Thailand | Kim Yong Market in Hatyai



Bagi yang selalu mengikuti perjalanan aku, pasar tempatan dan pasar karat sudah semestinya menjadi tempat lawatan yang termasuk dalam senarai selain masjid. 

Di pasarlah kita boleh melihat budaya tempatan baik orangnya, barang dagangan, kemahiran tawar-menawar dan gaya berpakaian serta percakapan. Jika di China dulu takut dengar suara penjual pembeli kemain kuat macam nak bergaduh tapi sebenarnya tawar-menawar je :) namun di sini takdelah dengar sebegitu. Biasa je.

Di Haytai, Kim Yong Market menjadi nadi kehidupan rakyat. Tempat membeli barang keperluan dapur basah dan kering malah pakaian juga dijual di lorong-lorong dalam bangunan. Kami sekadar menjelajah bahagian luar melihat pelbagai barangan, Geram sungguh melihat sayuran hijau tapi perjalanan masih panjang untuk dibawa pulang. Jangan tak tahu sesetengah barangan seperti kerepek kentang diimport dari Malaysia dan Singapura. 

Pastilah aku tak lepaskan peluang membeli badam madu dan kekacang lain yang siap digoreng. Seorang kawan yang bermastautin di Hatyai belikan aku pes cili selatan Thai yang sangat sedap, yang hanya perlu dicampurkan dalam santan untuk memasak ayam atau ikan. Sedapnya tu hinggakan tak sabar nak ke Hatyai lagi. Aku pernah cuba buat sendiri tapi tak kaw... tiga sudu pes aku sama dengan sesudu pes asli.

 




Miang kham



Tiada apa yang unik di pasar ini tetapi kita dapat rasakan aura Thai di sini malah harga barangan lebih murah berbanding kawasan lain di Thailand.

Mungkin sudah terbiasa dengan pelancong, sami Budha pun tak marah bila diambil gambar tidak seperti di satu tempat dahulu. Takut kitew...

Kim Yong Market dibuka bermula jam 7 pagi setiap hari.

Post a Comment

0 Comments