A mother, traveller and photographer.

ruggedmom.com

ruggedmom.com

Bandung - Hampir tewas di Pasar Baru

Seperti dijangka hahahaa........... dengan alasan nak raya. eh eh.... hari ni 1st poso tau!

Hari ni dah nak balik. Sekojap bona di Bandung ni. Antara sebab aku sewa by Moritz sebab cuma 5 minit ke Pasar Baru. Ada tempat lain yang lebih molek tapi memandangkan hari ni puasa aku nak yang terdekat dan senang nak dihantar pulang barang dagangan kalau jari-jemari dah naik lenguh menyangkut beg plastik. Makcik aku puas hati benar membeli-belah nampaknya.......... sampai yang tak masuk dek akal pun dibawa pulang hehehhheh.......

the kerepeks

Baju dari kain stretch ni kalu mu ada klepets baik toksah pakai, buruks. Dalam pada aku dok fikir gitu sekali tu ada makcik.... ya makcik okay- pakai kayak gini tapi jenis ketat punya..... adoyaiiiiii

Kat lantai 2- Kain cotton viscose dah naik harga

Ko tengok, depa dok bentang tikar atas jalan raya, tu yang bertambah macet tu

Makcik aku kata adventure betul jalan dengan ko ni.

Ini jalan belakang pasar yang kami lalu untuk pulang ke hotel. Tersangkut sampai pejalan kaki pun tak boleh lalu. Aku rasa jalan ni sehala tapi jadi 2 hala lepas tu ada gerai di tepi, ada pulak lori buat kerja-kerja loading unloading....... sudahnya pejalan kaki ikut lori ni sebab belah tepi memang dah tak boleh lalu.

Handbags and clutch ni kalau dah masuk Tangs @ Mid valley harussss harganya bermula rm89.90. Kat sini dijual kat kaki lima je yang. Tahan betul kaki pakcik tu mencangkung jahit manik.

Aku beli tudung kat sini, tempat jualan borong. Kalau nak tahu tempatnya kena bawak aku ke sinilah. Budak pompuan tu tak mau bagi kurang tapi cowok tu bagi. Dia supervisor agaknya.

Aku memang fokus membeli kali ni cuma yang bersangkut-paut dengan Aidilfitri aje. Baju anak dah dapat kat FO dan Paris Van Java. Kat Pasar Baru ni aku beli kebaya sulam tangan sebab ada yang mengirim......... kirim air liur. Untuk aku, nak cari selendang je. Rata-rata orang jual 35k, lebih murah dari Medan. Kat Medan tu ada ke nak dijualnya sampai rm16, kat KL pun boleh dapat 10-12 ringgit. Aku beli yang murah-murah jek janji tutup. Dah jadi mak orang ni priority dah ke lain. Akhirnya dapat jugak selendang tu laaaagiii murah daripada jangkaan tapi bukan di PB lah. Makcik aku menyesal tak ikut. Nak bagi tau tempat pun aku tak reti, aku jalan sorang-sorang jek lepas hantar makcik aku balik hotel. Dalam masa sejam sebelum bertolak ke airport tu dan sedang berpuasa lagi, jauh jugak aku menapak mencari tudung, button bagde dan Justin Bieber (dvd der). Singgit lapan kupang je dvd nyer. Naik bosan aku tengok JB hari-hari kat rumah ni.......... selagi tak calar kena hadaplah nampaknya.


Di mana-man pun ada orang berjualan. Langsir yang warna kuning tu dari kain cotton yang elok, tak panas tapi tak pulak aku tanyakan harganya. Takde intention nak membeli. Inner tudung pun singgit lapan kupang jek= 5k rph

Sungguh bermakna

eh eh abah den mano? Dia dah balik awal ke hotel dengan alasan kakinya sakit. Takdenya lelaki nak bersidai kat tempat jual kain lama-lamaaa....... 
ermm dah takde cerita lagi rasanya, dah habis dah kot? Gambar banyak tapi nak upload banyak-banyak huiiyaii.... nangis den.




7 Komentar untuk "Bandung - Hampir tewas di Pasar Baru"

kedai yg jual tudung borong tu lantai baper sis?

hi anon!

owh bukan di PB kat belah kedai luar don't know the name dlm 8 mins walk from PB

salam ruggedmom...saya dn kwn nk g bndung 4-6 mac ni...tp stay kt cihampelas..sis stay mana??rasa2 memang jauh dr pb..saya mmng plan nk biz kain pn..tp byk ckp pb mahal dr luar...ada st tmpat nm cigondewah..peniaga2 pb amik kain dr situ..agak2 kain sulam kebaya paling murah berapa boleh dpt di pb?

wkslm.
Chihampelas tu jauh sikit kena naik teksi/angkot. PB tempat tumpuan sbb tu brg byk yg dah naik harga. Hr tu saya beli 4 org kebaya sulam tangan dpt rm53/59 spsg...rasanya 53 lah. Shawl cotton yg tak tebal tu yg org dok jual 12 ringgit pun dpt jauuhhhhh murah hehehheh...

tudung tu berapa ye? area mana agaknye? sebab sy pernah pergi pb..beli tudung bahagian depan tu..yg ni area mane ye?

alamatnya tak tahu tapi tak jauh dr PB. Kalau kita mengadap kedai tu Jl Asia Afrika di seblh kiri

Back To Top