Motivasi Pagi | Meletakkan Had



Meletakkan Had | Belajar untuk mengatakan TIDAK tanpa rasa bersalah. Meletakkan had adalah bagus. Kita kena belajar untuk menghormati dan mengambil berat tentang diri sendiri.



Pernahlah aku attend satu wedding ni beberapa tahun lepas. Pengantin daripada keluarga sederhana tinggal di flat. Untuk keselesaan, mereka mengadakan kenduri kahwin di sebuah pusat komuniti.
 
Semasa dalam proses perancangan sebelum majlis berlansung, ada seorang makcik si pengantin perempuan yang mempunyai pertalian saudara dengan bapanya memohon untuk menumpangkan anaknya bersanding. Si bapa serba salah. Biasalah orang Melayu... ditelan mati emak diluah mati bapa. Konon nak menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung pula tak berselerak. 
 
Anak si makcik dah bernikah tetapi tak disandingkan di atas pelamin kerana tak cukup bajet. Pengantin sebenar (kita namakan Che Ta lah ye) tak terkata apa kerana bapanya dah bersetuju.
 
Di hari persandingan, pengantin yang nak menumpang tu dah bersiap dari rumah dan lagi gempakkkk daripada Che Ta. Aku dan Che Ta ingatkan dia nak tumpang bergambar di pelamin saja selepas Che Ta siap bersanding. Si makcik ni yang sama-sama duduk di dalam bilik persiapan tak sudah-sudah menuruh Che Ta cepat bersanding. Masa tu baru pukul 12 dan Che Ta sepatutnya berarak pukul 1.30 tengahari. Dipaksanya suami Che Ta telefin keluarga supaya datang segera. Benganglah mamat tu. Spoil mood betul!
 
Bayangkanlah betapa 'bengkeknya' Che Ta dan suami dia sampai satu tahap mereka keluar dari bilik tu nak sejukkan hati. Majlis diorang tu.... dan modal mereka yang keluarkan. Kalau kena kat aku kecik besar kecik besar je makcik tu aku nampak. Masa tu aku pun geram tapi diam sajalah, takkan nak masuk campur hal keluarga orang. Buat kerja sendiri sudah.
 
Bila Che Ta tak layan permintaan dia, dia anak-beranak balik, merajuk. Padan muka. Agak-agaklah... takkan nak bersanding di majlis orang. Berpada-padalah nak minta tolong orang pun. Mentang-mentang bersaudara janganlah sampai memijak kepala.
 
Pengajarannya, jika sesuatu perkara tu tak sesuai dengan kita tolaklah elok-elok. Jika perlu berikan jawapan yang logik di akal. Perkara serius seperti majlis perkahwinan ni jangan pepandai nak bagi jawapan sendiri, berbincang dahulu dengan keluarga terutama si pengantin (dan mak pengantin). Majlis dia kot? Itu majlis meraikan anak/adik kita kan? Lainlah jika semua bersetuju.
 
 
 

Post a Comment

1 Comments

  1. Semangat pagi itu penting banget gan kenapa? karena ini faktor kita agar kerja dll semakin mantaf

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.