Recents in Beach

header ads

LEGOLAND Malaysia | Biarkan Kanak-Kanak Menjadi Dirinya Yang Sebenar

LEGOLAND Malaysia | Biarkan Kanak-Kanak Menjadi Dirinya Yang Sebenar | Ini kali kedua aku ke Legoland tetapi aku anggap yang pertama kerana benar-benar enjoy ke seluruh theme park. Kali pertama dulu seperti Touch 'N' Go sangat, terkejar-kejar.


Diberikan setengah hari untuk explore ke seluruh taman tema Legoland membuatkan diri ini berasa betapa bertuahnya bebudak sekarang. Zaman aku dulu mana ada semua ni, setakat funfair tu adalah. Paling hebat pun Genting Highland. Dah tua bangka ni baru merasa ke Disneyland dan Legoland. Sayangnya kami tak sempat untuk ke Water Park kerana perlu balik ke pangkal jalan Kuala Lumpur pada hari ketiga. Hari pertama dan kedua terlibat dengan sesi interview with the Master Builder dan pelancaran the largest Millenium Falcon dan Star Wars Days - May The 4th Be With You

Legoland memang heaven lah untuk anak-anak berusia diantara 2-12 tahun. 'Kanak-kanak' dewasa pun seronok juga di sini terutama jika bermain di water park.

Di lobi Hotel Legoland ni kanak-kanak (dan mak paknya juga) boleh bermain Lego sepuas hati. Baaanyakkk sangat Lego!


PENGENALAN

LEGOLAND MALAYSIA merangkumkan LEGOLAND Park, Water Park dan hotel di dalam satu lokasi bertema LEGO. Ia sangat sesuai sebagai destinasi percutian keluarga dengan lebih daripada 70 hands on rides, slides, persembahan dan tarikan yang menawarkan cabaran, pendidikan dan keseronokan penuh aksi dalam satu hari atau percutian singkat.

Taman hiburan kanak-kanak ini dibahagikan pula kepada beberapa seksyen bertema seperti thrilling rides, exiting LEGO workshops dam Miniland dimana landskap menarik Asia, negara dan mercu tanda dibina dalam bentuk miniature menggunakan lebih dari 30 juta bata Lego.

Legoland bermula di sini...




Zirafah ini mungkin lebih berat daripada zirafah hidup.



Berapa ratus kilolah agaknya binatang ni eh? Berapa jam pula masa yang dihabiskan untuk menyiapkan seekor dinasor ni?

Dunia miniatur Miniland menjadi kanak-kanak seperti rasaksa dan menjadi tumpuan utama di setiap taman tema Legoland. Negara, bandar serta mercu tanda negara yang popular di Asia dibina pada skala 1:20 . Kebanyakan modelnya animasi jadi pengunjung boleh 'menghidupkannya' hanya dengan satu sentuhan. 

The huge religious complex, Angkor Wat. Aku demam masa ke sini dulu, pucat lesi balik ke hotel di Siem Reap.

Tiananmen Square, Beijing

 Taj Mahal.

 Belum pernah naik cruise sehebat ini. Berangan dulu.

Masjid Putra, Putrajaya. Bila kita lebih besar daripada bangunan itu sendiri tempat itu dirasakan sangat menarik bila dibayangkan dengan keadaan sebenar.

 Kampung den. Teringat rumah lama uwan.


Inilah Pura Tanah Lot di Bali.


Hoi An, Vietnam.


High Speed Rides & High Speed Lego
Roller coaster terpantas, Project X, telah dibuka dengan steep switchback track. Setiap kereta boleh membawa empat penumpang dengan perjalanan yang mendebarkan setinggi 18 meter dari aras bumi.

Aku takkan naik. Confirm.

The Technic Twister membenarkan pengunjung untuk mengawal sendiri kenderaan mereka. Tengok setakat mana ko berani dik. Ai tak koser hahah..

Ada tiga roller coaster di Legoland. Ada seseorang tu ajak aku naik. At first aku cakap aku tak naklah sebab pengalaman menaiki roller coaster lebih 20 tahun dulu di Genting Highland membuatkan aku traumatized, taubat sampai sekarang; tapi kesian pulak dia takde kawan so I said ok tapi nak naik yang paling rendah dan tak mencabar hahaha... penakut giler (tapi flying fox, berjalan atas jambatan gantung berani okeh).

There you're. Kanak-kanak dewasa bersama kanak-kanak sebenar. Berdebar beb. Bila meluncur kat slope aje orang belakang dok kata shit! shit! hahahah.... aku takut jugalah sambil tangan kuat berpaut pada besi walhal bebudak lain kat depan tu relaks aje bersorak. Bila lalu kat starting point tu aku ingatkan dah habis tapi tak, se-round lagi! Matilanakkkkk...... hahahah...

Dah lah, tak hingin aku naik lagi :-D



LEGO Academy membantu para pembuat model merealisasikan desain mereka manakala LEGO Mindstorm menggalakkan peminat robot membina robot masa depan menggunakan bata Lego.



The Royal Joust is a classic medieval contest, which puts children in the saddles of 20 LEGO horses.




Land of Adventure: A daring journey into ancient Lego worlds
Dino Island membawa pengunjung menaiki kenu dan menuruni 12m tinggi air terjun. Mesti basah punya masa turun tu unless you pakai rain coat.

Again, ada orang tu nak naik while I offered myself to be a photographer. Orang lain turun menjerit seronok sambil angkat tangan dia pegang palang besi hahahahah.....! Tapi dia berani naik sampai dua kali. Sebenarnya aku yang suggest sebab bimbang gambar tak jadi. Dua-dua kali juga dia pegang palang besi tu hahah...

Yang makan cili tu diam diam sudah, kalau komen kat bawah ni nanti orang tahu siapa awak kuangkuangkuang...


 Ini bukan gambar mangsa yang diceritakan.

Legoland best kan?? Itu baru tengok gambar je.. kena alaminya sendiri baru tahu tahap keseronokannya.


Bagaimana hendak ke Legoland?
Legoland Malaysia Resort terletak di Nusajaya (selatan Johor) dan hanya 10 minit dari Singapore Tuas Second Link, 15 minit dari bandaraya Johor Bahru dan 20 minit daripada Lapangan Terbang Senai.

Banyak lagi attractions di Legoland Theme Park. Tempat belajar memandu ada, Beetle Bounce ada, observation Tower ada... macam-macam lagilah. Datang jer... Boleh check harga tiket di www.legoland.my atau telefon +607 5978888. Ada tiket untuk sehari dan dua hari, ada juga tiket taman tema sahaja dan ada juga dijual kombo denagn Water Park. Kalau beli tiket untuk 12 bulan boleh dapat banyak diskaun.


Post a Comment

0 Comments