Special in Ipoh | Yasmin at Kong Heng

Special in Ipoh | Yasmin at Kong Heng | Aku yakin ramai diantara kita orang Malaysia ni merindui iklan-iklan hebat dari Petronas. Siapa yang berada di belakang tabir pengarahannya sehingga tahun 2009 pun semua akan ingati, almarhum Yasmin Ahmad.

 

Yasmin Ahmad mempunyai ramai kawan-kawan dan peminat yang mengaguminya sehingga sanggup berusaha mengumpulkan dana untuk menubuhkan sebuah muzium yang dipanggil Yasmin at Kong Heng; bertujuan untuk menyediakan tapak bagi memperkenalkan bakat-bakat kreatif dalam pembuatan filem, rekacipta, perngiklanan, seni persembahan dan sebagainya. Ia telah dirasmikan oleh ibunya sendiri, Inom Yon pada November 2014.

Berlokasi di Bandaraya Ipoh muzium ini berdekatan Kong Heng, sebuah kedai kopi yang telah beroperasi bergenerasi lamanya. Ia dibuka di sini kerana minatnya kepada bandaraya ini dimana banyak penggambaran iklan dan filem dilakukan di sini. Padanya Ipoh ada serinya tersendiri. Betullah, kalau minat fotografi Ipoh tempat yang sesuai untuk photo shooting.

Yasmin Ahmad gallery Kong Heng Ipoh
Pinjam gambar emily2u.com
Yasmin telah mengarahkan filem Sepet, Gubra, Muallaf dan Talentime dengan tema yang tidak klise. Setelah kematiannya pada tahun 2009 ramai yang terasa kehilangan. Bagi aku lah kan, 'toilet bussiness' biasanya akan dilakukan semasa iklan disiarkan tetapi di musim perayaan besar di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Chinese New Year atau Deepavali, urusan tandas dilakukan semasa sesuatu rancangan berlansung sebab takut terlepas iklan Petronas dan iklan-iklan lain yang menggambarkan situasi perayaan di negara ini. Hasil kerjanya teliti, sungguh kemalaysiaan dengan gabungan sedih dan lucu.

Muzium ini dibuka untuk mempamerkan usaha-usaha baik yang telah dilakukan Yasmin Ahmad supaya menjadi inspirasi kepada kita semua. Selain poster filem barangan peribadinya seperti kebaya putih kegemaran, gambar kain telekung dan sejadah menggetarkan emosi penggemarnya. Ibunya berharap dengan adanya muzium ini kepelbagaian bakat yang dimiliki Yasmin dalam filem, seni, pengiklanan, sajak, fotografi dan kemahiran berfikirnya yang tinggi dapat disambung dan melahirkan rasa kecintaan dan kasih sayang yang baru. Artis terkenal Hong Kong Stanley Wong diberi penghargaan untuk menjadi kurator pertama muzium ini.


Filem dan iklannya juga ditayangkan di sini.
Yasmin Ahmad gallery Kong Heng Ipoh

Secara peribadi aku memang sukakan caranya. Dia buat je kerja yang dirasakan betul walaupun hatinya terguris dengan kritikan massa. Filemnya berlainan, tak adalah terpekik terlolong entah apa-apa. Filemnya benar-benar 1 Malaysia. Muka orang tempatan biasa biasa macam aku ni ada chance lah nak berlakon dalam filem Yasmin Ahmad jika berbakat. Kalau tak percaya cuba tonton semula filem dan iklan beliau, aku rasa tak ada yang super cantik.

Pernah aku terbaca dulu, Yasmin membeli sepasang subang di sebuah kedai emas di airport dan memberi yang lama kepada pekerja yang melayannya. Staf tu reluctant nak terima, terkejut pun ia juga kot. So dia kata, being good also cannot meh? hahhaa...Manglish sangat.

Bakatnya juga diiktiraf negara lain. National University of Singapore dan Kementerian Pendidikannya telah mengadakan satu workshop bertajuk “Yasmin Ahmad for Singapore’s secondary school students" yang telah diadakan di Old Parliament House, sebuah lokasi berprestij di sana.

Kini kempen sedang dijalankan untuk mengumpul dana tambahan bertujuan untuk mengembangkan muzium termasuk menambah idea pameran baru seperti mengadakan muzium virtual, pengubahsuaian bahan-bahan pameran dan lain-lain lagi. Semua usaha tersebut perlukan wang. Dengan dana yang cukup juga pihak pengurusan berhasrat untuk membuka muzium ini kepada pelawat empat hari seminggu berbanding hanya Sabtu dan Ahad sekarang.


CARA UNTUK MEMBANTU MENAMBAH DANA MUZIUM YASMIN AHMAD
Lawati muzium sambil menderma melalui bayarn masuk atau menderma secara khusus kepada pihak muzium.


BANTU YASMIN UNTUK BANTU BADAN KEBAJIKAN
Anda boleh membeli buku  “Yasmin, How You Know?”.

Intipati buku ini dikumpulkan oleh keluarga dan teman-temannya is a collection of her poetry, jokes and sense of the ridiculous and includes her last two television scripts. Dijual di Yasmin at Kong Heng dengan harga RM35 sebuah dan hasil jualan diserahkan kepada Mercy Malaysia.

Sumber di sini.


Dalam Islam sesungguhnya hanya tiga perkara yang akan berterusan membantu kita di alam barzakh iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya. Banyak ilmu yang ditinggalkannya jika kita mahu memahami.


Alamat
Yasmin at Kong Heng
Tingkat 2
Old Block Apartment
Jalan Sultan Yussuf
Ipoh, Perak

Waktu beroperasi
Sabtu dan Ahad 10 pagi -4 petang (ditutup pada pukul 1.00-2.00 petang)

Bayaran Masuk
Dewasa - derma RM3
Kanak-kanak dibawah 12 tahun PERCUMA















I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Find Us On Facebook