Hotel Review | The luxurious Aureum Palace Hotels & Resorts Inle

Hotel Review | The luxurious Aureum Palace Hotels & Resorts Inle | Sebelum sibuk dengan trip minggu ini eloklah rasanya aku cuba habiskan review beberapa hotel dan resort. Beberapa... hmm... banyak juga tu 😰 . Kita start dengan salah sebuah resort under Htoo Hospitality yang memiliki sembilan jenama dan koleksi hotel butik terbesar di Myanmar.


At the shore of natural and cultural wonders, there is a luxurious Aureum Palace Hotels & Resorts Inle

Kami sampai dah malam dari Bagan. Sebelum tu singgah makan di Kalaw. Tak sangka di kawasan pergunungan Kalaw yang menjadi lokasi hiking ada masjid. Dari Kalaw ke Inle Lake dalam dua jam je. Yang bagusnya trip ini dalam bulan Februari jadi walaupun matahari terik di atas kepala rasa sejuk tu tetap ada, sepanjang hari kita pakai jeket wak... best sangat! hahaha.... Kalau pergi bulan doblas ni suhunya 30.5C .

Turun je dari bas umangaiii sejuk! (suhunya bawah 10C). Kami disambut oleh penari tradisional yang memakai 'sayap'. Menarik jugalah sambutannya, kemudian check-in ke sebuah villa seluas 100 mps. Luas betul! Jika Aureum Bagan tu cantik yang ini lagi hebat.

Villa ini jenis berkembar dengan pintu pagar kayu. Privacy is guaranteed gituh. Naik beberapa anak tangga baru sampai ke pintu villa. Dibahagikan kepada tiga seksyen, pertama katil dan ruang bersembang, pintu masuk di ruang tengah yang juga tempat bersiap dan ruang yang luas menempatkan tempat mandi, wooden bath tub dan tandas. Sambil mandi tu bolehlah berborak dengan yang duduk menghadap hang. Pergh lapang betul kat situ. Tempat mandi tak bertutup jadi kena tutup pintu tengah. Kemain best ruang ni hehehe.. Teruslah berangan nak ada bilik ayaq macam tu. Standard facilities semua ada termasuk high speed internet.

Poster bed kami jenis twin, siap dengan kelambu putih, romantiknya... rasa macam berada di bilik pengantin pula iya juga... 

Setiap villa ini ada balkoni sendiri. Walaupun villa kami di baris ketiga tak boleh nampak Inle Lake yang indah tu tapi suasananya tetap menarik di kelilingi dengan kehijauan. Nyaman je rasa berehat di balkoni sambil membaca. Pepagi akan ada orang yang exercise berjalan kaki mengelilingi resort.



Aureum Palace Inle



Dinner pertama kami di sini. Kita jadi vegetarian seminggu wak tapi balik tetap gemuk juga.

Kiri, barisan pertama villa.

 Villa kami di barisan ketiga namun masih sangat bagus suasananya. Ada small pool di setiap villa.


Restorannya menghadap tasik Inle yang sangat luas dan berdekatan lobi serta swimming pool. Takdak pasai chek nak mandi sesejuk ni ooiii....pi bergambaq ja. Ya Allah cantik sungguh gambar pool tu (masuk bakul angkat sendiri haha..). Breakfast bolehlah... pilihan tak semeriah di Aureum Bagan.



Oleh kerana program seterusnya menyelusuri Inle Lake kami terus naik bot dari depan resort. Hassle free. Pemandangan pagi tu sangat cantik dengan langit biru, bot berwarna-warni... sumpah cantik! Kena datang sendiri to enjoy the view and hospitality. Aku memang dah plan nak pakai white attire untuk program hari tu to contrast dengan background. Bila roommate kata eh cantik seluar you... kita pun erm.. ok. Lepas tu dia keluar dan aku pun sambung bersiap tapi.... jatuh sebab terpijak alas kaki atas lantai kayu yang licin 😣. Mujur kepala tak terhantuk kat bingkai pintu. Masa atas bot dua kali terduduk sebab tak balance badan bebetul sewaktu berdiri. Adoi la... baru kata seluar cantik, kalau roommate kata aku yang cantik mau terjatuh dalam tasik agaknya hahahah...

Selain aktiviti di Inle Lake, boleh juga trekking to Pa-Oh Tribal Village.


Saya bersama dua orang kapten bot sebelum menyelusuri Inle Lake.

Senja nan merah. Sunset at Inle Lake with the famous single leg boat rower. 

Oh ya, tak jauh dari sini ada masjid, boleh berjalan kaki je. Sayang betul dah nak balik baru perasan (sebab masa kami sampai tu dah gelap). Kalau rasa nak perjalan-jalan di pekan lebih baik naik tuktuk. Tak ingat berapa taxi charge tapi aku rasa mahal jugalah bila convert. Atau, untuk lebih mudah sewa motorsikal.


***
Kalau nak tahu mengapa anda patut ke Inle Lake, silakan baca di sini dan sini. Terima kasih.




Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free