Recents in Beach

header ads

Apa yang menarik dengan Muzium Kapal Selam Melaka?

Apa yang menarik dengan Muzium Kapal Selam Melaka? | Actually selepas urusan anak di Ayer Keroh we don't know where to go to. Nak ke tempat bersejarah tu kami dah pergi tahun lepas dengan orang yang sama. Nak naik river cruise our youngest takde, tak bolehlah gitu... kesian dia. So after we had our breakfast we decided to jalan je lah ke mana pun.


Dalam perjalanan ke bandar tu nampak je signboard Makam Hang Tuah kami singgah. Then bila lalu Klebang husband ajak ke Muzium Kapal Selam. Sebagai seorang peminat muzium bertema, ai okay je lagipun bila anak-anak ikut, it is always an edu-trip. Kalau dah besar baru nak bawa ke tempat begini jangan haraplah nak ikut.


Sejarah SMD Ouessant Agosta 70 
Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 bekas milikan Tentera Laut Peranchis sebenarnya telah dipakejkan sebagai kapal selam latihan bersama pembelian tiga buah Scorpene yang bernilai RM3.4 bilion (yang famous itew..). Kapal ini digunakan untuk latihan krew-krew kelas Scorpene Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ia adalah kapal selam penyerang diesel-elektrik yang dibina oleh Arsenal de Cherbourg pada tahun 1978, yang diklasifikasikan sebagai kapal selam bukan berkuasa nuklear. 

Kapal selam Peranchis yang dibina pada 1979 ini adalah 67.57 meter panjang, 11.75m tinggi dan 6.5m lebar. Bayangkanlah dengan keluasan begitu tentera perlu berada di bawah permukaan air selama 21 hari. Tempat tidur pun sempit. Kalau kentut mau baunya tersebar ke seluruh kapal ni hahah...

Ia telah berkhidmat dalam Tentera Laut Perancis sehingga ditamatkan tauliahnya pada tahun 2001. Apabila kerajaan Malaysia memeterai kontrak pembelian kelas Scorpene dengan firma pembuat kapal Perancis Armaris (dahulunya DCN) dan rakan kongsi dari Sepanyol, Navantia (dahulunya Bazan atau IZAR) pada tahun 2002, SMD Ouessant diletakkan dalam status aktif semula. Proses baikpulih bermula secara rasmi pada 30 October 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 October 2005. Bermula dari 21 November 2005 sehingga 9 Julai 2009, kapal selam ini telah dijadikan platform latihan bawah permukaan air kelas Scorpene bagi krew-krew pelatih TLDM sebelum mengoperasikan kapal selam yang dibeli.

Kapal selam ini beroperasi dengan 36 krew dan 5 pegawai. Menurut kontrak pembelian Scorpene, krew-krew pelatih perlu menghabiskan 9,000 jam latihan di bawah permukaan air bersama kapal selam FS Ouessant yang menjadi sebahagian dari tiga fasa latihan iaitu kuliah, simulasi dan latihan kapal selam di laut. Krew TLDM dilatih sepenuhnya oleh staf sebuah firma swasta Perancis iaitu NAVFCO; sebahagian dari Rroupe DCI (Defense Consel International) yang kebanyakkannya terdiri daripada bekas Tentera Laut Perancis. Firma ini menyumbangkan dua krew kapal selam Scorpene, kakitangan tambahan dan para pengajar berpengalaman bagi melatih krew-krew pelatih tersebut.

‘Project Quessant Malaysia‘ yang melibatkan SMD Ouessant dan 156 krew pelatih kelas Scorpene berakhir secara rasmi pada 11 Julai 2009. Sebahagian krew inilah yang membawa KD Tunku Abdul Rahman yang belayar meninggalkan limbungan Direction des Constructions Navales Services (DCNS) Cherbourg, Toulon menuju ke tanahair.

Image result for muzium kapal selam melaka


SMD Ouessant Agosta 70 menjadi muzium
Kerajaan Melaka sewaktu di bawah pentadbiran Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam sangat cepat membuat keputusan yang melibatkan pelancongan. Sektor pelancongan adalah sumber ekonomi penting negeri Melaka kerana Melaka tidak mempunyai sumber asli yang banyak. Teringat satu interview dulu dengan siapa entah, beliau kata bila terbaca je servis kapal selam tu hendak ditamatkan, mereka terus ambil tindakan susulan. Pantas beb!

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Ia diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Pelancongan Klebang Melaka.


Objektif Penubuhan Muzium Kapal Selam
* Sebagai tempat menyebarkan ilmu pertahanan negara secara berkesan khususnya mengenai sejarah dan peranan kapal selam

* Sebagai warisan nilai sejarah yang mencerminkan Malaysia adalah sebuah negara maritim.

* Menyuburkan minda semua lapisan masyarakat supaya mengenali dan memahami sistem pertahanan negara

* Sebagai kenangan yang didedikasikan untuk para pejuang negara khususnya anggota TLDM.
Sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan mengenai maritim


Pergilah tengok, dah masuk baru kita faham betapa sukarnya kerja tentera yang menjaga darat, laut dan udara. Bayangkanlah 'terendam' 21 hari di dalam kapal selam sempit ini di bawah permukaan air. Dengan tempat tidur yang saiznya ngam ngam je, di ruang torpedo pula tu. Kalau nak tengok bagaimana keadaan dalam kapal selam kena tengok Hollywood movie macam Hunter Killer. Eh, Paskal pun ada. 

Di permukaan negara nampak biasa aman damai je kan? Hidup kita menjadi mudah bila wira negara sanggup berkorban jiwa dan raga menjaga kedaulatan negara. Tanpa mereka dimanakah kita hari ini? Masih bolehkah kita bebas berjalan?

Selain dari kapal selam, terdapat juga 2 jet pejuang Tentera Udara yang dipamerkan. Kemudahan asas dan kafe juga disediakan.


Muzium Kapal Selam Melaka
Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang
Jalan Klebang Besar
75200 Melaka
Lokasi Google Maps

Bayaran Masuk:
RM6.00 – Dewasa
RM3.00 – Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun. Enam tahun ke bawah PERCUMA

Waktu Operasi:
9:00 AM – 5:00 PM pada setiap hari Isnin sehingga Khamis
9:00 AM – 6:30 PM pada setiap hari Jumaat hingga Ahad
Rehat 12:15 PM – 2:45 PM pada setiap hari Jumaat sahaja


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan Melaka
Jalan Kota, 75000
Melaka
Tel: 06-2826526/2811289
Fax: 06-2826745

Email: admin@perzim.gov.my


Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.