatih selain En Nor Hisham, En Zain Azrull dan En Abdul Rahman, seorang jurulatih professional yang mana anaknya pernah terbang secara solo ketika berumur 9 tahun. 9 tahun uolssss....! Berani ke melepaskan anak kita camtu? Aku kagum dengan parents begini.

Menurut En Abdul Rahman kita hanya perlu upgrade glider dari A ke B ke C dan ke D bila cukup flying hours. Tiga anak lelaki beliau terlibat dalam sukan ekstrim ini yang mana dua orang bertugas di Ranau. Jadi kalau anda tak tahu nak buat apa dah bila di Kundasang, Sabah, try paragliding pula. Hari-hari boleh terbang kerana sentiasa berangin. Kalau tak silap kosnya RM180 seorang. Setahu aku famili Sabah Tourism Director pun aktif dalam paragliding ni.

Latihan praktikal pertama kami di padang awam Morib. Berat dow glider tu... 20kg. Group kami dapat glider lama bersaiz L, tak padan dengan ketinggian dan berat kami. Tersemban ke tanah jugalah sewaktu berlari untuk menaikkan glider tu hahaha... jatuh macam nangka busuk. Seronok belajar praktikal ni, lebih mudah untuk faham.

**Jika belajar terbang di luar negara, sila daftarkan di salah satu persatuan negeri di sini pula.


Pastikan anda mematuhi ciri-ciri keselamatan sebelum terbang:
1) Pakai helmet terlebih dahulu
2) Seeloknya pakai but yang menutup buku lali untuk mengelakkan kecederaan
3) Parachute WAJIB ADA. Ekau jangan memain jang, enam bulan sekali kena check, talian hayat tu.
4) Pastikan 5 points yang dipasang pada harness dipakai dengan kemas.
5) Jangan risau, glider untuk student tak sama dengan yang digunakan professional dalam pertandingan. Untuk belajar 70% cirinya lebih kepada safety.

Peringatan: 
Glider jangan dibiarkan terjemur di tengah panas bila tak digunakan kerana UV lights boleh menyebabkan glider poros (mereput). Jaga elok elok oihhh... harganya RM15-20 ribu satu set, kena import pula tu.

Dalam perjalanan naik ke Bukit Jugra for tandem flights. Orang lain duduk dalam kereta kami duduk di belakang heheh... 

En Abdul Rahman sedang menurunkan ilmu. Otai ni.

Tali kecil yang kuat menampung bebanan. Kami juga diajar cara menyusun tali dan melipat glider dengan betul. Setiap tali halus di sayap tu mampu menampung berat sehingga 50kg setiap satu manakala gliders (sayap) boleh digunakan sehingga 300 jam penerbangan.


Menunggu giliran. Paragliding macam memancing juga, reput menunggu hahahaa..

Abam ni berlatih di Langkawi. Hari tersebut merupakan kali pertama dia terbang solo. Syok sangat kot, lepas dia terbang dia terbang lagi... lepas tu dia lagi.. amboi!

Gaya seorang world champion, Kolonel Dr Elisa Manueke, doktor gigi di TNI.

Dr Elisa dalam cocoon.

Paragliders akan mendarat di padang tu.

Peraturan Penerbangan Paragliding
1) Peserta/individu mestilah mempunyai lesen penerbangan yang sah daripada MAF.
2) Dipantau sepenuhnya oleh instruktor persatuan atau kelab yang berdaftar dengan MSAF.
3) Persatuan/kelab akan memohon NOTAM (Notice To Air Man) daripada DCA sebelum penerbangan di sesuatu tempat.
4) Pengesahan NOTAM daripada DCA.

Aktiviti/kebenaran penerbangan dikawalselia oleh MSAF dan DCA.


Soalan saya, adakah paragliding satu aktiviti yang selamat?
90% selamat!

Walau bagaimanapun seperti juga pelaburan, ia tetap mempunyai risiko iaitu 5% dari alam dan 5% lagi kesilapan manusia. So do it right all the time. Prepare and check bebetul sewaktu di bawah kerana ketika di awangan TIDAK BOLEH berlaku sebarang kesilapan. But 90% is much more bigger than 10%, right? Tanyalah apa sahaja kemusykilan sewaktu belajar walaupun bunyinya seperti dumb question. Jangan dengar hok molek jah.

Marilah kita galakkan anak-anak dan remaja serta belia untuk terlibat dalam sukan yang berpotensi untuk menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa. Sudah sudahlah mengunakan perkataan jangan, tak usah, tak payah, bahaya dan sewaktu dengannya. Enough lah. The world is so beautiful, why limit ourselves kepada kegiatan biasa sahaja? Betul tak? As long as its legal buat sajalah jika berpeluang. Jika bahaya mohon didoakan agar selamat, bukan dihalang.

Paling penting, JANGAN TERBANG BERSENDIRIAN. Make sure pergi dengan kawan dan mendapat kebenaran terlebih dahulu.


Ada yang berminat nak belajar paragliding?
Jangan malu jangan segan sila hubungi En Nor Hisham di Majlis Daerah Kuala Langat. Kita perlukan pelapis yang ramai sebelum boleh dikatakan sebagai satu industri. Who knows satu hari nanti anda akan mewakili Malaysia di kejohanan dunia?


It's simple to fly but it takes a lifetime to master. You'll need to be fit, adventurous and have free time, but you don't need to be fearless. Caution and careful risk management are traits of good pilots.- Pilot Otai MDKL


***
Adik-adik yang dah tak dapat main skateboard kat Melaka tu pi belajar paragliding kat Bukit Adtec pula dik. Minta 'mereka' sponsor sebagai gantirugi kemusnahan. Mereka perlukan undi anda tu 😈😈😈







Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free