Bukit Besi | Outing Di Bekas Lombong



Bukit Besi | Outing Di Bekas Lombong | Out of ordinary! Seperti Melaka yang pernah masyhur serata alam suatu ketika dulu, begitulah juga beberapa kawasan lain di Malaysia ini.

Suatu masa dahulu bermula sebelum perang dunia pertama Bukit Besi yang terletak 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu terkenal kerana pengeluaran bijih besi berkualiti tinggi yang terbesar di Asia Tenggara. Kandungan ferum di dalam bijih besi di sini melebihi 70% menjadikannya gred terbaik di Malaysia.




Bijih besi dijumpai oleh seorang ahli kajibumi Jepun bernama R. Kuhara  pada tahun 1916 dan perlombongan bijih besi secara tidak rasmi telah dimulakan pada tahun 1927 oleh Syarikat Kuhara Mining Ltd (NMC); yang kemudiannya bertukar nama kepada Nippon Mining Company Ltd. Pada bulan Mei 1930, syarikat NMC melakukan kerja-kerja melombong secara rasmi setelah mendapat "mining lease" daripada kerajaan negeri Terengganu. Pekerja awal seramai 130 orang Jepun dan 1,500 pekerja Melayu kemudiannya bertambah dengan pantas menjadi 3,000 orang. Semasa kemuncaknya aktiviti perlombongan dilakukan 24 jam sehari dengan tiga syif kerja. Pengeluaran bijih digandakan untuk memaksimakan keuntungan dalam masa yang singkat.

Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring  dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun. Bila orang Jepun datang beramai-ramai mereka bukan sekadar melombong dan menjadi tauke lombong. Mereka juga datang sebagai perisik tentera. Ingat lagi tak kisah serangan Portugis di Melaka? Mereka dah datang recce sejak beberapa tahun sebelum meletusnya peperangan.



Lokasi ini menjadi antara tumpuan pelancong terutama dari luar negara, yang berkaitan secara lansung dengan perusahaan perlombongan di Bukit Besi satu ketika dahulu. Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifak sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifak-artifak seperti cerobong (chimney), stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami kerosakan.


 Bijih besi yang dilombong dipindahkan ke bahagian pemprosesan dan stor melalui terowong ini. Bila tengok gambar ni teringin pula nak masuk terowong di Korea Utara.

 Tangga ke bahagian atas dipenuhi dengan daun kering, ranting dan akar pokok. Perlu berhati-hati terutama ketika turun. 

  Pemandangan di bahagian atas.

  Bayangkan betapa sibuknya kawasan ini suatu ketika dahulu. Di hadapan sana ialah lombong baru milik Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd.
   
 

 Sempat posing hehe..

 Terdapat jajaran landasan keretapi di bawah sana  menuju ke Jeti Sura, Dungun bagi membolehkan bijih besi diangkut dan dieksport.

Suka sangat gambar ni!

Dikatakan 90% bijih besi telah dilombong oleh penjajah Jepun dan British. Namun begitu menurut kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu masih terdapat 50 juta tan metrik bijih besi yang masih tersimpan di bumi Dungun ini tetapi sebahagiannya masih belum matang untuk dituai.

Lombong bijih besi ini ditutup secara rasmi setelah pihak EMMCo menemui 'lubuk' baru di Australia. Selain hasil bumi yang semakin berkurangan, penutupannya juga disebabkan oleh tekanan kesatuan sekerja dan isu pembayaran cukai pendapatan kepada kerajaan negeri. Dengan penutupan tersebut maka hilanglah kemakmuran Bukit Besi sebagai kawasan bebas cukai dengan kehadiran pekerja  pelbagai bangsa dari luar Terengganu. Tertutup jugalah taraf bebas cukai di sini.

Lama juga kedengaran untuk memajukan kawasan ini sebagai kawasan pelancongan memandangkan ahli keluarga pelombong terbabit sanggup datang kembali dari Britain untuk melihat tempat mereka membesar. Pasti banyak kenangan manis di sini. Sayangnya hanya sedikit tinggalan British seperti jentera dan kelengkapan perlombongan yang masih bersisa. Mat saleh ni dulu membawa barangan keperluan diri dari England. Merasalah orang Terengganu menyimpan barangan made in England. Kita sekarang ni bergaya shopping di England pun barangnya made in China huhuu...


Apa lagi yang menarik di Bukit Besi?

Terdapat satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di Bukit Besi iaitu Tasik Puteri. Ia wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi dan sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik Suasananya nyaman dan indah sesuai untuk berkelah tetapi tidak dibenarkan untuk mandi-manda. Dengan pokok besar tu, kalau ambil gambar pepagi berkabus mesti orang ingat di luar negara. Kelab Golf Bukit Besi dan Uitm pun ada.

Penginapan disediakan di KGBB tetapi golfers juga sering menginap di Hotel RTC, sebuah hotel kelas sederhana di Bandar Muktafi Billah.

Koordinat Bukit Besi ialah 4°45'Utara, 103°10'Timur. Bukit Besi terletak dalam kawasan Ketengah (Kemajuan Terengganu Tengah) dan berada dalam jajaran Lebuh Raya Jerangau-Jabor. Jika nak melawat bekas lombong no bolehlah berurusan dengan Ketengah.

Ada lagi gambar di sini.
Lagi berita bijih besi di sini.

Post a Comment

3 Comments

  1. ... process is different, the feelings you experience are distinction, and the emotions are various.

    Leading Idea and Guidance For A Very first time Home Purchaser.

    First Time Home Purchaser Pointer and Guidance that need to be
    ...

    Feel free to visit my web blog: home buying tips making an offer ()

    ReplyDelete
  2. memang menarik....tempat tinggalan sejarah yang penting di Malaysia....

    ReplyDelete
  3. oh..rupanya bekas lombong biji besi. Perkongsian yang sangat menarik, byk info yang berguna.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.