Tambang Baru ERL KL- KLIA/KLIA2 RM55 !



Tambang Baru ERL KL- KLIA/KLIA2 RM55 | ERL new fare hike. Bertabahlah nak! Bocor lagi poket seluar.



Express Rail Link (ERL) semalam telah mengumumkan bahawa tambang ke KLIA dan KLIA2 akan dinaikkan kepada RM55 dari RM35 bermula 1 Januari depan. Kenaikan sebanyak RM20 itu walau bagaimanapun ia masih dibawah paras yang dibenarkan dalam perjanjian konsesi yang mereka tandatangani iaitu RM64 sehala dan kenaikan kali pertama semenjak mula beroperasi 14 tahun lalu, kata CEO ERL Noormah Mohd Noor.

Menurut beliau lagi, pihak ERL telah memikirkan kemampuan pengguna sebelum menetapkan harga tambang baru disamping berkoloborasi dengan beberapa syarikat untuk memberikan harga diskaun. Buat masa ini Mastercard holder boleh mendapatkan tambang RM40 tapi tak pasti pula sampai bila promosinya.

Modal biasa kenaikan harga, "we still offer the lowest airport rail transfer in the world". (sila rujuk http://www.m.themalaymailonline.com).


Naik 57% tu... this affect us a LOT. Bertambah lagi travelling cost.

Apa yang dah naik setakat ini?

1) KTM Komuter. Tambang dari KL Sentral ke Mid Valley saja naik 80 sen. Satu stesen je tau.

2) Tambang bas naik.

3) Awal tahun ni tambang teksi dan kereta sewa naik. UBER kena banned pulak.

4) Toll rates 12 highway dah naik. Yang dekat rumah aku ni naik 60 sen terus, sekangkang kucing je pun jaraknya. PLUS operator akan menyusul. Dah bunyi bunyi dah tu.

5) Pihak MAB mengenakan caj tambahan RM3 bagi setiap penumpang. KLIA2 tu memang awesome, tak bosan sebab banyak kedai. Namun begitu jika mengikut hukum ekonominya, jika banyak penyewa yang dah tentunya membayar kadar sewa tinggi kos dapat dikurangkan.

6) Hadiah terhebat, GST.

7) Harga barangan memang dah naik cuma tak heboh kerana bukan barangan kawalan. Fish cake sebelum ni RM2.50 dah jadi RM2.75. Milo dari RM7.35 kepada RM7.95. Dah beberapa bulan naik. Aku boleh je tak minum Milo tapi ingat senang ke nak ubah selera budak berumur 3 4 5 6 7 tahun? Kalau belum hidup sendiri, belum menanggung keluarga, belum ada anak yang pelbagai ragam, belum ada anak bersekolah tak payah banyak bunyi sangatlah eh. Rasakan pengalaman itu dulu seperti masyarakat kebanyakan.


Ini kadar tambang baru efektif 1 Januari 2016.


Kelakar pulak bila tambang ERL sama atau lagi mahal daripada tambang kapal terbang KL-Langkawi sehala. Tiket KL-Jakarta return aku hari tu pun RM80 saja. Nasib baik KLIA2 - KLIA vice versa masih RM2? Kalau perjalanan 2 minit tu dinaikkan jadi 5 hengget tak terkato den. Kalau dah mahal naiklah bas- tunggu je lah kata menteri dan penyokong menteri. Kalau penyokong menteri tu kaya raya takpe jugak menyokong semberono. Kalau penyokong pun takkan nak sokong semua. Gunalah akal. Kalau pembangkang pun takkan nak bangkang semua. Gunakanlah akal juga.

Betul ke tambang ke airport tu paling murah di dunia? Aku rasa tak. I don't think i pay that much di tempat-tempat yang aku pernah pergi. Kalau mahal aku pasti naik bas.

Okaylah, ERL tu orang berduit je naik lagipun itu bukan kerajaan yang tetapkan. Benarkah? Both parties agreed on certain terms and conditions in the concession agreement kan? Kasihan rakyat bumi bertuah ni. Sumber banyak tetapi berbagai caj dan cukai dikenakan dan DINAIKKAN. Opps... nanti ada pula yang kata "semua nak free".

Sekarang kita membayar RM9.50 sehala dari Putrajaya ke Kuala Lumpur. Dah kos hidup di KL mahal nau kita belilah rumah di pinggir bandar 10 tahun lalu. Lagi 29 hari ia menjadi RM14 sehala atau RM28 pergi balik. Darabkan 22 hari bekerja.... kenaikan RM198 sebulan! Nak drive semula? Tol dah naik. LRT/monorel takde. Tambang bas pun akan naik. Teksi? Bukan pilihan yang sesuai. So? Kita memendam rasa amarah yang meluap-luap. Takpe... setahun sebelum pilihanraya nanti turunlah tu. Terubatlah sakit hati tu nanti.

Kenaikan gaji tak sepadan dengan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan. Purchasing power semakin mengecil. Pay rise berapa? Kalau company Jepun kat Malaysia ni cuma bagi 4-6%. Mereka ada persatuan so kenaikan antara syarikat tak banyak perbezaan.

Kata bijak pandai kurangkan belanja atau tambah pendapatan. Bagi aku... tak dapat nak dikurangkan apa apa lagi dah, kami tak makan di luar, tak tukar kereta, tak bawa keluarga makan angin jejauh setiap school break, tak beli baju branded dah, tak beli lipstik cap Klinik lagi... tak itu tak ini. Hidup kami sederhana habis dah. Nak berjalan tahun depan tahun ni dah rancang.

Tambah pendapatan? Ada lah sikit sikit... Kesian sangat kat orang yang terpaksa buat dua tiga kerja dalam sehari. Bila masa rehat kurang, badan terlalu penat, stress, masa untuk bergurau-senda dan memantau anak-anak kurang masalah lain pula muncul, tu yang nak naik angin je tu. Cuba check statistik kes stress, darah tinggi, sakit jantung dan ketidaksuburan, menaik ke menurun? Kes samun, pecah rumah, kecurian, rasuah? Menurun?? Semuanya ada kaitan.

Dapat tak rasakan kebanyakan orang kini disibukkan dengan mencari duit untuk hidup? bukannya mencari duit nak hidup senang.

Apalah nasib... marilah kita terus berdoa agar hujan tetap turun dan kita dimurahkan rezeki dari berbagai punca. Berdoalah juga agar kita ditadbir oleh manusia yang gerunkan Tuhannya.

Post a Comment

0 Comments