Recents in Beach

header ads

Resipi berbuka puasa | Udang Mentega Berkrim @ Creamy Buttered Prawn

Bulan puasa ni kita share resipi jugalah ya. Pos awal pagi senang nak cari barang untuk dimasak petang nanti.


Suka udang tak? 

Ai tak berapa suka malah sebelum kahwin dulu memang tak makan sebab tak sukakan baunya tapi ada anak-anak yang suka pulak. Jadi mak pun masaklah juga. Udang mahai oii... ni nak bagi dua ketoi sorang ja hahahh... Jadilah kan, dapat bertukar selera.

Kejadiannya seperti gambar di bawah. Semalam tak sempat ambil gambar sebab kalut sangat dah nak berbuka puasa. Nak dihidang panas kan... tu yang masak di hujung waktu.

Related image

Udang Mentega Berkrim
1/2 kg udang
1 sb mentega
1 sk bawang putih - cincang
5 biji cili padi - hiris serong
1 cawan susu segar/sejat
Sedikit tepung jagung
Setangkai daun kari (ai letak lebih sebab ada mamak dalam rumah ni 😃)
Cheddar cheese (optional)

Cara-cara memasak:
1. Udang tu dibuang kepalanya dan kakinya yang banyak tu. Jangan buang kulit tetapi belah bahagian belakang untuk membuang urat hitam tu. Basuh, toskan dan lumur dengan tepung jagung.

2. Cairkan mentega kemudian goreng udang selama tiga minit. Angkat.

3. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Bila naik bau masukkan lebihan tepung jagung tadi, jika ada. 

4. Masukkan susu, agak agak berkuah sedikit. Biarkan mendidih sekejap. Boleh masukkan cheddar cheese jika suka dan bila keju cair masukkan udang. Gaulkan dan siap! Bau dia hmmm... 👍👍 Rasanya lagilah lemak berkrim !






Post a Comment

0 Comments