Thailand | Khlong Hae Floating Market di Hatyai



 Assalamualaikum loveeee...

Wah bukan main lagi kawan aku yang jadi ejen pelancongan di Melaka, berbas-bas masuk Thailand minggu ni. Kemana lagi...Hatyai lah tu, pergi makan dan massage.

Pasar terapung Khlong Hae ini ialah yang pertama dan satu satunya di selatan Thailand. Memana pelancong yang berada di Hatyai antara Jumaat hingga Ahad pasti akan ke sini untuk mencuba makanan. 

Di sini kita berurus niaga dengan penjual yang berniaga dari dalam sampan. Itulah uniknya sehingga diikuti oleh negara lain. Kata orang, peniaga menggunakan bahan alami seperti tempurung kelapa, daun pisang dah buluh sebagai bekas makanan tapi aku dapat yang berbungkus kertas. Mungkin tak semua kot. Amende entah aku beli tu. Kami ambil beberapa shoot, nak gambar paling elok konon...kena marah akak tu hahahah...melambatkan kerja dia je.

Selain peniaga dalam sampan ada juga gerai tetap yang menjual makanan dan cenderati hati. Bukan semua makanan halal ya adik kakok...

Semasa di kebetulan sedang berlansung persembahan kebudayaan oleh pelajar sekolah. Suka tengok mereka menari dengan alunan muzik Thai.

Di sini juga disediakan tandas dan musolla jadi tak perlu risau untuk menunaikan solat.

Jom!!







Post a Comment

0 Comments