Thailand | Aiyerweng @ Talay Mok Ayoeweng di Betong | Dengan munculnya trend binaan kaca di pusat pelancongan tanah tinggi, wilayah Yala di selatan Thailand tidak terkecuali. Skywalk Aiyerweng terletak di Khao Microwave di Muban Km 32, 47 km dari Betong Checkpoint (Malaysia - Imigresen Pengkalan Hulu di Perak). Nama Khao Microwave tu diambil sempena menara pemancar telekomunikasi yang ada di situ.
Dari bandar Betong ke sini akan mengambil masa selama sejam, dari sempadan sejam 15 minit. Kebanyakan pelawat mula bergerak untuk naik ke aras 621 meter dari aras laut ini seawal jam 4.30 pagi untuk menunggu terbitnya matahari. Kami mula gerak dari hotel selepas Subuh, dah nak siang. Geram aku dengan bebudak besar tu tak nak pula naik, hanya aku suami dan si bongsu sahaja naik. Pepandailah bertiga beradik tu cari makan sendiri malas aku nak layan.
MENUJU PUNCAK AIYERWENG
Kereta tak boleh dipandu sampai ke bangunan Skywalk Aiyerweng kerana kawasannya sempit. Dari kawasan parkir kenderaan, pelawat kena naik “shuttle” atau teksi motorsikal. Rasanya mereka caj 30 baht seorang. Kalau rajin boleh je berjalan kaki 500 meter ke atas tapi ai tak sanggup.
Masa aku ke sini tiket masuk belum dikenakan, hanya membayar untuk sarung kasut sahaja. Lepas tu beraturlah kami naik ke atas menggunakan tangga dan lif. Walaupun matahari dah terbit tetapi awan karpet masih ada. Sampai je di atas, 61 meter laluan pejalan kaki memanjang ke luar untuk kita menikmati pemandangan indah kehijauan bukit-bukau di sekeliling. Udara bersih dan nyaman.
Kepada yang berani, berjalanlah sampai ke pelantar kaca. Bagi yang kurang berani naik lagi ke atas dan lihat sahaja gelagat pelancong di pelantar kaca tu. Tak semua orang berani… masa di jambatan Langkawi Skycab, ramai je orang mengelak lalu di bahagian kaca walaupun kaca tu tak lebar mana pun (bukan di Eagle's Nest).
Selepas bergambar di pelantar kaca kami naik lagi ambil gambar di atas pula kemudian turun ke kawasan berhampiran menara pemancar. Di sini ada pelantar konkrit untuk kita menikmati pemandangan.
Yang berusaha datang seawal 4.30 pagi akan datang pemandangan indah begini di Aiyerweng.
Gambar-gambar yang orang kongsikan dari tiga viewpoint sangat indah, bagaikan di kayangan! 2,038 kaki dari aras laut kita sebenarnya berada di atas awan. Untuk dapat pemandangan serupa kenalah berada di sana antara pukul 5.30 - 7 pagi. Usaha kena gigih sikit la...
Waktu Sesuai Melawat Aiyerweng
Waktu melawat yang dicadangkan ialah sewaktu musim kering antara November hingga April. Asalkan tak hujan boleh je gi sana.
Waktu operasi : Bermula 5.30 pagi
Harga tiket:
Warganegara asing - THB200 seorang
Warganegara Thai - THB40
Skywalk Aiyerweng promises an unforgettable journey.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.