Recents in Beach

header ads

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BUKIT BROGA

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BUKIT BROGA

18 OGOS 2017, Semenyih - Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang bermesyuarat pada 17 Ogos 2017 telah mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu semua aktiviti rekreasi dan pelancongan di Bukit Broga bermula hari ini.

Sumber di sini. 

Ini adalah berikutan kerja-kerja mitigasi atau pemulihan tanah yang akan dilaksanakan di Bukit Broga dengan serta-merta oleh Jabatan Kerja Raya akibat daripada aktiviti penerokaan di atas tanah kerajaan Bukit Broga seluas 143 ekar.

“ Langkah penutupan ini adalah perlu bagi memastikan keselamatan pengunjung yang mendaki dan berekreasi di Bukit Broga serta mengelakkan sebarang perkara tidak diingini yang mungkin berlaku akibat daripada penerokaan tanah berkenaan ” kata Yang Berhormat Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor ketika ditemui di sesi sidang media Penutupan Sementara Bukit Broga hari ini.

Tempoh penutupan sementara ini tertakluk kepada penyiapan kerja-kerja yang akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Ianya melibatkan kerja-kerja pembinaan longkang tanah bagi pengaliran air hujan supaya tidak menjejaskan cerun secara langsung.

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga turut mempertimbangkan cadangan menaik taraf rizab jalan sedia ada ke Bukit Broga dan kerja-kerja pengindahan lanskap yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) juga bersetuju supaya Bukit Broga ini diwartakan sebagai Kawasan Rekreasi di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Dalam masa yang sama, lot tanah Sakai Land Fruit Trees dan Sakai Dusun yang jumlah keseluruhan kawasannya seluas 31 ekar seperti catatan pada Pelan Akui 18083 dikekalkan bagi kegunaan komuniti Orang Asal.

Keputusan penutupan ini diambil setelah mempertimbangkan semua pilihan cadangan yang ada selaras dengan Inisiatif Peduli Rakyat Selangor, dan merupakan solusi terbaik buat semua pihak.


Tourism Selangor
Tourism Selangor adalah agensi pelancongan dibawah naungan kerajaan negeri yang diberikan mandat untuk meningkatkan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Selangor. Beberapa inisiatif diambil – kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan, roadshow dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ahmad Nazri Tashriq Rahmat                                   Fatimah Husna Razalee
Pengurus Komunikasi Korporat                                    Eksekutif Komunikasi Korporat
No.Tel: 016-207 6951                                                   No.Tel: 016-207 6957
Emel: nazri@tourismselangor.my                                Emel: husna@tourismselangor.my


Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.