Thailand | 7 Resort Mewah Di Koh Samui Untuk Percutian Yang Mengasyikkan

Thailand | 7 Resort Mewah Di Koh Samui Untuk Percutian Yang Mengasyikkan | Sudah pasti ramai yang mengidamkan percutian yang hebat seperti digambarkan oleh para selebriti di media sosial. Bilik berhawa dingin yang luas, katil bertiang tinggi, makanan enak hingga ke bilik, personal butler service dan kolam renang peribadi. Dapat pula menginap di award winning resort di tepi pantai.. makaihhh rasa tak nak balik.

Mungkin anda sudah lama teringin untuk berjalan berdua dengan pasangan di tepi pantai dalam suasana romantik sambil mengimbau saat baru menginjak alam perkahwinan dulu sebelum wujudnya waris-waris yang menggangu tidur 😅😡. Atau, anda sesaja bercadang membawa keluarga bercuti bagi mengeratkan lagi kasih sayang. Atau, nak suggest kat bos sebagai lokasi untuk company's family day. Ya, sekarang banyak syarikat yang reward pekerja dengan percutian ke luar negara.

Tapi lokasi pilihannya di mana?

Ai cadangkan ke Koh Samui. Kenapa Koh Samui?

Pulau ini tak berapa besar, jalanraya di pesisir pantai, air lautnya jernih dan mudah untuk mendapatkan makanan halal. 

Koh Samui ialah sebuah pulau di Teluk Thai yang boleh diakses menggunakan jalan laut dan udara. Jika menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur perlu turun di Surat Thani. Lebih mudah menggunakan perkhidmatan Bangkok Airways kerana pesawat mendarat di Samui International Airport yang terletak dalam Koh Samui itu sendiri. Lebih menjimatkan masa, hanya satu jam 20 minit dari KLIA. 

Di sini ai cadangkan (yang tidak mengikut turutan) beberapa resort yang sangat bagus untuk merehatkan badan dan minda.

1) Fair House Beach Resort & Hotel
Chaweangnoi Beach
124-124/1-2 Moo 3,
Bophut, Koh Samui
Surat Thani 84320, Thailand
Phone: +66 77 422 255

Bilik aku agak jauh dari lobi. Boleh je berjalan tapi malaslah pula, nak simpan lemak untuk musim dingin akan datang katanya hehe... so to/fr lobi ai naik buggy. 

Ada dua swimming pool tetapi ai cuma mandi yang dekat dengan kafe tu, boleh terus berjalan di pantai. Satu lagi kena panjat bukit. Masa tak banyak, eh.. sebenarnya syok baring kat bilik selepas berjalan ke sana sini.




Boleh menonton tv sambil berendam dalam bath tub.



Aku pos video ni kat insta di pagi Isnin dengan caption. "eh, kerja ke?" hahaha...


2) Pavilion Samui Villas & Resort
124/24 Moo 3, Lamai
Samui, Surathani Thailand
GPS: 9.46803,100.047797
Tel: +66 (0) 77 424 030
Faks: +66 (0) 77 424 029
Email: info@pavilionsamui.com

Ni kat entrance. Cantiknya orkid...



Bilik aku ada jakuzzi di luar bilik tetapi terlindung daripada pandangan orang lain. Villa ini ofkoslah lagi best.


Resort ekslusif dengan hiasan Thai kontemporari di Lamai Beach. Review dan lebih banyak gambar di blog post yang lalu.


3) Al's Resort
200 Moo 2, Chaweng Beach
Bophut, Koh Samui
Suratthani 84320
Thailand
T: 66-77-300561-2, 231650
F: 66-77 231654, 230756
E: info@alsgroupsamui.com



Resort ini lokasinya strategik di tengah bandar, staf yang accomodating dan ada airport shuttle. Walaupun di bandar tapi tak terganggu dengan kebisingan. Nak shopping pun senang. Makanan halal pun mudah didapati.

Review dan lebih banyak gambar di blog post yang lalu.


4) Celes Beachfront Resort
175/3 Moo1 Thaveerat-Pakdee Road
Bophut, Koh Samui, 
Surat Thani 84320, Thailand
Phone: +66 77 425 494

Celes Beachfront Resort ialah sebuah resort percutian yang baru sahaja dirasmikan pembukaannya Julai lalu. Ai belum sempat merasa tidur di tilam empuknya lagi. Ia dibawah syarikat yang sama menguruskan Koh Samui Villa di sebelahnya tetapi yang itu 3 bintang, Celes 5 bintang.

Setiap bilik dan villa lengkap dengan kemudahan terkini seperti sistem hiburan dan wifi untuk keselesaan tetamu. 

Lebih menariknya, ada beachfront outdoor saltwater pool, fitness center, spa dan restoran yang juga menghadap laut. Nak belajar memasak, berkayak atau Muay Thai pun bisa diatur. Ada free kids activites, melukis atas kelapa.

Hanya 15 minit dari lapangan terbang, Celes menawarkan 68 bilik dan empat villa. Biliknya luas beb.


Privacy terjamin!

Tengok tu...ada tempat melepak dalam kolam.


Bilik air menghadap swimming pool. Pool pula tepi laut (bukan semua).


5) The Treasure
118 Moo 2 T.Taling-Ngam
Koh Madsum, A. Koh-Samui
Surathani, 84140, Thailand
Tel : +66 (0) 77 953 009, +66 (0) 81 8955095
rm@thetreasureresorts.com

Resort ini setengah jam menaiki bot dari Koh Samui. Air laut di depannya sangat jernih, banyak karang dan very private. Tiada ATM, restoran makanan segera, kereta, shopping mall dan rumah persendirian. Sesuai sangat untuk honeymoon. Uols bila hornymoon bukan nak jumpa orang sangat kan? 😍😍😛 Katil king size lagi dia bagi.

Setiap 37 villa di The Treasure are free-standing individual units, setiap satu ada balkoni atau ruang santai dengan lengkapan berkualiti tinggi. Resort ini banyak menggunakan kayu jati dan buluh yang dijadikan pagar pemisah.

The Treasure boleh menguruskan pengangkutan pergi balik ke Samui International Airport menggunakan bot panjang atau speed boat. Ai ada share video resort ini di insta. Di website The Treasure pun ada (bukan video ai lah).

Jom tengok gambar sebahagian villa di The Treasure! 



Bilik yang ini pelik jugalah pada aku sebab bath tub dokek tongah rumah. Tak biaso jumpo camni doh... bilik aku di InterContinental Hua Hin dulu bath tub di belakang katil dan diletakkan penghadang. 




Nak villa yang bagaimana?

Public pool ada dua. Yang ini di depan restoran.

 


6) Chaba Cabana Beach Resort
160 Bophut, Bo Put
Ko Samui District
Surat Thani 84320, Thailand
Phone: +66 77 231 350

Apa daya tarikan utama di resort ini?? Lautnya ! Sangat jernih airnya.



Air laut sejernih air paip!


Ada shuttle ke Chaba Samui Resort, a sister resort to Chaba Cabana. ⇓



7) Nora Buri Samui Resort & Spa
111, Moo 5, Chaweng Beach
Bophut, Koh Samui
Suratthani, 84320, Thailand
Phone: +66 77 913 555

Resort ini sangat besar dan menarik, siap ada jalan underground untuk melintas ke villa di beach side. Mereka ada ballroom yang besar untuk berapa ribu eh..er..lupa dah, tapi ramailah boleh masuk. Rasanya yang terbesar di Koh Samui. Sesuailah untuk buat konferens dan seminar.



Jika membawa kanak-kanak, kita perlu menandatangani "surat pelepasan tanggungjawab" jika menginap di bilik ini sebab ada pool di depan. Hebatnya, aircond akan tertutup secara otomatik sekiranya pintu dibuka. Smart invention untuk menjimatkan tenaga.


Seperti kebanyakan resort lain, dua shower di sediakan di setiap villa. Dalam bilik dan open air.

Dalam banyak banyak resort yang aku pergi rasanya swimming pool Nora Buri lah yang paling best.

Best kan semua resort ni? Bagaimana untuk membuat tempahan? 

Di Agoda lah. Klik sini.

Nak tahu di mana restoran makanan halal di Koh Samui? Jemput baca di sini.
Jika nak tahu apa aktiviti yang boleh dibuat selama 4 hari 3 malam di Koh Samui, baca di sini pula.

Enjoy!!



2 comments

Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your blog posts.
In any case I'll be subscribing to your rss
feed and I hope you write again soon!

Cantiknya pemandangan... sejuk mata tengok... dapat idea nak berjalan ke Thailand nanti.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free