Showing posts with label krabi. Show all posts
Showing posts with label krabi. Show all posts

Than Bok Khorani National Park, Krabi | Destinasi eko-pelancongan di selatan Thailand

Destinasi eko-pelancongan di selatan Thailand | Than Bok Khorani National Park ialah sebuah hutan hujan di lembah diantara gunung. Keluasan keseluruhannya melebihi 100km yang terbahagi kepada beberapa bahagian kebanyakannya di Ao Luek, Bor Thor and Laem Sak, sekitar 46km dari bandar Krabi. Ia merupakan kawasan yang kaya dengan air terjun, hutan paya bakau dan trekking routes serta termasuk 23 buah pulau di luar pantai Krabi. Yes, this place is a go-to destination for eco-tourism just 28km from Ao Nang Beach!


Kami tiba di sana pukul tiga petang untuk melihat beberapa Bienalle yang dibina di sana. Beinnale tu scattered, ada yang di permukaan air ada di atas tanah di dalam hutan lipur tu. Owh..kalau rasa nak terkucil buang sesiap di luar sana sebab di dalam tiada tandas.

Sepanjang trail untuk melihat contemporary arts tu, kami melalui kawasan hijau dan air terjun. Masa sampai tu pun dah rasa alangkah seronoknya kalau dapat mandi-manda. Bulan Disember musim hujan jadi mungkin air kolam yang keruh disebabkan keadaan cuaca. Ada orang review kalau musim panas airnya turqoise atau hijau. Wahh... kena datang lagi ke ni?

Air terjunnya tidaklah tinggi.. kekecik je tapi air sungai deras. Kena berhati-hati bila mandi walaupun ada life guard. Bukan semua tempat dibenarkan mandi ya. Sewaktu kami di situ ada sekumpulan bebudak sedang mandi siap terjun tiruk bagai, seronok tengok mereka. Rupanya pelajar dari sekolah cacat pendengaran. Sabar je cikgu menunggu heheh... outing/reward kot. Kalau anak aku ada ni mau buat janji palsu... janji mandi sejam jadi dua jam.

Berjalan di dalam hutan lipur Than Bok Khorani National Park tak sampai sejam pun... then if you want to see Buddha dalam gua boleh naik ke satu tempat tu. Itu pun kalau hang bukan jenis claustrophobia. 




Biennale





Tauke majalah sedang pay respect to Buddha. Kalau you tidak takutkan kawasan gelap dan sempit bolehlah cuba masuk. Dekat je ni.

Harga tiket masuk ke Than Bok Khorani National Park.

Bagaimana untuk ke Than Bok Khorani National Park?
Kalau naik kereta/motor dari Ao Nang atau Khlong Muang, ikut arah ke Phuket. Kemudian ikut arah ke Pee Hua Toh Cave.

Sebelum masuk tu eok juga masuk ke Information Centre untuk memahami serba sedikit mengenai hutan lipur ini.


Than Bok Khorani National Park
2/2, Moo 2
Ao Luk-Laem Sak Road
Tambon Ao Luek Tai
Krabi 81110, Thailand

Waktu operasi : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail | The unseen nature trail in Krabi

Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail | The unseen nature trail in Krabi | On our last day in Krabi kami naik bot ke sungai belajar cara menangkap ikan secara tradisional. Actually cara untuk mengenalpasti lubuk ikan daripada nelayan tempatan.


Caranya ialah dengan meletakkan pendayung di atas telinga, kat tengorak tu... bila dengar blup blup blup berkemungkinan besar ada karang yang menjadi tempat ikan berkampung. Maka tebarlah jala di situ. Pemandangan menuju ke muara sungai sangatlah cantik, dengan hutan bakaunya... hijau dan nyaman. Sunyi je. Kadang kala ternampak burung putih biru berterbangan atau hinggap di dahan. Kami tak lama di sana sebab air dah nak surut bimbang bot tak boleh balik ke jeti.

Bersebelahan jeti ialah pintu masuk ke Tha Pom Klong Song Nam atau Tha Pom Canal atau "Two Water Canal". Dinamakan sedemikian kerana ianya sangat istimewa dimana pertembungan antara air tawar yang jernih dan air laut. Di hulunya berwarna hijau jernih yang sangat cantik manakala air tawar yang bercampur dengan laut agak keruh dan berlapis di antara keduanya. Jernihnya air tu kan sampai boleh nampak tanah. Salah satu kejaiban alam di Thailand.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi," - Surah Al Furqan Ayat 53.

"Dia mengalirkan dua lautan (air tawar dan air masin) (kemudian) keduanya bertemu. Di antara keduanya (ada) pemisah (yang) tidak keduanya melampaui" -Ar-Rahmaan : 19-20

Tempat ini agak jauh jugalah. Ianya 30km dari Ao Nang Beach dan 27km dari Krabi town tetapi yang bagusnya ia tidak sibuk, so far it's a non-touristy. Memang best lepak kat sini sambil minum kopi. Parkir pun luas dan ada deretan kedai di situ. Gajus yang dijual di sini lebih murah daripada yang dah dipek cantik di souvenir shop. Toilet pun ada, sekali masuk 5 baht. Tiket masuknya ke Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail 50 baht dewasa and 30 baht kanak-kanak for non-Thais. Parking 20 baht.




Wooden boardwalk yang disediakan dalam hutan paya bakau tu sejauh 1.2km. Taklah jauh mana pun dan tak panas... berjalan dalam bulatanlah kiranya. Sambil berjalan tu pandanglah atas bawah, ada pokok yang dilabel, ada pula pokok yang hidup dalam air. Cantiknya lahaiii...

Gambar-gambar yang cantik di bawah ni di sebelah dalam so hang kena jalan sampai habis la noo... biasalah yang indah selalu tersembunyi sket macam dara sunti zaman dahulu kala. Masa nampak pemandangan yang sangat indah tu kan tak henti henti mulut terkumat-kamit dengan subhanallah.. masyaAllah... cantiknya....! Tak banyak review di blog atau travel forum mengenai Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail, yang ramai orang pergi ke Emerald Pool.

Gambar amatur ini sebenarnya tak menggambarkan keadaan sebenar pun, kena datang dan tengok dengan mata kepala sendiri.



Pokok epal katanya..






Berjalan lagi ke depan, ada satu tempat seperti jeti mini. Ada orang kata boleh berkenu tapi aku tak nampak pun waktu tu or even bayang kenu pun takde. Ada yang komen boleh mandi di tempat tertentu tapi yang pastinya ada tanda larangan mandi-manda. Denda 500 baht! Syoknya kat sini... boleh duduk rendam kaki sambil tengok ikan berenang.... haishh.. kalaulah boleh lepak lama sikit hari tu.

Datanglah bila matahari dah meninggi sikit baru nampak jelas kejernihan air di situ. Aduh.. akar pokok pun sangat cantik di mata aku. Kalau uols datang sini pakailah baju warna selain hijau ye. Tempat yang cantik gilos untuk fotografi. Semakin berdekatan kita ke pintu masuk/keluar kejernihan airnya akan semakin hilang.


Sebelum ke pintu keluar ada sebuah kafe tempat kita menghilangkan lapar dahaga. Muslim penjualnya jadi makanlah tanpa was was.


Kat sini pun merokok haram. Kat Malaysia tak payah nak kecoh sangatlah eh.

So I think it's time for us to explore more in Krabi. Kita cari tempat yang cantik yang unik yang non-touristy pula. Takkan tiga kali kau pergi Krabi dok ulang tempat yang sama je kan? Bosan ler..


Bagaimana untuk ke Tha Pom Klong Song Nam?
Dari Krabi town, sila ikut Krabi-Ao Luk Road (Highway 4) kemudian selepas lima kilometer belok kanan di persimpangan Pom Khao Khram. Ikut je lah papan tanda jalan di situ. If ngak ngerti, book tour je senang. 


Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail
Moo 2, Baan Nongjit
Khao Khram Sub-district
Muang DistrictKrabi 81000, Thailand

Kenangan di Ao Nang & Krabi 2018 | Tempat baru, tarikan terbaharu

Assalamualaikum and hi... kita berjumpa lagi di tahun baru 2019. Dah belek gambar di Thailand Biennale Krabi 2018? Baru sebahagian arca je tu.. tu pun dah berpeluh ketiak berjalan dari satu tempat ke satu tempat.



Meh nak cerita sikit fasal trip Disember lepas.

Flight aku 7.15 pagi dari KLIA2. Oleh sebab bas pertama pun pukul 5.30 pagi jadi malam sebelum aku dah lepak di airport. Kenapa tak suruh husband hantar? emm... it's okay, I'm fine. Aku tak tahulah nak sedih ke gembira bila sehari sebelum fly baru dapat tahu bahawasanya dengan credit card yang ada aku entitled to lepak at Plaza Premium Lounge. Rasanya dah lebih lima tahun upgraded to that card tapi baru kali ni baru tahu selepas bertanya a few questions kepada Customer Service. Sesia aku ke hulu ke hilir at both airports selama ni merempat merata hahah.... Tu lah.. lain kali ambil tahu, kak! 😤

Okaylah, lepas ni sesiapa nak cari aku three hours before departure silalah cari at that the above location. Sedap oi dapat tambah kalori tanpa sekatan.


Breakfast yang sedap
Kami dibawa oleh team Anda Krabi Seatour sarapan pagi di restoran Bang Nara di Maharaj Luangphor Road, Krabi. Pergh sedap gileh nasi kerabunya, daging goreng pun empuk. Kawan kata banana pancake manis yakmat boleh potong kaki 😁. Di hujungnya ada Abubak Halal Dim Sum yang ketika itu penuh dengan pelanggan. Puas hatilah makan di sini. In case you stay in Krabi town silalah sarapan di sini. Sedap bangat!


Kenapa Krabi dipilih sebagai lokasi pertama Biennale di Thailand?
Sebenarnya pihak berkuasa tempatan Krabi dan Tourism Authority Thailand berusaha membawa pelancong untuk explore kawasan lain daripada yang sudah sedia ada terkenal. Balik balik ke tempat yang sama je kan padahal banyak tempat lain yang tak kurang menarik. Krabi dan Huan Hin diiktiraf oleh United Nation sebagai dua daerah with low carbon emission di Thailand. Sihat badan duduk sini.

300 Biennale diadakan di dunia dan yang Thailand ni dianjurkan oleh pihak kerajaan. Setiap dua tahun Biennale akan diubah tempat dengan edisi keduanya dijadualkan akan berlansung di Nakhon Ratchasima di Korat pada Disember 2020.


Briefing on Thailand Biennale Krabi 2018
Sesi penerangan bermula agak lewat kerana ada participants yang belum sampai. Kami yang dari KL ada direct flight tetapi yang dari Laos dan satu dua negara lagi kena transit di Bangkok dulu. Sementara tu kami dijamu dengan makanan tradisi Thai, tak ingat namanya tapi ada dua jenis. Yang satu tu sama je macam kueh Melayu. Perut dah penuh tak mampu dah nak sumbat lagi so aku minum je.

Di Andaman Cultural Village tu ada Beads Museum dan bilik pameran lukisan. Kalau uol berada di Krabi atau Ao Nang elok juga ke sana untuk melihat hasil tangan penggiat seni tempatan dan antarabangsa.

Di hadapan Andaman Cultural Centre

Bahan pameran di Beads Museum


Antara lukisan yang dipamerkan di Andaman Cultural Centre, Krabi.

Duduk di dalam dewan sejuk nau, jadi aku keluar masuk je keje sementara menunggu majlis bermula. Bila Dr Vichaya Win Mukdamanee baru dalam 20 minit buat briefing tentang contemporary arts yang berlansung dari 2 November 2018 hingga 28 Februari 2019, mata pun ya rabbi punyalah mengantuk. Sangat! Tersengguk-sengguk, dahlah duduk depan sekali. Tulis nota pun ke atas ke bawah hahaha.... sorry Doc. Orang sebelah mengancam nak post gambar tak semenggah tu so aku pun berazam untuk blackmail dia dengan gambar yang tak senonoh juga sejak dari tu 😈. Hey... don't underestimate my paparazziness 😁

Walaupun belum terasa lapar tetapi kami telah dibawa makan tengahari di Paknam Krabi Seafood, di tepi sungai depan Front Bay Hotel, Krabi. Makanan di restoran ni memang sedap benau tapi mak ooi kemain podeh. Aku orang Nismilan pun kenot tahan. Yang berkulit putih tu bertukar merah sampai ke telinga hehehe... aku cakap kat jorno sebelah, tu lah you suka tulis memacam kan dah kena cili mulut! 😁😁

Selepas itu bermulalah acara memperkenalkan arca di bandar Krabi dan pulau-pulau.

Yang pertama, Two Visions of the Wonderland ↠ 'ulat' kat tanah ↠ pokok ara (banyan tree) yang ditanam terbalik. 10 batang pokok ara ni diambil dari rumah orang kerana ia boleh mnyebabkan keretakan struktur. Ia kemudiaannya cuba ditanam terbalik sebagai salah satu Biennale di tepian sungai. Eh, hidup pula dia siap bertunas lagi. Aku agak asalkan akarnya mendapat air pokok akan terus hidup.

Arca seterusnya boleh lihat di sini, kesemuanya di tepi sungai bandar Krabi.

Selepas itu kami naik bot ke Khao Khanabnaam. Di Khao Khanabnam ada sebuah gua yang yang menempatkan Biennale. Uniknya ia berbentuk rangka manusia bersaiz gergasi yang dibelit ular gergasi juga. Macam sama dengan hadith mengenai azab orang yang meninggalkan solat. Dari manalah agaknya Tu Wei-Cheng mendapat idea? Harap harap jika arca ini kekal di sini sehingga 20 30 tahun lagi ia tidaklah disalahertikan sebagai rangka sebenar.

Di hujung sana Khao Khanabnam


Port selfie...

Di dalam gua di Khao Khanabnam ini ada satu Biennale "Giant Ruins"

Di dalam gua di Khao Khanabnam ini ada satu Biennale "Giant Ruins"
 
Di dalam gua di Khao Khanabnam ini ada satu Biennale "Giant Ruins" (gambar kiri) dan gambar kanan kengkonon artifak yang dijumpai. Patung Hello Kitty pun ada heheheh..

Selepas itu ke Koh Klang Muslim Village, perkampungan muslim di Krabi. Kampung ni betul betul bertentangan dengan bandar Krabi. Kalau naik bot penumpang ke seberang tu murah je tapi kalau ambil pakej setengah hari touring pulau naik tuktuk 500 baht for four pax. Masih murahlah untuk empat orang.

Di pulau tu, kami dibawa minum di sebuah rumah kampung yang macam resort, siap ada swimming pool di depan rumah. Cantik rumahnya walaupun bersaiz sederhana, sempatlah aku berangan nak ada rumah begini juga (berangan itu percuma). Orang have have juga ni... ada bela kambing, ayam, ikan dan ada ladang getah. Mereka juga ada kedai makan di tebing sungai tempat bot berlabuh.

Bersih dan tenang je kampung ni...

Naik bot ke Koh Klang muslim village.



Kemudian kami naik tuktuk semula ke Khlong Prasong melihat Buffalo Football Field sebelum ke Klong Lu Beach pula. Di pantai ada dua Biennale, sambil mendengar penerangan dari pihak penganjur kami dapatlah melihat sunset. Cantiknya sunset at Klong Lu Beach!




Cukuplah tiga gambar matahari terbenam ni walaupun ada banyak lagi... sangat cantik kan?  Walaupun belum berapa menjadi lagi gambar sunset aku. 

Tamat dah lawatan hari pertama so Malaysian group checked-in di Phetpailin Hotel. Bilik okay, restorannya diiktiraf halal malah di sekitarnya banyak kedai makan muslim dan ada 7E juga cuma kena berjalan 15 minit ke bandar. Tiada pusat urut berhampirannya... sedih. Line internet krik krik... tak tahulah disebabkan hujan ke apa. Sempatlah aku tengok final game Malaysia vs Thailand dalam AFF Suzuki 2018 kat sini.

Esoknya... ke pantai dan laut, best!

Biennale di Khlong Muang Pier sangat menarik! Kreatif sungguhlah Felix Blume yang merekacipta benda tu. Buluh yang dibuang ruas tengahnya dan ada lubang kecil dicacakkan di laut. Ia akan mengeluarkan bunyi bila air berombak. Nak dengar dengan lebih jelas datanglah sewaktu air pasang, duduk dendiam kat situ.

Nun di hujung jeti Biennale by Felix Blume.

Then we went to Ao Nang Beach. Di sebelah patung ikan todak yang jadi landmark pantai Ao Nang tu ada satu Biennale yang diberi tajuk "About the hiding of the giant jellyfish" dimana walking path dipasang dengan sejenis spring/getah yang membuatkannya tenggelam apabila dipijak. Berjalan lagi ke hujung Ao Nang Beach, selepas Ao Nang Seafront Thai Resort, ada satu arts yang interesting, "No sunrise no sunset".

Yang kelakarnya masa kat sini ada seorang mat saleh tu mandi bogel. Memula tak tahu tapi ternampak ada seluar atas batu then perasan dia dalam laut. Makin lama makin jauh dan dia sekejap sekejap pandang ke arah kami. Owh... swimming trunk dia hehee... Kami berada di situ dalam 30-40 minit jugalah. Lepas tu aku nampak dia letak tangan ke belakang (tekap pungkok hahahah...) cuak kot sebab semua kamera boleh zoom 😂 . Mujur kami tak lama sangat, kalau tak mau kecut telur dia hahahah.... kena rendam macam bebudak nak bersunat dedulu. Moral of the story, dah tetua toksahlah mandi bogel kat tempat public. Kah! Please be respectful to asians culture, okay? Tunjuk gambar kang.


Sebelum naik bot ke Phra Nang Cave Beach kami dijamu dengan snek lagi... makan je lah keje mana tak gemuk. Di depan pantai ni lah ada batu yang dibalut dengan kepingan emas. Bila air pasang batu tu nampak terapung. Di pantai ini ramai betul orang, ada yang berbaring sambil membaca buku, mandi-manda, rock climbing dan berjalan atas tali. Lepas bebas di sini, risau pula bila tengok orang openly cemolot, teringat anak-anak sendiri... minta dijauhkanlah. Risau weh bila jadi mak mak ni.

Phra Nang Cave Beach

Aktiviti di Phra Nang Cave Beach

Railey Beach. Masa ni air surut jadi traktor tu masuk ke laut collect beg tetamu resort dari bot.

Railey Beach

Di sebalik pantai inilah Railay Beach yang banyak dalam brosur tu... ada short cut untuk ke sana.  Railay Beach ada east and west side tapi aku pun tak sure kami lunch kat belah mana heheh.. Ada beberapa resort di sini dan sebahagiannya milik penduduk tempatan beragama islam.

Kemudian kami naik bot lagi menuju ke Poda Island pula. Ya Allah cantiknya air lautttt.... jernih! Aku beriya pakai baju mandi tapi tak mandi pun. Kalau uols ke Poda Island sila bawa bekalan makanan supaya tak kebuloq. Lapar oih lepas mandi laut. Memang best lah mandi-manda di sini... airnya jernih kehijauan, cantik! Jaga kaki tu supaya tak terpijak corals ya. Jernih sunguhlah airnya... Di sini pun ada Biennale dan daripada tiga Biennale di sini aku suka "Visions". Mujur berbunyi waktu siang je, kalau dengar waktu malam mau meremang bulu roma hahah.. tapi memang genius lah. Artis tu gunakan solar power je untuk run Thai poem sepanjang siang. Owh.. fyi di Poda Island tiada resort, biasanya tour operator akan buat day trip ke sini.

Di depan Poda Island pulau batu yang tinggi tu ialah Tai Meng Island. Nampak macam James Bond Island pun iya juga. Dalam perjalanan balik tu kami lalu di Chicken Island yang orang tempatan panggil Axe Island. Ada satu tempat yang kita boleh berjalan atas pasir di antara dua pulau tetapi hanya kelihatan sewaktu air surut. Kami tak singgah pun sebab takde dalam itinerary.

Poda Beach - jangan tak mandi bila sampai sini. Jernih!

Dalam perjalanan balik dari Nopparat Thara Beach ke Krabi, ada satu pasar malam yang dibuka setiap Khamis di Baan Klong Heng tak jauh dari Ao Nang. Kalau sewa motor/kereta mudahlah nak jenjalan. Sewa songteaw pun boleh.

Last day, kami ke Tha Pom Klong Song Nam untuk melihat bagaimana nelayan di sana menangkap ikan. Teknik untuk mengetahui lubuk ikan hanyalah dengan meletakkan pendayung atas sedikit dari telinga. Dipercayai ada batu karang kalau ada bunyi macam gelembung air, bermakna banyak ikan di situ. Cara orang lama yang praktikal walaupun tak belajar tinggi. Pernah aku terbaca tentang seorang kapten kapal berpengalaman yang akan berborak dengan nelayan untuk mendapatkan tips di lautan. Yelahkan bukan semua hal kita boleh dapat secara formal, orang berpengalaman pun tidak patut diketepikan pandangannya. Pada aku boleh je percaya asalkan takde petua merepek atau syirik. Bukan semua ilmu kita boleh dapat dari buku ye tak?

Di jeti pintu masuk ke Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail, satu kawasan seperti di Tanjung Piai (nak masuk kena bayar tiket). Kita berjalan ikut plank mengelilingi kawasan, semakin ke dalam airnya semakin cantik. Hijau dan jernih. Di bahagian luar air tawar bercampur dengan air masin laut, airnya hijau tapi tak berapa jernih. Di sebelah dalam air dari bukit yang jernih dan cantik secara natural, ditambah lagi dengan akar-akar pokok yang timbul di permukaan air... cantik benar kalau nak show ootd. Tetapi, tidak dibenarkan mandi... denda 500 baht jika berdegil. Memanglah denda tu sikit je bagi kita tapi kita tak tahu kualiti air tu, dibuatnya kau terjun dalam tu terus berbuih mulut haa cane?? Meraung mak kat rumah.



Tempat ni walaupun tak berapa besar tetapi cantik so we another option selain Emerald Pool yang popular tu. Jaraknya 30km dari Ao Nang Beach, 27km dar Krabi town, jalan menghala ke Phang Nga.

Eventhough masih banyak lagi gambar tapi rasanya cukuplah sampai di sini dulu kot. Maybe lepas ni nak buat satu entry khas untuk Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail ini saja.

Bye!

















Percutian Jimat Saya di Ao Nang, Krabi | Menikmati Ao Nang Dengan Roda Dua

Percutian Jimat Saya di Ao Nang, Krabi | Menikmati Ao Nang Dengan Roda Dua | Hari ketiga di Ao Nang hanya untuk bersantai-santai saja. Berpagian di tepi pantai untuk menikmati pemandangan indah di situ. Sungguh tenang dan mendamaikan suasana tepi laut dengan deretan bot berlabuh. Tak jemu mata memandang.




   
Aku membuat keputusan untuk tidak mengikuti mana-mana pakej ke pulau selepas mek saleh yang bersama ke James Bond Island beritahu dia frustrated sebab tour package yang dia ikuti ke Phi Phi Island hanya sebentar. Tak puas relaks dan mandi air laut yang jernih. Pengalaman aku sendiri pun begitu. Rushing sangat semasa di Koh Panyee. Kena berangan untuk datang kembali ke Krabi. Pakej memang banyak, nak pergi ke pulau-pulau, nak menunggang gajah, nak berkayak, nak naik ATV, nak hiking... semua ada. Hulur saja THB atau USD.
Aku sewa sebuah motorsikal dengan kadar 200b untuk 24 jam. Awalnya nak sewa sekejap je tapi dia kata rate sama so no choice lah.

Motor-motor yang disediakan dibasuh setiap hari dan dilap sampai berkilat. Helmet pun menarik dengan pelbagai warna dan corak. Mereka bagi pinjam Yamaha dengan minyak setengah tank. Minyak tu cukup untuk 50km perjalanan tapi aku isi juga seliter sebab bercadang nak ke tempat-tempat lain juga. Apa nak dirisaukan sangat... kalau jarum tu tunjuk kat 'E' sekalipun bukannya terus mati, ada buffer lagi. Tergelak mamat kat petrol station tu bila dengar aku nak top-up seliter hehe..
Helmet wajib dipakai di Ao Nang. Siang tu aku pakailah sebab nak berjalan jauh tapi ramai je yang boleng aku tengok. Relaks je lalu depan polis trafik hehe... only in Thailand! Seronoknya dapat menunggang motor tepi pantai dengan tak berhelmet, berangin je. Rasa lega lepas bebas tanpa peraturan jalan raya hahah... tapi dalam berita beberapa hari lepas Thai authority pun nak enforce dengan lebih tegas undang-undang jalan raya mereka. Aku sukalah cara sekarang ni... kalau bermotor di Langkawi tak perlu pakai helmet kan best.
  
Tujuan yang pertama ke Krabi Outlet Village di Krabi. Sempat jugalah singgah masjid Ao Nang dan Central Krabi mosque sekadar bergambar. Dari Ao Nang ke Krabi senang je... ikut je signboard ke Krabi. Ada jalan shortcut tapi masa balik tu baru tahu. Masa nak balik ke Ao Nang tu confuse sikit sebab aku dari pekan Krabi, main agak-agak je route yang driver songteaw bawa hari pertama dulu. Time pergi lalu depan Masjid Ao Nang time balik lalu Noppara Tharat Beach gituh. Sampai juga kan?

Krabi Outlet Village black out semasa aku sampai tu. Acaner? Staf pun dok berkipas tangan. Outlet ni tak besar sangat sekejap je dah habis pusing. Aku lepaklah kat luar tu dalam setengah jam mengunyah gajus yang umphhh sedapnya dengan harapan bekalan elektrik akan pulih tapi nan hado... aku pun start enjin pergi ke Tesco Lotus pula. Sama kes tapi di sini teranglah sebab guna generator. Kedai kekecil dalam tu tutup. Bahayakan... Di food court Tesco Lotus dan Big-C disediakan sebekas air panas untuk merendam sudu garfu. Bagus!

Krabi Outlet Village

Ke mana lagi nak pergi eh? Aku bawa motor hingga ke airport mencari Central Mosque tapi tak berjumpa sebab mencari di salah tempat hehe... rupanya terletak di jalan menuju Ao Nang. Ngeh. Terbakar muko den dek panas matahari. Nasib baik dah laku hahah..

Krabi Central Mosque
Petang tu singgah di Nopparat Thara Beach malam pun pergi lagi. Banyak juga hotel/resort di sini tetapi tak happening macam Ao Nang. Seriously aku suka Ao Nang.


SUNSET IN AO NANG
Menunggu matahari terbenam.




 



NOPPARAT THARA BEACH
Pantainya sepanjang 5km bersebelahan Ao Nang dan terbahagi kepada dua oleh sungai. Yang berkongsi jalan pantai dengan Ao Nang ini lebih maju. Ia lebih dikenali sebagai Klong Haeng atau 'sungai kering' oleh penduduk tempatan yang merujuk kepada air laut yang surut begitu jauh sehingga kita boleh berjalan ke pulau di hadapannya.

Nama Noppharat Thara sebenarnya adalah nama taman negara yang juga terletak di situ. Tak ramai pelancong sunbathing di pantai ini kerana mereka lebih suka melakukannya di pulau-pulau yang lebih cantik dan jernih airnya seperti Hong island dan Phi Phi Island.

Kawasan perniagaan di pantai ini terbahagi kepada dua. Satu seksyen cantik dengan kedai kemas tersusun siap menjual barangan branded dan ada kolam ikan karp. Satu seksyen lagi biasa biasa sahaja nampak macam diusahakan orang kampung.


AKTIVITI MALAM DI AO NANG
Aku suka lepak berdekatan dengan Violin Corner Bar & Grill sebab ada persembahan nyanyian sambil bermain biola. Setiap malam tempat tu memang penuh dan tourists veteran enjoy menari di luar bar tersebut. Seronok melihat mereka menari dengan pasangan masing-masing.

Dimana Violin Corner Bar & Grill? Susur jalan ke McDonald. Dari pantai tu terus naik ke atas.

Malam tu berurut lagi. Kali ini di Sabai Massage, lorong menuju Peace Resort & Spa. Kiranya bertentangan dengan Mc Donald jugalah. Masseuse Suk terbaiklah! She's very experience dan bersopan. Gembira dapat bagi sedikit tips kat dia. Oh ya, how much tips should we give? Range nya 10-20% daripada harga servis. Kalau kita bagi terlebih sangat ia akan merosakkan market.

Oleh sebab last day baru sewa motorsikal maka barulah tahu di atas sana ada masjid. Masjid Ao Nang bertentangan dengan Ibis Hotel. Senanglah awak nak solat Subuh berjemaah di masjid kalau stay sini. Di malam hari ada ramai peniaga muslim berniaga makanan dan souvenir seperti t-shirt di depan masjid ni.


Ao Nang Mosque
 
Halal street food ini berdekatan dengan Krabi Resort. Selepas Noppara Tharat Beach dan sebelum memasuki kawasan pantai Ao Nang kita akan jumpa deretan gerai ini. Dibuka petang hingga malam. Ramaiii pelanggannya, mat saleh pun suka makan di sini tapi agak bersepah sikitlah disebabkan pinggan kertas yang lambat dikutip dan yang diterbangkan angin. Elok jika mereka menyediakan tong sampah supaya senang pelanggan membuang saki baki makanan.


Nak beli souvenir murah?

Sila cari gerai tepi jalan di depan Jose Pizzeria on the way ke McDonald. Harga key-chain dan fridge magnet yang dijualnya lebih murah daripada kedai-kedai di sepanjang Ao Nang Beach tu. Permintaan untuk diskaun tak akan dilayan.

 
 Seni kreatif di atas kulit kerbau

BANGLA GATAL DI AO NANG
Malam kedua di Ao Nang aku minum di satu Indian Restaurant tu. Yang approach kita di luar tu boleh cakap Melayu, "mari kak minum teh tarik, roti canai pun ada..." gittewww ayat standard nak menarik Malaysians.

Waiter di dalam pun asal Bangladesh juga. Masa dia hantar teh tarik tu kan dia cakap, "kaka nak order apa bagi tahu saya. Kaka nak jumpa saya, saya habis kerja pukul 11". Aku senyum je lah.

Bila aku nak balik dia cakap lagi yang dia akan habis kerja pukul 11 malam. Motif ???

Pekerja Bangladesh tu pernah bekerja di Malaysia selama tiga tahun. See, dok negara kita tiga tahun pun kemain fasih cakap Melayu. Mereka ni sebenarnya 3-6 bulan dah boleh menuturkan BAHASA KEBANGSAAN KITA dengan baik. But some of us Malaysians? krik krik..

Malam esoknya selepas berurut aku terpaksa melalui restoran itu lagi, Aku berjalan laju sambil memandang ke seberang jalan, tetiba dia terpacul, "kenapa kaka tak datang semalam? Saya sudah cakap saya habis kerja di pukul 11. Nanti pukul 11 kaka tunggu..". Ko pehal? Desperate sangat ke? Gila! Aku merungut dalam hati je la... jalan terus lelaju. Vongoks. Hahahah...


JADI MENARIK SANGAT KE AO NANG? BEST KE?
Aku suka Ao Nang. Very relaxing.

Walaupun ramai pelancong tapi Ao Nang tenang je dan banyak pulau serta lokasi/aktiviti menarik boleh kita buat/kunjungi dari sini. Yang kuperhatikan ramai Bangladeshis/Indian/Pakistan berniaga di sini. Di Ao Nang ni tak pula nampak ramai wanita Thai menjadi social escort. Mungkin masyarakat muslim sama ramai dengan non muslim kot.











Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free